.

.

03 April 2015

Kupas Lagu: Andai - Gerhana Ska Cinta


Andai - Gerhana Ska Cinta Lirik

Andai boleh ku terbang
Ke awan luas terbentang
Kan ku kumpulkan
Semua bintang menemaniku
Menerangi malamku

Andai ku seorang Raja
Ku bina semua istana
Yang didalamnya 
mengalir sungai
tenang dan damai
seperti syurga

Hadirku hanya
ke dalam dunia
membawa berita gembira
apalah maknanya
andai hanya berkata
tiada gunanya jika tiada usaha

Andai ku penglipur lara
ku karang puisi cinta
Kan ku lagukan
Dan ku dendangkan
Buat penawar duka nestapa

Hadirku hanya
ke dalam dunia
membawa berita gembira
apalah maknanya
andai hanya berkata
tiada gunanya jika tiada usaha

Andai semua manusia
Hidup aman sentosa
Tiada sengketa sesama kita
Pasti dunia damai sentiasa
Pasti dunia damai sentiasa

Dok cari lagu untuk playlist kenduri kahwin nanti, tiba-tiba aku terjumpa lagu ni. Kenduri aku nanti, aku dengan Wani tak akan bagi chance kat DJ pandai-pandai main lagu dalam simpanan dia. Suka hati main rock kapak yang sedih-sedih nanti. So, aku dengan Wani buat playlist dalam Spotify and nanti kami akan download and burn dalam CD. Bagi kat DJ tu. Cool kan kami? Lagu Gerhana Ska Cinta, Awanband, OST Sang Pemimpi etc. Barulah kenduri yang segar gitu.

Lagu Andai ni. Bagi aku lagu ni menceritakan betapa si penulis bermimpi agar dia menjadi sesuatu agar dapat mengubah dunia yang sangat kotor ni. Entah lah, bila aku dengar lagu ni, rasa fresh. Macam penulis ni dok bercerita kat telinga aku apa dia rasa.

No comments: