.

.

09 October 2016

Happiness Restaurant.

Kami tak pernah ada restoran kegemaran. It is either we frequently go to one restaurant because it is affordable and offer good food or because there is no other place to go for food yang terlintas. Di sini kami tak dilambakkan dengan restoran yang hipster dan pricey, tapi kami dilambakkan dengan restoran tomyam atau siam yang bezanya cuma sedap atau tak.

Sejak bujang lagi kami bertukar-tukar restoran. Tambahan, semasa bujang dulu, aku dan Wani hanya keluar pada hari Rabu dan weekend (antara Sabtu/Ahad). Jadi tak perlulah kami mempunyai restoran kegemaran.

Sejak berkahwin dan mempunyai tanggungjawab menjaga sebuah projek pula, aku dan Wani lebih banyak menghabiskan masa di rumah, which is either masak or beli dan makan di rumah. Maklumlah, aku sering kali menghabiskan masa di pejabat dan di tapak projek. Jadi biarlah masa di rumah diluangkan sedikit lebih.

"Lama tak nampak boh?" Soalan itu dituju pada tahun lepas. Ada sebuah restoran di Lumut yang tidaklah selalu, tetapi banyak kali juga kami pergi untuk mendapatkan makan malam. Soalan itu ditujukan oleh pelayan mereka. Aku syak dia berasal dari Terengganu, Kelantan ataupun Pattani. Dengan kopiah di kepalanya, dia senyum sambil tanyakan soalan itu.

"Sibuk sikit boh." Jawab aku.

Dalam pada itu, terdetik dalam hati aku yang orang dikeliling kita ini selalu observe. Samada mereka seronok melihat kebahagiaan kita dan mendoakan untuk lebih bahagia, atau cemburu dan mendoakan kehancuran. Manusia? Siapa tahu kan?

Nak dijadikan cerita, semalam aku berkunjung ke restoran yang sama. Jika nak dikira-kira, aku rasa sudah beberapa bulan tidak ke restoran itu sejak kelahiran Nawraa. Aku turunkan Nawraa dari kereta bersama-sama car seatnya, diletakkan di atas meja. Mata Nawraa hanya beberapa milimeter untuk tutup, Car seat yang aku beli tu boleh juga dijadikan baby rocker yang dihinjut-hinjut untuk melenakan bayi. 

Aku berikan pesanan. Di kedai ini, menu yang kami order tak jauh beza sejak dari bujang. Nasi dua set, tomyam campur, telur dadar, kailan ikan masin, jus epal satu cawan besar dan satu air kosong.

Tak lama kemudian makanan sampai. Sambil makan, tangan kiri aku menggoyangkan car seat untuk melenakan Nawraa. Selepas beberapa minit lena, dia terjaga semula sambil memulakan gear satu untuk menangis. Cepat-cepat Wani angkat dan tenangkan dia, sebelum aku ambil kerusi bayi dan letakkan dia dalam tu. Bukan main gembira lagi dia dapat duduk dan melihat babah mami dia menikmati makanan.

"Lama tak nampah boh." Soalan itu sekali lagi ditujukan kepada kami. "Kawe nampok boh kat sini tadi tapi dok ca. Maghi dekat soh doh."

"Haha ada baby susah sikit makan luar be." Jawab aku.

"Takpo, takpo. Hok ni bape bulan doh?" Tanya abe tadi sambil mengusik-ngusik Nawraa.

"Tujuh."

"Okay la tu. Makan boh sorry ganggu." Dia berlalu sambil tersenyum.

Entah kenapa aku rasa benda tu macam happiness. Orang cam kita. And suka tengok progress kita. Which is dari bujang, berkahwin sekarang dengan anak yang dah reti duduk and senyum.

Abe kedai makan, ambo doakan abe maju jaya dalam hidup. Doakan ambo sekali.

Nawraa first time dalam trolley.


18 September 2016

Mentor Millenia. Cup cup cup!

Sejak awal bulan Ogos tempoh hari, seorang protege diletakkan bawah kelolaan aku. Seorang pelajar dari UniKL. Seperti Mas Idayu dan Black, dialah Black dan akulah Mas Idayu sebagai mentor. Kejayaan seorang mentor bergantung kepada kejayaan seorang protegenya.

Begini ceritanya.

