Search This Blog

28 July 2013

Dengan Izin-Nya.

Semalam, harini dan dengan izin-Nya lusa
aku tak henti-henti ucap syukur.
Dia beri aku satu kehidupan
Satu benda perbandingan
Yang hidup ini sangat menarik.

Ya masalah itu ada.
Semua orang ada masalah.
Aku, kau, mereka, semua ada masalah.
Tapi jangan jadikan masalah itu untuk kita buta
Buta atas keindahan yang ada.
Kesilapan manusia ialah lebih banyak
nampak busuk dari wangi.

Aku bersyukur lagi saat ini.

Dia hantar kepada aku manusia-manusia hebat.
Tarik bibir aku untuk senyum terus.
Saat aku jatuh, saat aku gembira.
Aku harap ia kekal selamanya.
Selama mana dunia ini masih ada.
Dan bila tiba masa,
aku nak bawa pula mereka ke syurga.

Ya, dengan izin-Nya, selamanya.
Sayangku ini, untuk mereka.
Sayangku ini, tiada kata.

//aku tak perlu 1000 kali kuantiti kalau aku ada 10 orang kualiti.

3 comments:

Anonymous said...

semoga mereka yang kualiti kekal dengan kamu.

dan semoga dipermudahkan urusan.

amin

Unknown said...

aminnnn :)

nhdaughter said...

tahniah,moga kekal gembira itu bersama mu.