.

.

09 September 2016

September.

Dah sembilan hari bulan September. Nawraa pun dah masuk 6 bulan 24 haribulan lepas. Dah start boleh makan solid food instead of susu ibu sahaja. Aku dan Wani memang follow betul step feeding Nawraa. Semua untuk progres Nawraa. Dia pun dah boleh merangkak dan tengah gian nak berdiri.

Alhamdulillah everything goes very well.

Wani pernah cakap dekat aku, "Macam mana kalau orang tak boleh adapt cara kita besarkan Nawraa? Ya lah orang dulu dua bulan dah makan Nestum. Kita, Nawraa dua tahun baru nak bagi makan gula or garam. Some of parents nowadays bagi Ipad untuk diamkan anak. Kita kalau boleh bagi mainan physical. How?"

Aku cakap mudah sahaja, "Kita control."

Orang nampak aku OK, bahagia. Yeah semua orang macam tu. Masalah kita simpan sudah. Ye dak? Benda yang paling aku belajar kat Manjung ni ialah control. Control emosi. Control masalah. 

Aku sebenarnya dah ready sangat untuk balik Klang Valley. Mungkin rezeki belum ada. Ada submit resume here and there, but still takde rezeki. Mungkin Allah SWT nak aku settlekan kerja di sini sampai habis dulu. Doakan aku ok?

Aku sebenarnya (2) tak pernah nak physically appreciate wife aku. Maybe belum rezeki aku nak appreciate secara material. "Alia beranak dapat gelang emas husband dia kasi." Jujur aku katakan aku ada masalah dengan budgeting sejak Nawraa ada. Bukan aku salahkan dia. Nope. I love her so much. Tapi aku yang kurang bijak menguruskan wang. Everything goes very fast. Duit motor major overhaul. Emergency here. Emergency there. Semua yang berlaku aku redha dan percaya, Allah SWT takes a little from me to give me something bigger.

And you guys guess what? Wani tak pernah merungut pasal harta benda dan terus menjaga keluarga dan anak dengan baik. I love her so much. InsyaAllah kalau ada rezeki I'll buy you an aeroplane.

InsyaAllah.


Aku ada ikut blog seorang kawan baik maya aku and ada berjumpa beberapa kali secara bukan maya. Aku nampak dia begitu sedih akhir-akhir ni. Decision making, love story (perhaps?).

Satu saja nak nasihat kau, be realistic. Fikir future. Fikir family. Fikir Allah.

You'll be okay.

6 comments:

sofiya said...

Saya baru kahwin 2 bulan. Walaupun takde duit lebih, Alhamdulillah tak pernah tak cukup makan. Saya perasan je suami korbankan nak baiki kereta demi bayar sewa rumah (yelah, masa single dulu sewa bilik je, murah). My point is, we see the sacrifices husbands make. InsyaAllah, rezeki akan sentiasa cukup. Takde lebih takpe. Yang penting cukup.

PS said...

@sofiya,

thank you for understanding your husband (dan husband2 yang lain juga). InsyaAllah ada rezeki berkembang nanti.

pemuzik jalanan said...


Aku jarang jarang datang baca blog orang sekarang ni, tapi, kalau perenggan akhir kau tujukan untuk aku, pergh terharu juga ni naaa nanesss haha!

Mekasih untuk nasihatnya. Aku okay tet.

Aku harap, kau, Kak Wani, Nawraa, semuaaaa, Tuhan jagakan selalu.

penulis.sahaja said...

Hehehe

tq Potet

Izam Zamri said...

Assalamualaikum abang Shafiq Helmi, saya izam pelajar tahun akhir UKM jurusan Persuratan Melayu. Untuk makluman abang Shafiq, saya gunakan novel Hari Ini Kita Menang karya abang Shafiq sebagai projek kajian akhir saya. Penyelia saya ialah Dr. Mawar Safei. Boleh tak sekiranya saya nak wawancara abang Shafiq berkenaan dengan latar belakang abang Shafiq dan juga tentang Novel HIKM tu? Bolehkan saya guna email sebagai medium untuk kita berinteraksi bersama :)

penulis.sahaja said...

@Izam

contact saya di penulis.sahaja@gmail.com