Aku tak pernah mengelola apatah lagi menjadi mentor kepada sesiapa dalam hidup aku. Menjadi guru itu mungkin pernah. Aku pernah mengajar 5 orang pelajar dari MRSM Trolak selama sehari untuk bermain gitar sempena persembahan hari guru mereka kelak. Dapatlah RM100 kerja sehari. Bayangkan zero knowledge mengenai guitar dan nak mengajar mereka dalam masa sehari?


Berbeza dengan menjadi mentor. Aku kena mengajar dalam masa yang sama aku perlu beri dia kerja. Ia bukan sesuatu yang mudah okay? Tambahan, aku berada di dalam Project Management Team. Nama pun management, jadi kerjanya manage. Darilah work planning, material monitoring sehingga ke customer dealing. Kau bayangkan lah aku nak bagi kerja apa dekat mamat ni memandangkan banyak benda confidential dalam membaik pulih kapal TLDM ni.

Hampir dua bulan dia dalam team ni. Aku rasa dia dah mula bosan. So aku come out dengan satu idea yang dia kena extract kerja-kerja dalam membaik pulih deep freeze room. Bilik apa tu? Dalam kapal ada sebuah (atau dua) bilik yang menjadi peti ais besar. Macam orang putih simpan babi gantung selepas sembelih dalam movie tu. Aku nak dia fokus kerja di situ sahaja.

Ni lah contoh Deep Freeze Room/Cold and Cool Room.
Kapal aku jaga sekarang ada dua bilik.
Satu untuk daging, satu untuk sayuran.
In way untuk tahu apa kerja di situ, dia kena study workscope yang diberi pihak customer, extract dan list down. Kemudian proses updating dan pushing (pushing bermaksud menolak pihak-pihak tertentu untuk bekerja siapkan kerja kalau dan nak hit milestone). Kerja-kerja membaik pulih deep freeze room itu hanyalah secebis dari keseluruhan projek.

Kau bayangkan aku kena jaga 5 engine rooms. Dari piping system, engines sehingga ke bahagian electrical dan electronic. Piping pula banyak line. Fresh water line, sea water line, fuel line, lub oil line sehingga ke compress air line. Wadduppp!

Tidak untuk deep freeze. Dia hanya perlu tahu kesediaan bilik itu, Means, baik pulih bilik yang buruk. Tukar plating, tukar lock pintu, tukar pintu, tukar bracket apa patut. Kemudian kesediaan barang mekanikal seperti compressor, evaporator, condensor, fittings sehingga ke gas pipes, Kemudian kesediaan barang-barang elektrikal seperti fans, motor, lampu dan sebagainya.

Not much I thing.

Apa benda aku mengarut hal engineering dalam blog ni? Hahahaha! But the point is, fahamilah, sebagai mentor aku sendiri sedang berusaha sehabis baik untuk beri pengalaman terbaik untuk protege aku sebelum dibawah ke alam pekerjaan kelak.

Esok isnin. Aku akan bagi task itu bermula esok. Tunjuk ajar ku sifu!

Ni lah tempat kerja aku.

15 September 2016

Tenungan Samar.

Jam menunjukkan pukul 1:14 pagi. Anak sudah tidur. Isteri juga sudah tertidur menidurkan anak. Aku termenung melihat dinding ruang tamu rumah sewa kecil kami yang berwarna hijau ini. Aku tenungkan masa lampau dan masa depan.

Tenungan aku samar. Tiada yang khusus. Jadi aku ambil keputusan untuk capai laptop dan menaip sesuatu di laman ini. Mungkin sudah kurang pembacanya laman ini. Tapi sekurang-kurangnya satu hari nanti aku dapat buka kembali dan baca apa yang terlintas ketika ini. Lagipun menulis ialah satu terapi buat aku. 

Seperti yang aku lakukan akhir-akhir ni. Buka entri lama dan senyum. Bukan kelakar. Aku bangga dengan 'penulis.sahaja.' yang dulu. Aku senyum kerana memikirkan betapa manisnya masa itu. Benar kata seorang pembaca laman ini yang melabelkan entri-entri aku kepada 'rebellious teenager'.

Entah apa reaksi aku ketika umur 30 an kelak membaca kembali entriyang sedang ditulis ini?

