Search This Blog

15 September 2016

Tenungan Samar.

Jam menunjukkan pukul 1:14 pagi. Anak sudah tidur. Isteri juga sudah tertidur menidurkan anak. Aku termenung melihat dinding ruang tamu rumah sewa kecil kami yang berwarna hijau ini. Aku tenungkan masa lampau dan masa depan.

Tenungan aku samar. Tiada yang khusus. Jadi aku ambil keputusan untuk capai laptop dan menaip sesuatu di laman ini. Mungkin sudah kurang pembacanya laman ini. Tapi sekurang-kurangnya satu hari nanti aku dapat buka kembali dan baca apa yang terlintas ketika ini. Lagipun menulis ialah satu terapi buat aku. 

Seperti yang aku lakukan akhir-akhir ni. Buka entri lama dan senyum. Bukan kelakar. Aku bangga dengan 'penulis.sahaja.' yang dulu. Aku senyum kerana memikirkan betapa manisnya masa itu. Benar kata seorang pembaca laman ini yang melabelkan entri-entri aku kepada 'rebellious teenager'.

Entah apa reaksi aku ketika umur 30 an kelak membaca kembali entriyang sedang ditulis ini?

Tenungan tiada apa yang khusus. Cumanya ia lebih kepada keluarga yang sedang aku develop ni. Kadang kala aku risau. 'Rebellious teenager' ini banyak dosa. Banyak yang amat. Aku risau, kalau-kalau dosa itu akan reflect kepada keluarga ini terutamanya anak.

Aku harap anak dapat bawa dirinya dengan baik. Zaman aku memang bergelora. Zamannya kelak, aku yakin lebih bergelora. Risau tahu? Perjalanan pembesaran dia. 

Kadangkala aku rasa cepat betul dia membesar. Rasa macam baru semalam aku azankan telinganya. Macam baru semalam aku bisikkan dia yang masih di dalam rahim supaya "cepat-cepat keluar, mummy dah sakit. Kesian mummy". Macam baru semalam aku angkat dia yang sedang terbaring, berbau darah lalu aku azankan dia. Kata orang itulah bau syurga. Aku cium dalam-dalam. Dan aku nasihatkan dia supaya menjadi anak yang solehah.

Harini dia dah boleh duduk, merangkak, berdiri dan bersembang bahasanya. Cepat betul. Esok lusa dah boleh berjalan. Esok lusa dah kena berpisah dia masuk asrama atau universti. Aduh! Tak dapat bayang perasaan berjauhan dengan dia nanti.

Dia sedang tidur. Nawraa Raeesa.


No comments: