Search This Blog

13 January 2012

Rasa.

Aku buka post baru. Aku tenung lama komputer riba nazak ni. Cuba susun ayat yang sesuai untuk aku garabkan yang boleh menggambarkan apa yang aku rasa. Alunan melodi kipas ke kiri, pusing ke kanan, selang seli dengan bunyian cengkerik belakang rumah aku menyerikan pagi aku jam 3:09 ini. 

Aku sebenarnya tak gemar mana rasa ni. Aku cuba nak kupas, sebenarnya kenapa rasa ni masih wujud. Apa yang aku takutkan, kupasan aku nanti boleh disalah tafsir oleh insan lain. Pernah dengar mesej yang tak sampai? Bila manusia A menulis benda di sekeping kertas dengan nada A, dan manusia B membaca tulisan tu dengan nada B, akhirnya mesej tak sampai? Mungkin aku tulis dengan nada luahan rasa, tetapi apa yang orang baca, seperti aku menulis dengan nada minta penampar?

Ya aku mengaku. Dalam-dalam aku masih angkat Tuhan paling atas dalam segala hal, aku juga melakukan dosa secara tak sengaja. Banyak. Kau, kau, kau dan kau, aku rasa pun ada. Maksum. Kita bukan maksum. Mungkin kita tak perasan. Atau perasan, tapi mata yang ada, sengaja dibutakan. Mata yang aku kata, bukan dua biji mata  yang laju pandang dengan benda yang indah. Bukan. Apa yang aku cuba sampaikan ialah, kau sengaja butakan mata hati.



Rasa. Adakah rasa yang aku rasa sekarang ini ialah satu dosa? Aku, kalau boleh, nak buang jauh-jauh rasa ni kalau ia hanya mampu bagi aku termenung, fikiran melayang, jiwa tak tenteram dan paling penting dosa. Kalau ia berdosa. Bercakap tentang hal ni, menampak aku seperti lelaki lemah. Yang tunduk dengan rasa. Celaka! 

Aku tak tahu apa aku nak buat dengan rasa ni. Aku cuba salurkan rasa yang aku rasa kepada benda lain. Tapi, hasilnya celaka. Hipokrit tahap Gunung Jerai. Oh tak cukup tinggi. Setinggi atmosfera? Okay hiperbola. Aku tak tahu apa aku nak buat dengan rasa ni. Rasa yang kalau boleh nak rasa seperti dulu. Tapi aku tahu, tak boleh. Tak mungkin boleh. Apa aku boleh buat ialah alihkan perhatian dengan benda lain. Yang aku tak boleh buat, peralihan rasa itu hanya sementara. Tak kekal. Dia akan datang balik.

Aku terfikir, kalau aku jujur dengan apa aku rasa, dan aku tak putus asa dengan rasa aku, aku perlu habiskan rasa itu dengan paling terbaik. Setiap kali aku merasai rasa tu, dia buat aku untuk terus berusaha. Berusaha untuk terus hidup. Memperbaiki hidup. Melonjakkan hidup aku sampai tahap, mak dan abah boleh bangga. Sampai satu tahap, aku boleh bagi duit setiap bulan untuk mereka. Dan penutupnya, dengan apa aku ada, dengan apa aku usaha, aku akan tamatkan rasa tu. Satu hari nanti. Ya, satu hari nanti.



Masa tu, apa sahaja keputusannya, aku kena redha. Sebab, apa yang pasti, ketentuan. Sejak umur kita 4 bulan dalam perut lagi, semuanya dah diputuskan. Dia macam satu skrip drama. Lagi hebat dari drama Korea. Skrip dah ada. Ikut pelakon tu lah nak berlakon macam mana. Tapi alih-alih, jalan ceritanya, penamatnya, mesti sama dengan skrip tu.

Oh ya, tempoh hari aku ada sembang dengan seorang kawan aku. Dia bekerja kumpul duit selepas belajar. Kerja kuat. Beli rumah. Stabil. Nak kahwin, tetapi malang, akhirnya perkahwinan batal. Ada konflik sedikit. Apa dia buat, dia jual semuanya dan bergegas buat permohonan ke universiti di luar negara. Dia dapat. Guna duitnya sendiri belajar Master di sana. Tak mohon apa-apa bantuan. Hasil kerja kuat dia. Hari pertama dia jejak kaki di sana, dia habiskan masa cari kerja. Duit awal yang dia ada hanya untuk bayar sewa rumah, dan yuran belajar. Selepas itu, dia hanya bayar yuran, dan segalanya dengan duit hasil dia kerja di sana. 

Dia tiga tahun di sana. Kerana kecewa tentang cinta. Di sana dia kenal seorang perempuan Melayu. Nak tahu apa jadi? Kini mereka sudah beranak satu. Pakai kereta besar. Apa aku boleh kata, selepas dia kecewa, selepas dia berusaha, hidup dia kini lebih selesa dan hebat. Kerana cinta. Penangannya. Dia nasihatkan dekat aku untuk terus kejar cita-cita selari dengan redha Tuhan. Dia juga sangat menyokong untuk aku sambung master di luar.

Cerita kawan aku ni buat aku lebih bersemangat. Bukan untuk mencari cinta. Untuk menjelajah. Belajar ilmu untuk kuat. Kenal ramai orang. Lihat dunia. Aku sudah lama sangat terperuk di sini. Keselesaan buat aku lalai. Keselesaan buat aku juga sakit otak. Aku jadikan dia idola aku untuk berjaya dalam hidup. Mungkin makan masa. Ah, benda apa yang hebat tak makan masa?

