.

.

30 December 2015

Penulis Sahaja (1).

I still remember those glory days, di mana tulisan aku menjadi satu daya tarikan orang lain untuk berkawan, menghimpit, menyendeng dan cubaan untuk menjatuh cinta. Termasuklah tulisan di dalam lagu. Kadangkala aku tak tahu kenapa aku terus menulis waktu tu. Untuk menjadi rebellious teenager atau menarik ramai orang untuk membaca?

Tak seperti sesetengah orang, I do appreciate being popular.

But in many ways, writings do give me so much of adventures. I make more friends, side income and also ex lover(s). But then, it won't last long. 2008 aku mula menulis. Dari sebuah blog dengan informasi muzik (of course masa tu scene 'KAMI' tengah in), aku ke personal blog yang memperkenalkan aku dengan 'cinta'. Cinta in many ways. Aku tubuhkan pula portal percintaan 'TERFAKTAB' bersama Aqram.

It was fun to talk about something to be read by others. Something untuk menarik pembaca merasai sedih, kekecewaan dan jatuh. Dengan cerita menderet-deret. Sympathy I guess? Orang kita memang suka baca benda macam tu agaknya. And it was a hit. Even in other media social. People start to fall in love with my writings. In facebook. In twitter.

People start quoting my blog. Start quoting my sentences. Start quoting my short stories. It was fun. Some of girls start to personal chat me. Senang nak ajak keluar. Tak selalu menyendiri. Not only girls, boys pun sama.

Betul orang kata, words is a strong sword.

But then, selepas habis belajar dan adventure sebagai pekerja bermula di luar kawasan, aku mula meninggalkan dunia internet. Orang dah mula lupa aku (social media friends mostly). And I am not as popular as before. Terasa jugak awalnya. Tapi aku terpaksa adapt. Aku pun nak lari dari Klang Valley sebab aku rasa dia menjadi terlalu baik untuk aku.

I got almost everything. Live with my family. Menulis buku. Play in a band. Three bands. Ada kereta dan motor. Ada perempuan yang minat even I am not declaring them as my girlfriend (ramai perempuan tapi masih rasa sunyi). And even I almost reconnect with my ex-girlfriend (aku jatuh teruk sebab dia and even tak pernah ada 'real' girlfriends since broke up with her. Cuma ada girl yang nak jadi friend). I have tonnes of friends. Too nice kan? Dan aku rasa it's not fair. Tak semua benda tu salah, tapi aku rasa tak adil.

So I decided to left Klang Valley.

bersambung...

23 December 2015

Hidup Memang Roda.

Esok Maulud Nabi (Solallahu Wasalam). Sepatutnya cuti. But not for me. I have to work extra time (I don't call it over time because I did not work over it. Hanya extra). Just for couple of hours then shoot terus ke Taiping, rumah Opah.

Mak, Abah dan adik ada di Penang. Untuk kenduri one of my cousin. Antara cousin paling rapat. Tak sangka how fast time flies. I still remember those time yang kami main masak megi guna pemadam megi yang dapat free with a real fire. Main bola sepak terus masuk sungai. Naik basikal mak cik kirim ais ketul, pergi berejam. Mana tak nya singgah makan ais krim dulu. Still remember kayuh basikal tepi sawah then terjunam masuk tali air.

Now semua dah ada family masing-masing. Those stories should be told to our kids nanti. Wajib.

Semasa aku menaip ni, aku baru sahaja selesai mengemas bilik kedua rumah aku. Second room ni literally adalah bilik aku menghumban segala barang muzik dan kawasan aku menulis. Kena kemas sikit sebab mak abah kalau dah ada utara bila-bila masa depa boleh singgah rumah aku dekat Manjung ni. Bilik ada 3. Satu dah kami duduk. Third room dah jadi store.

But, that's life. And I thanked Allah for it. Abah sekarang sibuk dengan projek MRT dia. Kalau dia cuti Isnin boleh lah singgah.

