.

.

13 November 2013

Jam 1:17 pagi.

Jam 0117.

Aktiviti minggu ni pada waktu begini ialah termenung.

Ya aku termenung lagi.

Dajey. Apabenda susah sangat entah? Orang lain boleh lalui dengan tenang apa benda aku nak begitu gelisah?

Aku benci agama Melayu.
Buat aku gelisah. Kerana semua benda nampak susah!

Padahal boleh saja nak bagi mudah.

Daripada aku terus termenung baik aku pergi berjuang. Demi cinta sejati.

08 November 2013

Termenung Malam.

Setelah sekian lama aku jarang termenung panjang. Dan selalunya dulu aku termenung mengenangkan sesuatu yang aku hilang. Panjang. Betapa aku rasa kenapa sering kali aku hilang. Satu macam rasa adakah aku satu jenis manusia malang?

Malam ni aku termenung panjang lagi. Aku buka tv. 8tv sibuk dengan anugerah shout award depa. Kipas kelajuan 3. Aku termenung. Bukan. Bukan kerana kehilangan. Ini adalah macam mana nak ikat mati terus benda yang aku genggam sekarang.

Dulu aku selalu bercerita mudah. Punggah segala jenis pandangan dan curah terus ke orang-orang yang baca. Betapa sebenarnya mudahnya benda ni. Tak perlu risau. Segalanya akan okay.

Nah. Harini aku yang risau. Aku tak banyak masa. Aku kena lebihkan usaha. Ini peluang. Tak tak. Bukan peluang. Ini satu macam benda yang mesti. Wajib. Aku kena tingkatkan usaha berjuta kali ganda. Dan percaya rezeki itu ada. Mudahan.

Orang kata kalau niatnya betul, rezeki untuk lengkapkan agama akan ada. Aku usahakan bahagian aku. Bahagian kau orang? Aku minta doakan aku ya?

25 August 2013

Perasaan Kanak-kanak Orang Tua.

Kita ni macam budak-budak kalau kita dengan orang yang kita betul-betul suka. Atau sayang. Gedik. Manja lebih. Nak perhatian. Kan? Kita selalu tak perasan benda-benda macam ni. Tapi itulah sebetulnya. Selalunya. Macam gedik dan manja dengan mak ayah kita. Perhatian dari mereka. Tak suka bila adik-beradik lain mendapat perhatian lebih. Cemburu bila yang lain mendapat, dan kita tak dapat.

True enough?

Benda ni tak elok. Dia macam boleh membunuh. Lain kalau orang yang kita suka atau sayang tu dah faham betul dengan perangai kita yang satu ni. Kalau tak? Dia akan ingat kita ni mengada lebih. Silap-silap dia pun boleh malas nak layan. Sekali. Dua kali. Lama-lama meletup.

Padan muka.

Kelakar nak bangkit isu macam ni. Macam menulis 'how to handle your childish feeling when with your partner for dummies'.

06 August 2013

Lelaki dan Perempuan - Analisa Shopping Ramdhon Penulis Sahaja.



Aku ada buat analisa Ramadhan. Tentang cara dua kelompok manusia bershopping. Tapi analisa ni bukan hanya untuk Ramadhan. Dia valid 365 hari setahun. Kelompok lelaki dan perempuan. 