Tenungan tiada apa yang khusus. Cumanya ia lebih kepada keluarga yang sedang aku develop ni. Kadang kala aku risau. 'Rebellious teenager' ini banyak dosa. Banyak yang amat. Aku risau, kalau-kalau dosa itu akan reflect kepada keluarga ini terutamanya anak.

Aku harap anak dapat bawa dirinya dengan baik. Zaman aku memang bergelora. Zamannya kelak, aku yakin lebih bergelora. Risau tahu? Perjalanan pembesaran dia. 

Kadangkala aku rasa cepat betul dia membesar. Rasa macam baru semalam aku azankan telinganya. Macam baru semalam aku bisikkan dia yang masih di dalam rahim supaya "cepat-cepat keluar, mummy dah sakit. Kesian mummy". Macam baru semalam aku angkat dia yang sedang terbaring, berbau darah lalu aku azankan dia. Kata orang itulah bau syurga. Aku cium dalam-dalam. Dan aku nasihatkan dia supaya menjadi anak yang solehah.

Harini dia dah boleh duduk, merangkak, berdiri dan bersembang bahasanya. Cepat betul. Esok lusa dah boleh berjalan. Esok lusa dah kena berpisah dia masuk asrama atau universti. Aduh! Tak dapat bayang perasaan berjauhan dengan dia nanti.

Dia sedang tidur. Nawraa Raeesa.


14 September 2016

Kerja Baru Kerja Baru Balik Kolumpo.

Qualification tinggi gunung.

Experience mengalah Einstein.

Muka hensem.

Anak sorang.


Belum tentu ada rezeki syarikat nak panggil interview apatah lagi kerja.
Woargh zaman gawat ni!

09 September 2016

September.

Dah sembilan hari bulan September. Nawraa pun dah masuk 6 bulan 24 haribulan lepas. Dah start boleh makan solid food instead of susu ibu sahaja. Aku dan Wani memang follow betul step feeding Nawraa. Semua untuk progres Nawraa. Dia pun dah boleh merangkak dan tengah gian nak berdiri.

Alhamdulillah everything goes very well.

Wani pernah cakap dekat aku, "Macam mana kalau orang tak boleh adapt cara kita besarkan Nawraa? Ya lah orang dulu dua bulan dah makan Nestum. Kita, Nawraa dua tahun baru nak bagi makan gula or garam. Some of parents nowadays bagi Ipad untuk diamkan anak. Kita kalau boleh bagi mainan physical. How?"

Aku cakap mudah sahaja, "Kita control."

Orang nampak aku OK, bahagia. Yeah semua orang macam tu. Masalah kita simpan sudah. Ye dak? Benda yang paling aku belajar kat Manjung ni ialah control. Control emosi. Control masalah. 

Aku sebenarnya dah ready sangat untuk balik Klang Valley. Mungkin rezeki belum ada. Ada submit resume here and there, but still takde rezeki. Mungkin Allah SWT nak aku settlekan kerja di sini sampai habis dulu. Doakan aku ok?

Aku sebenarnya (2) tak pernah nak physically appreciate wife aku. Maybe belum rezeki aku nak appreciate secara material. "Alia beranak dapat gelang emas husband dia kasi." Jujur aku katakan aku ada masalah dengan budgeting sejak Nawraa ada. Bukan aku salahkan dia. Nope. I love her so much. Tapi aku yang kurang bijak menguruskan wang. Everything goes very fast. Duit motor major overhaul. Emergency here. Emergency there. Semua yang berlaku aku redha dan percaya, Allah SWT takes a little from me to give me something bigger.

And you guys guess what? Wani tak pernah merungut pasal harta benda dan terus menjaga keluarga dan anak dengan baik. I love her so much. InsyaAllah kalau ada rezeki I'll buy you an aeroplane.

InsyaAllah.


Aku ada ikut blog seorang kawan baik maya aku and ada berjumpa beberapa kali secara bukan maya. Aku nampak dia begitu sedih akhir-akhir ni. Decision making, love story (perhaps?).

Satu saja nak nasihat kau, be realistic. Fikir future. Fikir family. Fikir Allah.

You'll be okay.

23 August 2016

Serigala Jadian.

