Search This Blog

24 April 2013

Cinta (v)

Berbicara hal perasaan 'cinta' ni buat kita semua tak keruan. Yang sedang hangat bercinta pasti sahaja mengaku bahawa cinta itu bisa bawa ke syurga. Yang kecewa tentang cinta pula terpekik-pekik bahawa cinta itu semua bohong. Yang masih belum bercinta pula masih mengharap yang cinta itu biar satu dan selamanya.

Tapi cinta tetap cinta. Perasaan yang secara azalinya timbul dalam manusia. Perasaan cinta itu bagi aku, bukan satu benda yang mudah. Dia bukan satu perasaan yang hanya indah. Dia menyeluruh. Ada gembira dan sakit. Ada cemburu bak terhiris. Ada marah naik darah. Ada maaf rasa khilaf.

Kecewa banyak kali mesti buat orang akan tertanya. Apa benar kekecewaan sebelum ini benar-benar "aku cinta"? Kerana frasa aku cinta itu sendiri adalah satu frasa penipuan yang agung dalam dunia. Penipuan yang sangat agung. Tapi manis. Kecewa berkali buat ramai orang takut lalu berserah.

Sehingga sendiri tak percaya apa yang dirasa. Sebabnya, kalau benar itu cinta, kenapa tidak kini?

Cinta ini banyak definisi. Dah berapa juta bilion buku dan artikel dan tulis pasal satu perkataan yang kononnya hebat ni. Aku sendiri tak faham apa itu sebenarnya cinta selain dari hanya sebutan yang menipu. Atau selain dari satu perasaan yang dipupuk selepas dipaksa berkahwin. Atau perasaan yang benar benar ada, tapi dibiarkan sahaja.

Kerana takut akan terluka.

3 comments:

nohfee said...

Tu la kan weh, aku pn rasa mcm cinta untuk manusia aku kali ni takde lah sehebat kali pertama. Macam jus jugak. Sekali perah memang dpt byk jus. Bila dah perah byk kali makin sikit jus yang keluar. So, skg ni definisi cinta aku adalah kepercayaan. Kepercayaan antara kedua dua belah pihak. That's that.

dee said...

aku rasa aku pun tak tahu cinta tu apa.

Jeliza Jabar said...

hanya mampu minta petunjuk mohon hati cinta pada orang yang sebetulnya.