Dua minggu lepas aku dan rakan sekerja aku pergi Ipoh untuk shopping. Dari Lumut, tempat aku bekerja. Perjalanan ambil masa sejam lebih sikit. Dan tadi pula aku pergi shopping untuk diri sendiri. Seorang diri. Shopping raya lah kononnya. Apa aku dapat lihat?
  1. Perempuan tak ada teknik scan and touch. Itu satu teknik yang sangat unik ada pada para lelaki. Macam mana teknik tu? Lelaki tak perlu masuk atau singgah pada semuaaaaaa kedai yang ada dalam satu shopping complex tu. Lelaki ada satu macam pakai cermin mata ajaib pada mata mereka. Mereka hanya perlu berjalan dan scan semua baju yang ada. Dari luar kedai diorang dah boleh scan. Hanya jalan. Dan bila ada tertarik, mereka akan berhenti, masuk, pegang. Apa yang mereka pegang? Ya. Mereka pegang tag harga.
  2. Perempuan ialah jenis bijak berbelanja. Berbeza dengan lelaki, mereka berkemungkinan akan masuk dalam kedai yang sama sepuluh kali untuk membuat perbandingan dengan kedai yang lain yang menjual barang yang hampir sama. Mereka selalunya akan pergi shopping dengan kawan-kawan atau ahli keluarga perempuan yang lain. Mereka akan tanya pendapat. Sampai pasti. Sehinggakan mereka sanggup telefon orang yang kononnya lebih arif tentang barang itu. Ya. Barang yang mereka beli lebih berbaloi. Lelaki? Nampak. Pergi kedai lebih kurang. Patah balik. Banding harga. Beli. Ya kebanyakan lelaki hanya tahu banding harga. Kebanyakan.
  3. Lelaki ada kuasa macam superhero The Flash. Mampu pergi dua tiga tempat dalam satu masa. Macam mana benda ni boleh berlaku? Ya. Disebabkan mereka ada kuasa scan yang hebat, mereka tak perlu duduk satu shopping complex tu lama-lama kalau dah takda yang berminat. Mungkin dalam masa sejam dua, mereka mampu pergi ke dua tiga shopping complex berasingan. Perempuan? Masih bijak berbelanja. Mereka perlu fokus! Tu yang lama.
  4. Kualiti atas jenama. Ya perempuan pilih kualiti. Dan mereka arif tentang itu. Tak kira walaupun tu brand cikai. Tapi kalau ada kualiti, sambar ajaa! Lelaki? Bagi lelaki, kualiti ada pada jenama. Jenama jual kualiti. Sebab tu juga lelaki tak masuk semua kedai. Dia masuk kedai yang dia rasa ada kualiti pada jenama. Padahal dua-dua made in China!
  5. Selain daripada perempuan bijak berbelanja, kerana mereka perlu memastikan barang yang mereka beli tu betul-betul berbaloi, lelaki juga ada sifat bijak berbelanja tapi dari sudut yang lain. Sudut apa? Macam ni. Kebanyakan lelaki akan allocate berapa meraka akan belanja untuk haritu. Ambil contoh RM300. Macam mana pun mereka akan fit dengan RM300 tu kalau belanja. Kalau lebih pun mungkin sepuluh dua puluh ringgit. Perempuan? Masih memilih untuk beli barangan yang berkualiti dan berbaloi dan harga letak ditangga seterusnya.
  6. Disebabkan poin 5 di atas, kebanyakan barang perempuan tahan lama dan mereka boleh jual balik di blog mereka! Lelaki? Yang dah nak uzur tu lah nak packing bagi anak yatim. Kalau nak bagi yang cantik pun, tunggu dah gemuk tak muat dah baju seluar tu. Sebab nak jual dah tak berapa nak laku.
Jadi atas semua ni, aku nak ucap,

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN!

untuk pembaca tegar blog uzur ni.

28 July 2013

Dengan Izin-Nya.

Semalam, harini dan dengan izin-Nya lusa
aku tak henti-henti ucap syukur.
Dia beri aku satu kehidupan
Satu benda perbandingan
Yang hidup ini sangat menarik.

Ya masalah itu ada.
Semua orang ada masalah.
Aku, kau, mereka, semua ada masalah.
Tapi jangan jadikan masalah itu untuk kita buta
Buta atas keindahan yang ada.
Kesilapan manusia ialah lebih banyak
nampak busuk dari wangi.

Aku bersyukur lagi saat ini.

Dia hantar kepada aku manusia-manusia hebat.
Tarik bibir aku untuk senyum terus.
Saat aku jatuh, saat aku gembira.
Aku harap ia kekal selamanya.
Selama mana dunia ini masih ada.
Dan bila tiba masa,
aku nak bawa pula mereka ke syurga.

Ya, dengan izin-Nya, selamanya.
Sayangku ini, untuk mereka.
Sayangku ini, tiada kata.