Kita tak pernah menjadi yang terpaling
Acap kali selalu terasa tertinggi
Pasti ada yang lebih tinggi
Tiap kali punya rasa terkaya
Pasti ada yang lebih kaya
Bila masa rasa paling kuasa
Pasti ada yang lebih kuasa

Cerita ini mengenai serigala jadian
Merangkak mencari cinta dalam kesepian
Keseorangan
Kehilangan
Bila malam menjelma dia takut
Takut akan dirinya sendiri
Di mana sayang?
Di mana cinta?
Jika cinta itu sendiri membunuhnya?

Benar cerita ini tentang sedihnya serigala jadian
Manusia malang tiada teman
Dan...

Aduh sedih aku rasakan
Tak sanggup untuk aku habiskan
Berhenti!
Bukankah tiada siapa pun yang terpaling?
Jika serigala jadian itu jahat
Pasti ada yang lebih jahat

Jadi aku lanjutkan ceritanya

Cinta membawa dia ke atas sana
Teriak harap di dengar semua
Tiada siapa menyahutnya
Cintanya hampir mati

Datang seorang tua dengan tongkat sakti
Katanya bawa pulang 40 darah dara
Pasti dia ubati sakitnya serigala

Keluar serigala mencari darah
Rakus mahu sakitnya reda
Di tembak pula dikepala saat 40 darah dara
Mati sang serigala bersama cintanya
Lalu bertukar semula menjadi manusia

Begitulah kisahnya.

25 July 2016

Understand.

To understand
To be understandable
To understand people
To self understand

Life is so great that I would never understand the time that's passing by.

Karya Yang Tertinggal.

Ke manakah hilangnya diriku?
Ke manakah hilangnya citaku?
Terbang bersama waktu
Lalu berderai hancur menjadi debu

Apakah aku ingin hilang
Hilang dalam diri sendiri
Tidak, bukan ku tidak bersyukur
Malah sayang jika kehidupan indah kini
Tidak disulam kehebatan sebenar

Sayang
Hilangnya manusia yang obses
Obses dengan diri sendiri
Obsea dengan tulisannya
Obses dengan muziknya
Obses dengan karyanya
Meski tiada yang peduli

Tapi sayang
Sudah tiada yang peduli
Malah dirinya sendiri

Syukur kehidupan kini indah
Ia lebih indah jika terselit bait karya yang tertinggal
Bukan?

17 March 2016

Tanam Tebu.

Dear boys,

Menanam tebu di bibir don't make you kedap kasih sayang. Especially for girls yang dah berumur 25 years old and above. They don't eat tebu di your bibir only. They eat your responsibility.

Show responsibility. Grow responsibility. Tanggungjawab dengan Tuhan terutamanya. Dengan keluarga keduanya. Tempat kerja seterusnya. Tanggungjawab terhadap diri sendiri antaranya. And then of course responsiblity towards her. But it come later after those yang aku dah sebut tadi. Bila dah jadi bini baru dia naik sikit tangga.

Think boys. Think!

Girls need a man. Not an imaginary Kpop boyband.


25 February 2016

Little Monster



8.07 pagi
24 Februari 2016
2.95 kg

Terima kasih Hazwani.


Bagaikan sinar kehadiranmu
Ikutilah kataku
Patuhi kata ibumu
Besarlah jadi raksa

Bisikan ayatul qurani
Menjadi pegangan sampai mati
Biarkan mereka sedar
Tiada ribut yang kau gentar
Kita akan selalu sama

Bulan matahari
Kau ku lindungi
Walauku telah tiada
kau kan elok saja
kerna
Tuhan kan ada.
Lelapkan lah seketika
Usahlah risaukannya
Kau kan elok saja

Ketika langkahmu terhenti
Tersesat jalan kau sendiri
Ingatlah pesanku
Tadahlah pada yang satu
Langkah kan sempurna

01 February 2016

Joke Stroller.

"Hey." Sapa aku pada Wani, bini aku.

"Hey dude wazzup?" Balasnya sambil buat muka poyo.

"I think, I want to buy a jog stroller for our baby." Kataku sambil menunjukkan contoh jog stroller di laman facebook.

"Hmm. Macam ni lah. Saya rasa kalau awak, dia jadi joke stroller. Sebab it's a joke kalau awak nak jog."







Okay.

28 January 2016

Mee Sedap.

We've done our Isyak prayer at 12:03 am since I come home late settling my work at the office. Actually I reached home around 10 pm. Lepastu melepak depan TV, online sepam dua baru nak mandi, jadilah Isyak jam 12 pagi.

