Search This Blog

25 August 2013

Perasaan Kanak-kanak Orang Tua.

Kita ni macam budak-budak kalau kita dengan orang yang kita betul-betul suka. Atau sayang. Gedik. Manja lebih. Nak perhatian. Kan? Kita selalu tak perasan benda-benda macam ni. Tapi itulah sebetulnya. Selalunya. Macam gedik dan manja dengan mak ayah kita. Perhatian dari mereka. Tak suka bila adik-beradik lain mendapat perhatian lebih. Cemburu bila yang lain mendapat, dan kita tak dapat.

True enough?

Benda ni tak elok. Dia macam boleh membunuh. Lain kalau orang yang kita suka atau sayang tu dah faham betul dengan perangai kita yang satu ni. Kalau tak? Dia akan ingat kita ni mengada lebih. Silap-silap dia pun boleh malas nak layan. Sekali. Dua kali. Lama-lama meletup.

Padan muka.

Kelakar nak bangkit isu macam ni. Macam menulis 'how to handle your childish feeling when with your partner for dummies'.

4 comments:

Anonymous said...

Indeed.

Kau rasa benda ni sekarang?

Sabar.

Lelaki said...

aku senyum.

Anonymous said...

baca tajuk, aku ingat kau nak karang pasal lain tadi..

Unknown said...

Agak lama berkeliaran di ruang blog awak ni. Terima kasih atas penulisan yang most of it terkene batang hidung sendiri. Suka. Semoga yang baik baik sahaja utk awak ;)