Search This Blog

27 February 2013

Dendam.

Buat baik orang kata tak guna. Esok esok orang lupa juga. Buat jahat baru thrill, orang ingat sampai mati.

Tapi depa lupa, buat baik biarpun orang lupa, Tuhan ingat. Nabi SAW pun tak pernah jemu buat baik pada orang.

Ada satu cerita. Di penghujung desa ada seorang Bani Israel Laknatullah yang buta. Kerjanya hanya memaki Nabi. Perkerjaannya aku tak ingat. Yang pasti dia bukan main keyboard dekat pasar malam ataupun uptown. Tiap hari akan ada orang suapkan dia makan.

Orang itu ialah Nabi SAW.

Setiap hari baginda akan mendengar setiap tomahan, cacian, kutukan keji dan makian dari orang buta itu. Tiap kali baginda menyuapkan makanan ke dalam mulut orang buta itu, tiap kali itu juga baginda akan hadam segala kata kata orang buta itu. Walhal orang buta itu tak pernah tahu itu adalah baginda SAW.

Beberapa jangka masa kemudian baginda wafat. Abu Bakar AS menggantikan Nabi SAW sebagai pemimpin. Apa yang aku baca, dan dengar, sifat dan sikap Abu Bakar AS persis Nabi. Ramai mengatakan kalau ada Nabi selepas Rasulullah, Abu Bakar ialah orang paling layak.

Lalu Abu Bakar bertanya pada sahabat lain, apakah perkara yang Rasulullah ada buat tetapi dia tertinggal. Lalu ada menjawab, “Memberi makan orang buta di hujung desa.”

Lalu Abu Bakar AS pergi ke hujung desa dan menyuapkan makanan ke orang buta tadi. Seperti biasa, topik utama orang buta itu ialah memburuk-burukkan Rasulullah SAW.

“Ahhh! Kau bukan orang selalu yang menyuapkan aku makan!” Orang buta itu membuka mulut.

“Kenapa? Makanan ini ada masalah?”

“Orang yang selalu beri aku makan, dia akan menghancurkan makanan itu dulu baru disuapkan ke mulutku! Aku mahukan dia! Mana dia?”

“Dia sudah tiada di sini.”

“Ah aku tak mahu makan! Aku mahu dia yang menyuapkan makanan ke mulut ku. Siapa dia? Mana dia?”

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya dari mengalir. Lalu Abu Bakar AS menjawab,

“Dia ialah Rasulullah SAW yang kamu keji keji setiap hari. Yang kamu keji itulah yang menyuapkan makanan ke mulutmu pada setiap hari. Baginda sudah tiada. Dia sudah wafat. Aku menggantinya sekarang. Namaku Abu Bakar. Aku tahu aku tidak sehebat Rasulullah SAW.”

Lalu berlinangan air mata orang buta tadi. Di situ juga dia memeluk agama suci, Islam.

Cerita ini aku pegang. Lama. Aku pegang, tatkala ada orang yang buat buruk pada aku, atau aku rasa menyimpan dendam, bila aku remind semula cerita ini,

Perasaan itu hilang. Muhammad SAW, aku rindu kau. Maafkanlah aku sebahagian dari umatmu yang lemah.

Betapa kau sunyi di sana. Saat hembusan terakhir, kau masih menyebut tentang umatmu, dan kami masih alpa tentang kewujudanmu. Masih bisa lupa. Dan aku rasa betapa sunyinya kau pada zaman ini. Jarang jarang umatmu ingat padamu. Kau lah pemimpin terulung.

Maafkan saudaraku. Mereka tidak tahu. Mungkin lebih tepat, mereka lupa akan kewujudanmu.

Jadi kenapa perlu henti berbuat baik walaupun tak pernah orang hargai? Pengakhiran cerita tak ada orang tahu.

8 comments:

Anonymous said...

from pualam with love

Liyaa Mf said...

Aku belum pernah tau lagi cerita ni. Rasa macam nak menanges baca. Kita baru org sentuh siket, dah berhangen satu badan. Lepas tu dendam. As if besar sgt dosa org tu pada kita. As if dalam sgt luka yg kita tanggung. Entahlah. Kita ni terlalu cepat sangat nakkan balasan, berharap berbuat baek itu perlu dibalas cuma baek. Kalau org buat jahat, then kita pun perlu jahat. Bodohnya kita! Kata centakan Rasulullah. Tapi langsung tak mencontohi Baginda.

doremon said...

saya tahu crita ni , tp tak pernah nk btol2 amek pgajaran . n ntah tetiba terbukak blog ni dan jugak sdang hati saket.mgkin ada hkmah Dia nk tunjuk.dn mmg ya,rsa biarlah org buat kta.sdg Nabi yg maksum tu pon trima dugaan brganda2.trimas utk entry ni :)

miranadia said...


buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. ada terjumpa quote kat internet,
"work for a cause, not for applause, live life to express, not to impress, don't strive to make your presence noticed, just make your absence felt"

Anonymous said...

entri ni buat aku menangis dan tersentak. Thanks writer :)

nhdaughter said...

thumbs up ! alhamdulillah

Anonymous said...

aku termenangis.

Alex Mosley said...

Nice blog thanks foor posting