//aku tak perlu 1000 kali kuantiti kalau aku ada 10 orang kualiti.

20 July 2013

Kerana Kini Ku Ada Kamu.



Khas untuk orang-orang yang masih belum give up dengan blog. Aku bagi kau orang dengar lagu ni. Kalau sedap, download, sebar. Kalau tak sedap, biarkan. Sebab suara aku memang tak sedap. Aku tahu.

"Dia mampu buatku lantas senyum
Di kala waktuku hiba
Dan dia yang ada saatku jatuh
Menarikku tuk terus bangun.

Mungkin jarak kan terpisah jauh
Dan malam aku merindu
jiwa yang bergetar menyampai rasa
harini esok dan lusa

dengarkan
ku bicara
biarkan
semua kisah yang lama
menyusuri garis masa
kerana kini ku ada kamu"


// Rasa (cinta) itu sangat subjektif. Kamu dalam lagu ini juga sangat subjektif. Bergantung kepada pendengar. Macam mana nak tafsir cinta dan kamu di dalam lagu ini. Perihal cerita sebenar. Lagu ini ditulis untuk dua orang wanita yang banyak bantu aku saat aku kusut. Semasa aku menulis lagu ini juga aku baru sahaja baru lepas melalui hal-hal kusut (dan dua orang ini ada. sentiasa ada). Salah seorang dari mereka, tidak kira waktu aku kusut, atau sedang gembira, dia tak pernah letih buat aku senyum seadanya. Seorang lagi pula, tak pernah berhenti memberi kata-kata untuk aku tak pernah tunduk pada gagal. Salah seorang dari dua itu ialah mak. Dan seorang lagi, kau tahu siapa kau.


18 July 2013

Aku, Kau dan Masa Depan.

Susah nak jangka masa depan. Kita terlampau banyak menjangka masa depan. Terlampau berharap keajaiban. Langsung tak reti nak terima kenyataan.

Lalu sakit.

Semua orang mahu yang indah-indah. Walhal yang indah itu mimpi. Mimpi yang tak sempurna. Mimpi separa sedar. Antara realiti dan imaginasi. Sepatutnya ada satu garisan pemisah antara dua tadi. Kalau tidak kita terlampau berharap.

Realiti ada ego sendiri. Dia tak mudah nak tunduk dengan imaginasi.

Dan hal kau. Aku harap, keajaiban tu ada untuk kau. Agar kita manusia manusia biasa bisa terus senyum. Biar malam gelap. Biar tiada cahaya. Dan dalam kegelapan itu kita dua masih senyum. Tahu erti syukur.
Hantu juga takut masa depan. Aku takut. Kau?

Uploaded this using my Samsung Google Galaxy Nexus.

13 July 2013

Ni Entri Baru Lepas Berbulan-bulan.

Ada orang kata aku lama tak update. So, tak ada tarikan dia nak baca blog aku ni. Jadi aku update lah kejap. Mana tau dia tertarik nak baca. Kan? Aku sebenarnya nak update banyak benda. Selalunya gagal. Sebab bila ada dalam kepala tapi asyik terlupa nak luahkan bila ada depan komputer. Benda ni orang panggil penyakit bloggerphodia. Penyakit yang ada pada bloggers mana mana pun. Sebenarnya ni aku update guna phone. Selamba. Sebab lama sangat tak update.

Jadi akhir kata, salam ramadhan dan nantikan entri baru.

p/s : puas dapat baca entri baru? Tertarik?

14 May 2013

Dialog (ii)

Dalam hidup ni mesti ada macam,

"Hai boleh saya jadi pasangan awak?"

Dan kau jawab,

"Hai saya tak bisa mencurangi dirinya."

Dan dia tanya,

"Siapa manusia bertuah itu?"

Dan kau jawab,

"Diriku pada masa lalu."

Lalu masing-masing berjalan ke arah berlainan, ke arah destinasi sendiri. Dan kau lantas bermonolog,

"Dem!"