Sudah lah aku mengarut dekat sini. Alih-alih bukan ada orang baca dengan penuh tekun pun. Akhir kata, biarlah kita diam, tapi berisi, dari bising, tapi biji yang besar, isinya nipis. Baca akhir kata dengan tersirat, bukan tersurat. Senyum dan Assalamualaikum. 

nota kuku: menulis dengan looping lagu Yuna - Terukir di Bintang.

25 comments:

Maria Ozawa said...

Nice. Sooo inspiring. :)

zahirlunatik said...

sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku~

Anonymous said...

Sampah

Anonymous said...

anon atas ni mungkin rasa dia tak boleh sambung master di luar dan punya hidup power. sbb tu dia butthurt kata sampah. wakakaka!

-anon yang cool-

Farhana Aziz said...

setiap yang terjadi itu ada hikmahnya bukan?

dee said...

:)

moonbulan said...

wah....aku bace dengan sangat tekun.TERBAIK LAH~!!!

aqel said...

aku baca dengan tekun lah.
all the best bro. :)

N said...

sehabis tekun dan terlangsai :|

Ain Asrar said...

perihal rasa yang tak pernah terasa !

terlalai~

Primadona said...

Ya.Disebabkan kita terlampau selesa akhirnya kita sendiri sakit otak.So inspiringlah.

penulis.sahaja said...

aku dah lama tak reply satu-satu. Okay jom aku reply satu-satu.

@Mamimo
inspiring ke? haha thanks.

@zahirlunatik
amboi peminat yuna ni. kehkeh.

@anon #1 dan #2
rilek rilek sudah. lain org lain pandangan. haha.

@Farhana Aziz
betul. samada cepat atau lambat sahaja dia dtg.

@moonbulan
terima kasih!

@aqel
haha terima kasih banyak-banyak. kau baca sambil menenun kain dak? haha.

@n
apa yang terlangsai?

@ain asrar
mana boleh rasa yang tak terasa? amboih!

@azizah alwi
selesa tu byak lalaikan kita.

dee diba said...

aku rase ko banyak menung neh. tuh yang pikir bukan bukan. jauh ko melayang. cepat balik bumi, kang jetuh sakit. haha. ;D

AkuBukanLelaki said...

terus kejar cita-cita selari dengan redha Tuhan.


aku cuba tp sedikit lalai
huh!

Anonymous said...

sy dpt rasa apa yg awk sdg rasa...krn sy pun sedang merasainya..yaa,btul kata awk..klau lah kita bley rasa semula rasa yg seperti dulu..tp tu semua sukar kecuali dgn izinNya...sabarlah,masa pasti akan mengubatinya(juga ckp utk diri sndri..hehe..)...gewd luck bro..smoga kamu akn terus berjaya...=)

-ss-

Syafiq Azmi said...

thumbs up

Unknown said...

hye penuli sahaja.
entry ini sedikit sebanyak bg motivasi pada sya.
yeah apa yg kita rasa tak smstinya org boleh rasa.
tapi apa yg penting nya kita tahu takat mana kebolehan kita
usaha doa dan tawakal.

kerna Allah itu maha pemurah,

akn diberi pada kita apa yg dikhndaki jika kita taat padanya.

penulis.sahaja said...

@dee diba
termenung untuk kebaikan takpa. btw, termenung macam ni takkan jatuh. ;)

@mentadak hijau
kita semua selalu lalai. doakan selalu diingatkan.

@ss
entah tahu2 je aku rasa apa kau kan? mcm lah tahu. haha. okay thanks.

@syafiq azmi
thanks!

@ezan idma
betul. dia pemurah. doa usaha tawakal. 1 formula paling mudah.

Unknown said...

serius, menganga aku baca. memang terbaik.
segala yg berlaku buat kita makin kuat. lebih semangat utk kt gapai sesuatu yg lg pntg dr cinta.ya, gapai ilmu untuk jd lagi kuat. :)

shafiqahkay said...

hehh....aku tak kenal kau,
tapi aku suke kau,
aku suke cara mata kau tembus dunia
aku suke medula kau bekerja *maybe kadg2 kau pun mcm pening*
aku suka prosa ayat2 kau.
ape pun, wish u all the best lah utk semua yang bakal kau buat~
ok bye~

Anonymous said...

isyh penat baca dengan tekun tau? hehe. best and inspiring. aku pun dlm situasti camni sekarang. i hope i can move on, soon. nak jugak ah buat Master kat oversea :)

-is-

Anonymous said...

teringin jugak buat masters dekat overseas ~.~

-f-

..tHe WriTeR.. said...

wassup broo ~

nampaknya kita ada masalah yang sama lah..
pedihkan..sakitkan..hati asyik macam terhiris2 jep..
terasa kalau dapat diundur masa..
nak jer stopkan masa tuh kat situ jep..kan ?
aku dapat rasa apa yang ko rasa..
100% paham..
aku pun still ubati hati sendiri broo ~
pape pun..
sama2 lah kita still chill and cool ~ ! ^^,

~ KriZZaLiD ~ said...

apit..

Anonymous said...

bila hilang punca untuk hidup, perasaannya sama macam perlahan-lahan jatuh ke dasar, semuanya nampak kelam, tak pasti. aku benci baca tulisan ni. tak, bukan benci je, marah, sedih, kecewa, gembira semua ada.

apapun aku gembira untuk kau. bukan senang nak dapat kekuatan untuk teruskan hidup. jangan lupa tampal senyuman plastik untuk diri sendiri sampailah kau jumpa sebab untuk tersenyum semula.