Sekali lagi aku nak guna ayat 'I still remember'. Ya lah mana tak nya. Dulu mak yang ligan aku kemas bilik sebab ada cousin or sesiapa nak datang. Now aku kemas rumah untuk dia datang. Life kan? Haha.

Okay lah. Got to go.

21 December 2015

Little Monster


2 months to go.

Gambar credit to my wife.

20 December 2015

Azam.

One of my office mate ask me about 'azam'.

"Azam ni macam rumput dah. Banyak, tapi tak nampak. Asalkan ada saja." Added him.

"Not really. Aku ada azam yang serious. Actually, 3 azam."

He focusing to my lips. Satu azam pun tak tertunai apa lagi 3.

"First, to make my parents happy, next to make my wife and the little monster happy and last but not least to make myself happy."

02 December 2015

Rembulan Tenggelam di Wajahmu.

"Masalahnya kau tidak seharusnya jahat Ray. Kau tidak seharusnya menjalani masa-masa gelap dengan alasan hidup ini tidak adil. Kau tidak seharusnya menyalahkan orang yang membuatkan kehidupanmu buruk, lantas mencari alasan-alasan."

"Kalau hidup ini adil, mengapa mereka dibiarkan Tuhan? Kau tahu apa samseng itu lakukan pada Ilham dan lukisannya? Natan? Tidak dapat lagi bermain muzik?"

"Kau tak boleh menyalahkan orang lain dalam urusan ini, apalagi menyalahkan Tuhan, Ray. Bahkan orang terpilih juga terkadang lalai mengenali bentuk keadilan itu kerana kita selalu berusaha mengenalinya dari sisi yang nampak di mata. 

"Di mata kasar kau tahu Ilham gagal mengikuti pameran besar itu. Kau salahkan samseng-samseng itu. Salahkan langit kerana membiarkan orang jahat itu. Kata siapa Ilham gagal? Tanpa merosakkan lukisan itu sekalipun, Ilham masih tidak layak mengikuti pameran itu. Kenapa? Kerana kalian terlampau melebih-lebih kebolehannya. Lukisan itu biasa-biasa sahaja. Kalau diserah kepada kurator pasti mereka tidak akan mempercayai bakat Ilham yang digembar-gemburkan oleh Bang Ape lagi. 

Selama sepuluh tahun selepas itu, dia belajar cara membuat lukisan lebih baik. Belajar merendah hati. Memutus untuk tidak menulis nama pada setiap lukisannya. Hasilnya, dia menjadi pelukis yang baik Ray! Adakah hidup ini tidak adil bagi Ilham?"

"Natan membenci ayahnya kerana tega meninggalkan mereka sekeluarga. Dia nekad untuk menjadi orang yang boleh mencairkan hati manusia yang keras. Kau tahu bagaimana? Menjadi penyanyi adalah salah satunya. Dia mendapat kesempatan lain Ray. Dia menjadi penggubah lagu terkenal! Ratusan lagunya mengajak manusia berbuat baik. Dengan lumpuh, kehilangan suara, itu justeru dia mendapat kekuatan luar biasa untuk menulis lagu. Adakah hidup ini tidak adil bagi Natan?"

"Kehidupan ini selalu adil. Keadilan langit mengambil berbagai-bagai bentuk. Meski tidak semua bentuk itu kita kenali tetapi adakah dengan tidak mengenalinya kita boleh berani-beraninya menuduh Tuhan itu tidak adil? Hidup tidak adil? Ah, urusan ini terlanjur sulit bagimu, kerana kau selalu keras kepala."

potongan rangkap di dalam novel nukilanTere-Liye, 'Rembulan Tenggelam di Wajahmu'.



*****

Buku ini telah aku hadiahkan kepada seorang sahabat rapat (yang kini tidak berapa rapat mungkin kerana kekangan masa dan ruang). Ayat di atas, walaupun hanya beberapa rangkap, ia tidak gagal untuk membuatku termenung meneliti setiap jarak masa yang telah tersisa dalam hidupku.


Kau tidak seharusnya menyalahkan orang yang membuatkan kehidupanmu buruk, lantas mencari alasan-alasan. Kan?