Dialog


"Mengharap pada sesuatu tanpa usaha ialah satu pekerjaan yang membazir. Harapan tanpa usaha ialah pada orang yang gemar akan kegagalan. Yang gemar akan tangisan.

Tangisan yang tiada ertinya. Tangisan kegagalan yang tiada makna. Kosong.

Orang-orang macam dia memang gemar menangis kosong. Menangis semasa hujan mengejar bumi. Tangisan yang tak nampak. Kononnya boleh berselindung di balik hujan.

Sebab dia orang yang suka akan kegagalan yang sia-sia. Sebab tak semua kegagalan itu sia-sia. Orang macam dia saja suka akan kegagalan macam tu."

Katanya merujuk kepada dirinya sendiri.

24 April 2013

Cinta (v)

Berbicara hal perasaan 'cinta' ni buat kita semua tak keruan. Yang sedang hangat bercinta pasti sahaja mengaku bahawa cinta itu bisa bawa ke syurga. Yang kecewa tentang cinta pula terpekik-pekik bahawa cinta itu semua bohong. Yang masih belum bercinta pula masih mengharap yang cinta itu biar satu dan selamanya.

Tapi cinta tetap cinta. Perasaan yang secara azalinya timbul dalam manusia. Perasaan cinta itu bagi aku, bukan satu benda yang mudah. Dia bukan satu perasaan yang hanya indah. Dia menyeluruh. Ada gembira dan sakit. Ada cemburu bak terhiris. Ada marah naik darah. Ada maaf rasa khilaf.

Kecewa banyak kali mesti buat orang akan tertanya. Apa benar kekecewaan sebelum ini benar-benar "aku cinta"? Kerana frasa aku cinta itu sendiri adalah satu frasa penipuan yang agung dalam dunia. Penipuan yang sangat agung. Tapi manis. Kecewa berkali buat ramai orang takut lalu berserah.

Sehingga sendiri tak percaya apa yang dirasa. Sebabnya, kalau benar itu cinta, kenapa tidak kini?

Cinta ini banyak definisi. Dah berapa juta bilion buku dan artikel dan tulis pasal satu perkataan yang kononnya hebat ni. Aku sendiri tak faham apa itu sebenarnya cinta selain dari hanya sebutan yang menipu. Atau selain dari satu perasaan yang dipupuk selepas dipaksa berkahwin. Atau perasaan yang benar benar ada, tapi dibiarkan sahaja.

Kerana takut akan terluka.

14 April 2013

Lari.

Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari tu je aku tahu buat. Langsung tak ada keyakinan diri sendiri.

Balasan Tuhan agaknya. Tak apa. Aku lari lagi.

Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari Lari sampai mati pun masih berlari. Berlari mencari nilai sebenar diri.

Entah entah dah jumpa. Tapi masih saja nak berlari sebab tak berapa reti nak percaya. Bangang namanya.

Woi sorang, mai sini lekaih tahan aku dari terus lari.

25 March 2013

Cinta (iv)

Bila bercakap perihal cinta dan berpasangan, untuk aku, aku dah boleh muntah darah. Macam-macam jenis aku tempuh (lah sangat). Sampai nak beri nasihat kalau orang minta pun, aku selalunya akan recycle ja mana yang aku rasa valid. Sebab kebanyakan ceritanya sama sahaja. Manusia memang berbeza tapi lebih banyak melakukan perkara yang lebih kurang sama sebab terpengaruh dengan filem-filem, drama-drama dan buku-buku yang dibaca.

Reaksi masalah, tindak balas aktif mahupun pasif yang lebih kurang. Pembelajaran secara tidak langsung dari apa yang dilihat atau dibaca. Kadangkala aku rasa manusia ni tahu apa yang patut dibuat - membaiki atau terus memburukkan keadaan, hasil daripada apa yang mereka tahu. Cumanya, mereka buntu kerana akal pendek. Bila kepala dicelupkan dengan masalah-masalah, mereka lantas memendekkan akal, lalu memilih untuk mengambil jalan pintas. Tanpa memikirkan konsekuensi.

