.

.

30 January 2013

Batu.

Permata itu indah
jika disilau dengan cahaya
cantik, menyerlah, megah

Bata itu keras
warnanya malap, muram, kelam
Petak dan tiada menarik

Jika disusun di atas meja
aku yakin permata yang didamba
walhal seraya alam tahu ia tiada guna
Selain menunjuk sifat riak durjana
hey celaka!
Bata itu walhal punya banyak khasiat
rumah, istana, penjara sekali pun
Bata mampu siapkan

Lumrah manusia
Sifat manusia
Utamakan cantik dari guna

Aku tak salahkan sesiapa.
Kita akan terus binasa.
Selamanya.

4 comments:

dee said...

lumrah.

Liyaa Mf said...

Kalau pilih bata, tak ada apa yang boleh dimegah. Kalau ada pun, tak berapa nampak. Pilih permata senang, kilauannya je orang dah boleh "wowww!".

Rupanya pilihan tu mungkin salah :D

Anonymous said...

jual permata boleh beli selori bata

Haryz Khairuddin said...

aku pilih bata sebab dengannya aku buleh bina bangunan yang "wowww!' dan buleh diguna orang ramai..