Search This Blog

22 April 2015

Tangan Gatal Menulis.

AsSalam. Hi.

Kenapa aku mula aktif dalam menulis blog? Selepas setahun dua menyepi sebulan satu entri suddenly tangan jadi gatai balik menaip entri dalam blog. Yeah aku pun tak tau. Aku tak rasa ada orang baca blog ni macam dulu. Dulu aku lah raja. Satu entri boleh hits sampai seminggu. Komen berpuluh. Share di dalam facebook berbelas. Mungkin tu penolak aku untuk menulis lagi dan lagi.

Aku rasa aku lebih menjadi diri sendiri dalam menulis di dalam blog. Ya lah, dalam dunia serba moden dan pantas ni, semua orang lebih prefer media social untuk melepaskan perasaan diorang. As in, facebook dan twitter. But then, kadang kala benda tu buat kau fake. Maybe ada orang share benda bagus, dalam erti kata nak menyedarkan orang lain atau sekadar nak bagi orang lain tengok jugak video best yang dia jumpa. Tapi ada jugak yang nak ikut apa yang in waktu ni. Entah susah nak cerita. Lain orang lain pandangan.

Tapi aku memang dah tak boleh share benda dalam media sosial sangat. Rasa sangat diperhati dan dinilai. Been watched and been judged. So some people yang tak mahu been over judged, dia akan share apa yang dia rasa 'in' dengan kawan-kawan dia.

Tu belum Twitter. Facebook okay lagi lah. Tapi twitter lagi ramai orang kejar something. Populariti kot? Racing about the numbers. Entah. Ada kawan aku, kenal in person, kat luar baik jalan tunduk depan orang tua tapi dalam media social dia cuba untuk jadi bad boy. Share something yang ridiculously not him. Or it is the inner side of him yang nak jadi badboy?

Tapi for real, media social ni memang fun. Seriously fun. Kau boleh cakap apa sahaja. No limit. Mungkin sebab terlampau fun yang aku rasa boring.

Tu belum cerita data yang disimpan FBI, CIA, KGB dan lain-lain spy melalui media sosial.

kah!

Sebab kedua aku rajin menulis dalam blog balik? Sebab aku nak asah dan latih diri aku how it used to be when writing is fun. 2015 aku hanya mampu keluar buku antologi. Akan mula dipasarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur mula 24 April 2015 sehingga 3 Mei 2015. Tajuknya Roadtrip keluaran Lejen Press. Beli lah. Aku rasa tu satu tulisan aku yang aku rasa puas hati jugak bila baca balik.



okdahbai.

5 comments:

AkuBukanLelaki said...

blog is to express urself without anyone know u.ahhahahah

Anonymous said...

Kalo ade kesempatan aku singgah beli buku ko tu.

Hikhik

penulis.sahaja said...

AkuBukanLelaki,

Kau ni dulu Mendatak Hijau kan? Haha long time no see.

Rapunzel Cikilolo,

Belilah. COnfirm puas hati. Aku jamin!

Sya said...

Haah, dh lama PS menyepi.. Saya suka cara penulisan PS yg skrg ni, keep it up. Thanks PS sbb prnh naikkan rating blog saya satu masa dulu ahaha

penulis.sahaja said...

@miss xyz,

Pernah naikkan rating eh? Haha. Btw sama sama