Aku bercakap kerana aku tahu dan aku alaminya. Aku lakukan 1001 kesilapan dalam hidup. Dan aku sangat berharap tak mengulangi setiap satu kesalahan itu lagi. Sebab aku percaya, kesalahan itu ada, untuk kita selalu belajar. Kan? Tapi kalau aku buat lagi, maknanya aku tak reti nak belajar, atau aku ni jenis tak mahu belajar benda tu. Atau, aku memang tak mahu buat benda tu secara betul.

Sebab menjadi baik itu bukan hak semua manusia. Kita ceduk sikit-sikit saja simpan dalam poket. Yang lain kita boleh derma ke orang lain.

Perihal cinta. Mungkin perlu ebih berhati-hati. Kerana aku hanya berharap yang terakhir sampai aku mati. Bukan sikit-sikit kemudian pergi. Waktu bermain-main bukan hari ini. 

27 February 2013

Dendam.

Buat baik orang kata tak guna. Esok esok orang lupa juga. Buat jahat baru thrill, orang ingat sampai mati.

Tapi depa lupa, buat baik biarpun orang lupa, Tuhan ingat. Nabi SAW pun tak pernah jemu buat baik pada orang.

Ada satu cerita. Di penghujung desa ada seorang Bani Israel Laknatullah yang buta. Kerjanya hanya memaki Nabi. Perkerjaannya aku tak ingat. Yang pasti dia bukan main keyboard dekat pasar malam ataupun uptown. Tiap hari akan ada orang suapkan dia makan.

Orang itu ialah Nabi SAW.

Setiap hari baginda akan mendengar setiap tomahan, cacian, kutukan keji dan makian dari orang buta itu. Tiap kali baginda menyuapkan makanan ke dalam mulut orang buta itu, tiap kali itu juga baginda akan hadam segala kata kata orang buta itu. Walhal orang buta itu tak pernah tahu itu adalah baginda SAW.

Beberapa jangka masa kemudian baginda wafat. Abu Bakar AS menggantikan Nabi SAW sebagai pemimpin. Apa yang aku baca, dan dengar, sifat dan sikap Abu Bakar AS persis Nabi. Ramai mengatakan kalau ada Nabi selepas Rasulullah, Abu Bakar ialah orang paling layak.

Lalu Abu Bakar bertanya pada sahabat lain, apakah perkara yang Rasulullah ada buat tetapi dia tertinggal. Lalu ada menjawab, “Memberi makan orang buta di hujung desa.”

Lalu Abu Bakar AS pergi ke hujung desa dan menyuapkan makanan ke orang buta tadi. Seperti biasa, topik utama orang buta itu ialah memburuk-burukkan Rasulullah SAW.

“Ahhh! Kau bukan orang selalu yang menyuapkan aku makan!” Orang buta itu membuka mulut.

“Kenapa? Makanan ini ada masalah?”

“Orang yang selalu beri aku makan, dia akan menghancurkan makanan itu dulu baru disuapkan ke mulutku! Aku mahukan dia! Mana dia?”

“Dia sudah tiada di sini.”

“Ah aku tak mahu makan! Aku mahu dia yang menyuapkan makanan ke mulut ku. Siapa dia? Mana dia?”

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya dari mengalir. Lalu Abu Bakar AS menjawab,

“Dia ialah Rasulullah SAW yang kamu keji keji setiap hari. Yang kamu keji itulah yang menyuapkan makanan ke mulutmu pada setiap hari. Baginda sudah tiada. Dia sudah wafat. Aku menggantinya sekarang. Namaku Abu Bakar. Aku tahu aku tidak sehebat Rasulullah SAW.”

Lalu berlinangan air mata orang buta tadi. Di situ juga dia memeluk agama suci, Islam.

Cerita ini aku pegang. Lama. Aku pegang, tatkala ada orang yang buat buruk pada aku, atau aku rasa menyimpan dendam, bila aku remind semula cerita ini,

Perasaan itu hilang. Muhammad SAW, aku rindu kau. Maafkanlah aku sebahagian dari umatmu yang lemah.