Ada sorang makcik admin once told me that,

"Macam mana pun, kunci keluarga bahagia, sekurang-kurangnya sekali solat jemaah sehari."

Wani sambung baca Quran selepas itu. Aku bangun lipat sejadah dan mendagu di tepi telinga Wani sambil berbisik ala-ala Yusuf Taiyoob,

"You want some mee sedap?"

I know, dalam keadaan dah 8 bulan ni, aku sepatutnya bagi makanan berkhasiat, bukan mee sedap! Tapi apa salahnya ada 'cheat day'?

"No. Dah lewat ni."

Jam menunjukkan pukul 12.10 am.

"Ok."

Semalam aku beli sebungkus mee sedap kerana sangat teringin. Aku pun dah lupa bila last makan mee sedap. Mee sedap ni aku syak ada dadah. Memang lain macam sangap kalau lama tak kena!

Aku siapkan mee sedap aku dan saja aku bawa ke hadapan bilik. Biar bau.

"Abang lepak luar tau (depan tv)."

"Okay jap saya datang."

Sedang sedap aku makan dia duduk di sebelah aku dan ambil bekas mee sedap tadi. Suap ke dalam mulut. Pass semula dekat aku. Kemudian ambil lagi. Sampai habis.

Aku mula nak beransur dan bangun sebab mee sedap dah habis. Jadi elok pergi dapur basuh apa patut. Dalam tak disangka, Wani menahan aku.

"Err abang, sebungkus lagi boleh? Kita share."

Aku dah kata mee sedap ada dadah. Dalam orang tak nak pun suruh share 2 bungkus!

27 January 2016

Elok Saja.

Tenang-tenanglah oh anakku
Bagaikan sinar kehadiranmu
Ikutilah kataku
Patuhi kata ibumu
Besarlah jadi raksa

Bisikan ayatul qurani
Menjadi pegangan sampai mati
Biarkan mereka sedar
Tiada ribut yang kau gentar
Kita akan selalu sama

Bulan matahari
Kau ku lindungi
Walauku telah tiada
kau kan elok saja
kerna
Tuhan kan ada.
Lelapkan lah seketika
Usahlah risaukannya
Kau kan elok saja

Ketika langkahmu terhenti
Tersesat jalan kau sendiri
Ingatlah pesanku
Tadahlah pada yang satu
Langkah kan sempurna

18 January 2016

Diari Seorang Kulingineer Hebat (1).

Tadi, aku duduk di dalam kepungan warga tentera laut. Datang pula beberapa orang subkontraktor menepuk bahu memberitahu hal kerja. Dari depan datang pula beberapa orang dari bengkel yang membawa 'chain lock', senyum dan menghulurkan salam.

Gelak tawa, membuli junior crew, belanja-membelanja air, berkongsi sekotak rokok, bercerita hal semasa dengan serius, mengutuk kerajaan, membangunkan motivasi, bergurau senda.

Di dalam kekalutan, ketegangan dan tekanan menjadi seorang Project Assistant (yang perlu tau details every inch of the project), atleast, aku dikurniakan satu imbuhan paling bermakna di dalam dunia ini. Satu benda yang sangat penting untuk kita terus berkongsi tanah yang sama.

KENALAN.

Takoyaki.

Sabtu lepas aku ambil off sehari dari segala aktiviti kapal untuk membawa Wani ke Ipoh untuk mencari baju untuk dipakai semasa majlis doa selamat minggu depan. Dengan perut memboyot sekarang ni, semua baju dah tak muat. Apatah lagi baju kebaya. Kalau dia gagah juga pakai kebaya dan terkoyak, memang aku buat lap gitar je baju tu.

"Tu lah, dulu saya dah cakap, beli baju besar-besar. Time pregnant boleh pakai, time biasa boleh pakai."

Setiap kali aku membebel macam tu, Wani balas dengan pandangan mata yang tajam. Lalu aku terus ber-huhuhu.

Setelah selesai pembelian baju di Gondola31 di Meru, Ipoh, aku terus ke Aeon Klebang. Aeon baru. Saja nak menjelajah tempat baru. Lagipun aku dah lama tak bawa Wani berjalan. Aku hanya membeli sebotol Tinge sahaja di Aeon Klebang. Selebihnya aku beri masa untuk Wani berjalan. Baik untuk dia yang dah cecah 8 bulan di dalam perut.

