Search This Blog

17 February 2020

Somewhere Only We Know

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera.

Aku tak tahulah masih ada yang membaca atau tidak blog ini. Blog semakin tidak menjadi trend pada beberapa tahun lepas dimana orang ramai lebih prefer content berbentuk video yang lebih menarik pandangan mata.

Content berbentuk video lebih cepat dihadam bila mana mata hanya melihat manakala content berbentuk tulisan ini kita perlu membaca dan hadam. Benda ni selari dengan peredaran zaman dan kualiti internet yang lebih laju. Tambahan, video-video lebih mudah ditonton sekarang pada aplikasi telefon bimbit berbanding dulu, kau kena bukak komputer.

Ah sudah, dah macam nak buat karangan SPM pasal content video pulak.

Kepada yang masih membaca blog aku ni, terima kasih. Aku bagi 5 Ha.

Okay, back to the title. Pada 4 tahun lepas, pada sesiapa yang mengikuti blog aku, aku telah dikurniakan seorang cahaya mata (Nawraa Raeesa). Banyak momen-momen yang indah telah kami suami isteri harungi bersama 'Kak Long Nawraa' ni. She is very awesome.

Tanpa aku duga, pada tahun lepas, Allah SWT telah membisikkan kepada aku dan isteri bahawa rezeki cahaya mata kedua akan muncul. Sebagai manusia yang telah dikurniakan pengalaman, menjaga kandungan kedua ini tidak menjadi masalah besar untuk kami.

Sehinggalah pada Januari 2020, setelah membuat 4D baby scanning, kami telah dikejutkan bahawasanya kandungan anak kedua kami mempunyai sifat Placenta Previa Type 3 dengan bahasa pasarnya uri telah berada di laluan keluar bayi.

Okay ini baru buat kami.

Isteri aku di tahan di wad sejak itu. Kandungan baru sahaja mencecah 33 minggu. Segalanya berubah sekelip mata. Dengan penahanan isteri aku di wad, aku terpaksa menguruskan anak aku seorang diri. Aku anggap ini adalah ujian dari Tuhan untuk memberikan yang terbaik buat kami.

Hari pertama aku menjaga anak aku tidaklah sukar. Segala checklist aku buat satu per satu. Anak aku seperti tidak risaukan mummy nya di hospital sehinggalah waktu tidur,

"Bila mummy nak balik dari hospital. Dah malam ni babah."

Sebak juga aku dengar dia cakap macam tu. Malam tu dia agak sukar untuk tidur. Ya mungkin dia memikirkan mummy nya. Aku hanya mampu tenangkan dia sambil mengusap-usap belakang badannya.

Semuanya okay. Cumanya pada hari pertama itu, kerana terlalu kelam kabut, aku telah lupa gosok gigi anak aku sebelum dia ke tadika nya.

Okay. Aku cuma berdoa kawan-kawan dia tak perasan bau mulutnya busuk.

Mak aku (hero no 1 di dunia) memutuskan untuk dia tinggal sementara bersama aku dan anak. Dia tahu aku memerlukan bantuan dia. Itulah instinct paling mahal seorang ibu. Semuanya seakan kembali normal semula sejak ketibaan mak. Dia datang untuk menguruskan anak aku. Dia tahu aku mampu uruskan anak aku, tapi dengan kerja yang tidak menentu, kehadirannya sedikit sebanyak dapat membantu aku.

Cumanya kadangkala bila nak tidur, anak aku akan request benda yang dia tak pernah request semasa mummy nya ada di rumah.

"Babah, nyanyilah lagu babah dengan mummy tu. I walk a cross tu (Keane - Somewhere Only We Know)."

Sebelum kelahiran dia, kami suami isteri ada record lagu tu berdua. Sejak dia dengar kembali aku play lagu yang kami record berdua tu dalam kereta tempoh hari, hampir setiap malam dia akan request aku nyanyikan lagu tu.

"Nanti Nawraa nyanyi sorang-sorang okay? Babah main gitar." Katanya.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Harini hari ke 19 isteri ku di hospital. Menanti waktu untuk melahirkan anak kedua kami. Jika tiada aral melintang minggu hadapan isteri aku akan dibedah memandangkan peluang kelahiran secara normal agak tipis.

Takpa. Kami dan bersedia. Cumanya, aku mohon doa dari kalian.

Tolong doakan isteri dan anak kedua kami selamat dan sihat okay?

Terima kasih.