Search This Blog

02 December 2015

Rembulan Tenggelam di Wajahmu.

"Masalahnya kau tidak seharusnya jahat Ray. Kau tidak seharusnya menjalani masa-masa gelap dengan alasan hidup ini tidak adil. Kau tidak seharusnya menyalahkan orang yang membuatkan kehidupanmu buruk, lantas mencari alasan-alasan."

"Kalau hidup ini adil, mengapa mereka dibiarkan Tuhan? Kau tahu apa samseng itu lakukan pada Ilham dan lukisannya? Natan? Tidak dapat lagi bermain muzik?"

"Kau tak boleh menyalahkan orang lain dalam urusan ini, apalagi menyalahkan Tuhan, Ray. Bahkan orang terpilih juga terkadang lalai mengenali bentuk keadilan itu kerana kita selalu berusaha mengenalinya dari sisi yang nampak di mata. 

"Di mata kasar kau tahu Ilham gagal mengikuti pameran besar itu. Kau salahkan samseng-samseng itu. Salahkan langit kerana membiarkan orang jahat itu. Kata siapa Ilham gagal? Tanpa merosakkan lukisan itu sekalipun, Ilham masih tidak layak mengikuti pameran itu. Kenapa? Kerana kalian terlampau melebih-lebih kebolehannya. Lukisan itu biasa-biasa sahaja. Kalau diserah kepada kurator pasti mereka tidak akan mempercayai bakat Ilham yang digembar-gemburkan oleh Bang Ape lagi. 

Selama sepuluh tahun selepas itu, dia belajar cara membuat lukisan lebih baik. Belajar merendah hati. Memutus untuk tidak menulis nama pada setiap lukisannya. Hasilnya, dia menjadi pelukis yang baik Ray! Adakah hidup ini tidak adil bagi Ilham?"

"Natan membenci ayahnya kerana tega meninggalkan mereka sekeluarga. Dia nekad untuk menjadi orang yang boleh mencairkan hati manusia yang keras. Kau tahu bagaimana? Menjadi penyanyi adalah salah satunya. Dia mendapat kesempatan lain Ray. Dia menjadi penggubah lagu terkenal! Ratusan lagunya mengajak manusia berbuat baik. Dengan lumpuh, kehilangan suara, itu justeru dia mendapat kekuatan luar biasa untuk menulis lagu. Adakah hidup ini tidak adil bagi Natan?"

"Kehidupan ini selalu adil. Keadilan langit mengambil berbagai-bagai bentuk. Meski tidak semua bentuk itu kita kenali tetapi adakah dengan tidak mengenalinya kita boleh berani-beraninya menuduh Tuhan itu tidak adil? Hidup tidak adil? Ah, urusan ini terlanjur sulit bagimu, kerana kau selalu keras kepala."

potongan rangkap di dalam novel nukilanTere-Liye, 'Rembulan Tenggelam di Wajahmu'.



*****

Buku ini telah aku hadiahkan kepada seorang sahabat rapat (yang kini tidak berapa rapat mungkin kerana kekangan masa dan ruang). Ayat di atas, walaupun hanya beberapa rangkap, ia tidak gagal untuk membuatku termenung meneliti setiap jarak masa yang telah tersisa dalam hidupku.


Kau tidak seharusnya menyalahkan orang yang membuatkan kehidupanmu buruk, lantas mencari alasan-alasan. Kan?




4 comments:

Anonymous said...

kita tak harus menyalahkan sesiapa dan harus move on utk kehidupan yang lebih baik. wallahualam.

penulis.sahaja said...

@RCikilo
InsyaAllah

macyhumaira said...

ingin juga aku menjadi gadis yg bisa mencairkan hati sesiapa.

terutamanya bos. bos.. jgn kasi kerja.. hehee

penulis.sahaja said...

@MacyH
Kalaulah boleh macam tu, jadi pekerja kesayangan!