Sebelum pulang, aku sajikan dia dengan Takoyaki. Kami berdua memang penggemar Takoyaki. Dan segala benda makanan yang berbunyi agak Jepun, Korea mahupun Chinese. Seperti Char Ho Fun, Sushi dan juga Char Koey Teow.

Kesedapan Takoyaki itu membuatkan kami agak stim. Harga RM5.80 untuk 3 biji memang berbaloi.

"Ingat nak buka francais lah Takoyaki ni." Aku bersuara

"Tak kaya lah kita."

"Kenapa?"

"Kita je makan, orang nak beli dah habis."

Aku balas dengan dengusan sahaja menandakan tidak setuju dengan ayat penyata itu.

"Yang, kalau saya buka francais Takoyaki, saya jadi bos, awak jadi apa?"

"Saya jadi Takoyakinya."

"Kalau tengok keadaan awak sekarang ni, memang sesuai awak jadi Takoyaki." Balasku.

Entah macam mana aku boleh terbergurau dengan keadaan fizikal boyot bayi Wani. Tak semena-mena, dari traffic light itu sehingga separuh perjalanan pulang ke Lumut, kami tak henti-henti memboyot dan menakoyaki kan diri masing-masing.

Dan aku dapat memandu dengan gembira tanpa ada perasaaan mengantuk.

Oh, Allah, please don't let this disappear.

09 January 2016

Penulis Sahaja (2)

Lumut - Seri Manjung -  Sitiawan menjadi tempat seterusnya untuk aku mengenali diri. It was not my first choice actually. After 4 months training in Raja Chulan, sampai masa untuk kami menerima surat dari management, yard mana sesuai untuk dicampakkan.

"Apit kau nak yard mana?" Ask one of my colleague.

"Langkawi."

"Serious? Why not Lumut. Kan lagi dekat dengan KL?"

"Sana seronok. Big man's toys. Yatch. Speed boat. Dekat dengan kampung aku."

"Lumut make country's toys. Warship pit."

"I am not into war."

Padahal aku masa tu memang nak lari jauh dari Klang Valley. But not as far as Kota Kinabalu. So Langkawi adalah choice yang bagus. Walaupun aku terpaksa bare dengan keadaan jika ada emergency dan aku kena bergegas balik KL. Malam mana ada feri!

But Allah knows best. Bila aku buka sahaja surat perpindahan, aku tersenyum dan membuat perancangan untuk bersiap ke Lumut.

Agak sukar nak adapt keadaan jauh dari family dan rakan-rakan baik. Kawan-kawan aku di Lumut semuanya jenis baik belaka. Dan aku separuh perangai syaitan (walaupun sopan). 9 bulan kami diberi apartment secara percuma. Sekurang-kurangnya aktiviti berseorangan aku boleh dipenuhi dengan menerjun dalam kolam renang.

Setiap minggu aku balik KL. Semasa itu aku masih menaruh harapan dengan muzik dan benda-benda lain. But it won't last long. Duit pun sempit tiap hari drive balik KL. Minyak tol sahaja boleh mencecah RM150. Bayangkan kali 4. Mahu RM600 aku habis di situ sahaja.

Perlahan-lahan aku meninggalkan KL.

Di Lumut, aku mati akal. Aku tak ramai kawan-kawan sekerja untuk melepak. Aku memang sejenis yang letak garisan, kawan belajar, untuk belajar, kawan kerja, untuk kerja, dan kawan melepak, untuk melepak. Sampai aku boleh habiskan novel tertangguh aku tahun itu. Sebab kawan melepak aku tak ada! Aku nak melepak dengan siapa?

Akhirnya aku akur. Aku terpaksa mingle dengan kawan-kawan yang ada (atau aku akan mati telan gitar elektrik seorang diri). Dari situlah wujudnya CINTA.

Jika sebelum ini aku mengenali seseorang dengan tulisan atau muzik. Tidak waktu itu. Wani ialah seorang gadis yang menepati cita rasa aku untuk diangkat sebagai seorang isteri. Tidak rage dan arrogant. Sopan. Pemalu. Tak pernah ada boyfriend. Meminati muzik sealiran dan paling penting, I don't even have to pretend to be what I am not when I am with her.