Betapa kau sunyi di sana. Saat hembusan terakhir, kau masih menyebut tentang umatmu, dan kami masih alpa tentang kewujudanmu. Masih bisa lupa. Dan aku rasa betapa sunyinya kau pada zaman ini. Jarang jarang umatmu ingat padamu. Kau lah pemimpin terulung.

Maafkan saudaraku. Mereka tidak tahu. Mungkin lebih tepat, mereka lupa akan kewujudanmu.

Jadi kenapa perlu henti berbuat baik walaupun tak pernah orang hargai? Pengakhiran cerita tak ada orang tahu.

13 February 2013

Cahaya Kekasih Versi Kasaq.




VERSI KASAQ NAK MAMPUIHHHH

ku bilang bintang2, di angkasa
cahaya dulu terang kini pudar
ku selak langsir langit, terus mencari
cahaya kekasih yang dulu, kemanakah pergi?

percaya
percaya kataku
aku kan terus setia disisimu
biarpun
malam tanpa bintang
kau tahu jiwa ini rapat tanpa jurang

ku meraba dalam kelam
berharap kan terjumpa
rahsia yang mampu buat ia terang semula
puisi yang ku lukis
ia contengan asli
biar buruk di mata, cantik di hati

ku bilang bintang2, di angkasa
cahaya dulu terang kini pudar
ku selak langsir langit, terus mencari
cahaya kekasih yang dulu, kemanakah pergi?

Usahlah
Kau berfikir lebih
setia ini bukan seperti kekasih
Jauhkan
kerisauanmu
Sahabatmu ini masih setia seperti dulu

ku meraba dalam kelam
berharap kan terjumpa
rahsia yang mampu buat ia terang semula
puisi yang ku lukis
ia contengan asli
biar buruk di mata, cantik di hati

ku bilang bintang2, di angkasa
cahaya dulu terang kini pudar
ku selak langsir langit, terus mencari
cahaya kekasih yang dulu, kemanakah pergi?

04 February 2013

Air di Lautan.

Kataku,

Adakah indah menjadi air di lautan
Mengalir ke pelbagai perairan
Melalui setiap kotor kotor minyak
Melalui bersihnya bukan kehendak
Setiap pengalaman menjadi pengajaran
Tanpa menoleh Ia terus mengalir kehadapan
Kuat
Kuat dan bersedia menghadapi rintangan
Aku ingin menjadi seperti air lautan!

Katanya,

Ia tak selalunya hebat.

Kataku,

Apa maksudmu?

Katanya,

Ia hanya mengalir tanpa ada dasar
Tolakan angin potongan ombak kapal
Dimana pendirian
Kalau hanya sentiasa tunduk dan berjalan
Tak terlalu kuat kerana hanya mengikut
Lemah dan dan terus terusan mengikut

Kataku,

Menanti tunggu apa yang pasti
Sekuat rintangan akan ada hadiah Tuhan beri
Mengikut bukan arti selalu tunduk
ia sentiasa bersedia untuk setiap satu ribut
Tunduk bukan arti selalu mengikut
Ia pastikan memori bukan faktor untuk sangkut
Hebat menjadi air di laut.

Katanya,

Resam air
Dicincang mana mampu putus
Panas bisa buat ramai nahas
Sejuk bisa buat ia keras
Air sentiasa bersedia
Hebatnya air seharusnya hebat lagi manusia
Khalifah di atas dunia!

Lalu kami beredar menyelesaikan misi masing-masing

30 January 2013

Batu.

Permata itu indah
jika disilau dengan cahaya
cantik, menyerlah, megah

Bata itu keras
warnanya malap, muram, kelam
Petak dan tiada menarik

Jika disusun di atas meja
aku yakin permata yang didamba
walhal seraya alam tahu ia tiada guna
Selain menunjuk sifat riak durjana
hey celaka!
Bata itu walhal punya banyak khasiat
rumah, istana, penjara sekali pun
Bata mampu siapkan

Lumrah manusia
Sifat manusia
Utamakan cantik dari guna

Aku tak salahkan sesiapa.
Kita akan terus binasa.
Selamanya.