Aku tak perlu impress dia dengan tulisan, muzik ataupun acah ustaz. Menjadi penunggang ugama untuk menyata, akulah bakal suamimu ke Jannah. Kami pun tak pernah declare. Aku berdoa dengan Tuhan dan tunjukkan jalan. Bergetar jiwa tiap kali nampak dia. Akhirnya aku bawa dia jumpa mak abah dan aku pun jumpa mak abah dia. Dan kami tak pernah menjadi boyfriend girlfriend (isteri aku tak pernah ada boyfriend sehingga ke sudah).

2013 kenal. 2014 tunang. 2015 kahwin. 2016 insyaAllah bertiga.

Dan aku rasa sudah tiba masa aku untuk kembali ke Lembah Klang. Lumut ialah fasa untuk aku menguatkan jiwa dan membina yang runtuh. Aku rasa aku success. Aku tinggalkan semua benda. Even hidup aku sendiri (muzik) semata-mata mencari redha Tuhan dan mengenali diri sendiri. Sekarang aku dah dapat semua tu. Aku rasa aku dah bersedia untuk pulang dan menguatkan kembali ranting-ranting yang rapuh pada sebelumnya. Semestinya 3 benda. Muzik, penulisan dan bola sepak.

Kenapa aku cerita semua ni? Untuk kau tahu yang cinta tidak susah. Tak perlu fikir yang tak serasi tak ngam ataupun macam-macam tak lagi. Follow kata hati, kau nak atau tidak. Jangan timbulkan banyak alasan. Kalau dah tak mahu, terus kata tak mahu. Kalau rasa mahu lagi cuba, cuba lagi. Jangan dipersia-siakan. Kalau rasa sudah takmahu, blah terus. Putuskan hubungan terus. Ex lover jadi kawan ni bullshit. Kalau dia boleh jadi kawan maknanya dia takpernah ada perasaan pun sebelum tu. Jangan menyiksa jiwa.

Tengok dia, kalau kau rasa it still can work out, kejar dia!

Or else, it takes time. A very long time sampai kau boleh tengok dia dan senyum atas pencapaian dia. Kebahagiaan dia tanpa rasa apa-apa perasaan lain.

Siapa yang kenal aku, aku memang sweet stalker. Aku belajar dengan Afiq Safwan. Bukan sebab nak try or nak tengok kehancuran orang lain sebab dulu tak mahu kat aku. No. Aku suka tengok kebahagiaan orang yang pernah hadir dalam hidup aku. Even kawan-kawan lelaki pun. Dan aku akan gosip dengan isteri aku.

"Dia ni dah macam ni la."

"Dia macam tu la yang."

Dan most of the time, bini aku tak layan pun. Lama-lama aku kurangkan takpun tak bercerita tentang orang yang dia tak kenal. Perempuan pun jealous. Kan? Walaupun kita tak ada niat apa-apa. Walaupaun (2), bini aku tak rasa apa-apa pun tapi rasa benda tu tak worth it untuk diceritakan.

Ex yang okay aku akan komen macam biasa. Macam seorang tu, dia sudah ke India bercuti, aku akan like dan komen, "Wah bestnya!" Dan dia akan balas, "Bawalah wife nanti." Ex yang rasa aku ni nak tayang atau cakap benda nak sakitkan hati diorang pulak, aku diamkan saja. Dan terus jadi stalker. Rasa nak cakap something dalam bentuk pandangan peribadi, tapi eloklah diam saja. Buka, baca. blah.

Yang kedua sebab aku bercerita semua ini ialah, aku nak pembaca untuk tembus dinding yang dipenuhi dengan bantal keselesaan tu. Ikutlah. Jadi tak selesa sekejap. Dari situ kau boleh jumpa sesuatu. Dengan izinNya. Sebab kau dah tak ada apa-apa yang lain untuk difikirkan. Tenangkan diri sendiri dan maju.

Apa aku nak lagi? Aku ada isteri aku dan bakal anak. Aku dah tak nak apa-apa. Woah!

//doakan kebahagian kami suami isteri dan keluarga sehingga kehujung nyawa. Tiada cintaku akan berbelah bahagi dengan dia yang telan berkorban lebih dari apa yang kau boleh bayangkan.