29 January 2013

Cinta (iii)

Orang bijak pandai akan bisa ngerti
betapa bulan itu pandai berpura-pura
Betapa cantiknya hanya pantulan

Namun sehodoh kau bulan
kau adalah objek manis di alam
yang bisa pantulkan segala rasa
mengharap sampai ke sebelah sana

Hari ini kau penuh
Cantik kepura-puraan.

28 January 2013

Start Over.

Kebanyakan manusia bukannya tidak kuat untuk mulakan kembali kesemuanya. Apabila dia sudah kehilangan hampir sepenuh hidupnya, dia terpaksa untuk memulakan kembali segala aspek dari kosong. Dia hanya terlalu malas untuk tempuh segalanya sekali lagi untuk bawa dirinya stabil. Ahh. Kekuatan bukan salah satu faktor pengukur. Ia lebih kepada ulang tayang. Satu persatu anak tangga harus dipijak sebelum ke satu fasa yang lebih kukuh.

Mungkin letih? Segalanya bagai dejavu? Melakukan segala aktiviti yang pernah dia tempuh SEKALI LAGI untuk kembali stabil? Tak pernah ada yang kisah hal ini melainkan dirinya sendiri. Orang lain hanya tahu beri nasihat dan nasihat lagi dan nasihat lagi dan nasihat lagi sampai muntah. Mereka tahu setiap kepayahan, tapi pernahkah mereka fikir, dia pernah mendengar nasihat ini dulu, maksud aku semua nasihat ini. Dia hanya perlu ulang tayang dengan semua nasihat itu.

Kita seringkali berlagak dengan apa kita ada. Kononnya benda itu adalah pengakhiran untuk setiap kepayahan. Kita tinggalkan pelbagai benda untuk satu keyakinan itu. Lalu sekali lagi, itu adalah ujian yang lebih perit kerana kita sudah tidak punya apa apabila pelbagai benda sudah kita tinggalkan.

Mulakan semula.

Mulakan semula.

Mulakan semula.

Lebih kepada bina hidup yang lebih segar. Lebih baru. Itu cabarannya.

24 January 2013

Siapa Tahu.

Rancangan kita terlalu kerdil jika nak dibandingkan dengan rancanganMu. Aku tunduk. Aku sujud ke atas ke EsaanMu. Apa jua keputusan aku terima tanpa ragu-ragu. Harini aku sakit, siapa tahu esok lusa aku paling gembira di dunia sementara ini. Siapa tahu. Ya siapa tahu.

20 January 2013

Andai Aku Tiada.

Andai tiada rasa,
Ucapkanlah.
Andai tiada masa,
Ucapkanlah.
Andai tiada gila,
Ucapkanlah.
Andai tiada manis,
Ucapkanlah.
Andai ada dosa,
Ucapkanlah.
Andai ada hutang,
Ucapkanlah.
Apa sahaja andaian,
Ucapkanlah.
Karena,
Andai aku tiada,
Tiada erti lagi ucapanmu.

19 January 2013

Cinta (i)

Bunyian roda roda kereta
Nyanyian nyanyian burung
Siulan kumpulan cengkerik
Menemani aku saat semua belum celik
Subuh itu aku bangun merindu
Bayu laut hembus ke muka
Memberitahu bahawa jangan selalu luka
Ada cerita disebalik semua
Bersyukurlah apa adanya.

Pagi ini aku rasa saorang
Walhal alam sentiasa meneman
Berzikir tentang keajaiban Tuhan
Buat jiwa merasa aman.

Selokanya berombak mahu pergi
Tidaklah jauh aku tetap rasa sepi
Hanya angin yang mampu sampaikan rasa
Ketika dia jauh bersama impiannya
Betapa cinta itu selamanya buta
Bisa bawa aku ke bawah dasar gila
Betapa cinta itu selamanya kejam
Bisa bawa aku ke bawa dasar kelam
Betapa cinta itu selamanya bisu
Aku hanya bisa simpan luluh segala pilu
Kerana cinta itu selamanya agung
Bisa bawa aku ke syurga terulung
Kerana cinta-Nya, kekal abadi.
Kerana cinta-Nya, terlalu suci.
Kerana cinta-Nya, buat tenang.
Kerana cinta-Nya, tiada kata.

Subuh itu aku bangun merindu
Berbisik agar dia tahu
Betapa aku masih disini begitu
Seperti dahulu.

17 January 2013

Tarian Atas Angin.


Aku menari atas angin
Tarianku ngilu rambutku beralun
Ke kiri ke kanan mencari langkah
Hentam sahaja tiada salah
Kerana aku menari atas angin
Tiada apa pasti tiada masalah

Aku menari atas angin
Jiwaku berhantu rohku pening
Apa segala mahumu tinggi melangit
Aku mendegar dan terus menggigit
Hai, adakah aku akan kehilangan
Sekali lagi orang yang penting?
dulunya wujud rapat kini makin sakit
aku simpan kenangan dalam kocek
Bila teringat aku buka balik
Semua apa jua yang dah tertulis

Aku menari atas angin
Tiada apa yang jelas melainkan kebodohan berimaginasi

Ya, aku sedang menari lagi.

14 January 2013

Aku Di Perairan Lumut.


kini aku di perairan Lumut,
ditemani damainya laut,
dan kicau burung nyaring,
berkumpulan terbang seiring,
deruan enjin-enjin kapal membelah ombak,
jauh dari kota-kota yang sesak,
aku memerhati masa depan,
aku memerhati segala ketakutan,
Segala yang tertulis itu pasti,
Perjalanan hidupku sampai mati.

Jantung pula tak henti menyanyi,
Memanggil-manggil orang yang dirindui,
Menghantar frekuensi-frekuensi gila,
Yang takkan tembus Selat Melaka,
Aku nekad untuk tempuhi segala misi,
Kerana itu semua adalah pasti,
Di antara imaginasi dan realiti,
Aku harus terus teguh berdiri.

Kini aku di perairan Lumut,
bebas dari segala hal-hal kusut,
Ombak mengajar aku satu benda,
Yang tiada apa kekal selamanya.


Penulis.Sahaja.
14 Januari 2013,
Orient Star Hotel, Lumut, Perak, Malaysia.

10 January 2013

Karena Orang-orang Sepertinya Yang Aku Perlu.

Dia bercerita panjang macam biasa.
Macam hari-hari lalu aku dengannya.
Persis di realiti, di alam papan kekunci,
Tidak kurang bisa bebelannya.
Lebarnya, panjangnya, isinya
Yang kadang-kadang bisa melukakan rasa,
Pedih. Pedih di dalam. Berdarah.
Mengalir deras, terus mengalir.
Namun setiap bait nada itu ada logiknya.
Ada betulnya.
Ada positifnya.
Seperti mana orang-orang seperti aku.
Yang cepat menyimpulkan sesuatu.
Maaf. Ku pohon maaf salah dari langit,
salah sampai ke tanah.
Salahku terbang bak angin-angin.
Kerana gagal menggunakan akal,
Untuk hadam setiap kata yang ku baca.
Kata-kata yang sebenarnya ajaranku sendiri.
Yang aku lupa.
Yang aku abai.
Yang aku lalai.
Karena orang-orang sepertinya yang ku perlu.
Orang-orang yang mengingatkan aku tentang sesuatu.
Ketika aku melepaskan apa yang aku pegang dari dulu.

Aku selalu kejam dengan diri sendiri.

06 January 2013

Ekspresi Wajah.

Jadi telah ditulis semua cerita ini?
Telah dibaca semua cerita ini?
Telah dilakunkan semua cerita ini?
Telah wujud watak-watak ini?

Masa tak panjang untuk mempersoalkan kerja Tuhan. Kerana setiap saat yang berputar itu ada hikmah di sebaliknya. Orang hebat macam kau, kau dan kau, heh, aku rasa tiada masalah untuk menempuh semua ini.

Kerana tangisan bukan untuk menyelesaikan masalah. Tangisan hanya ekspresi wajah.