.

.

10 March 2015

Resepi Rokes: 'Chicken November'

Aku ni bukan lah hebat sangat di dapur. Aku ni sebenarnya pemalas sebenarnya. Ikut mood je nak memasak kat dapur ni. Tapi korang jangan pandang sebelah mata. Aku kalau masuk dapur memang silap besar. Korang yang lain boleh ke tepi. Sebab abang rokes ni memang hebat dalam mereka cipta lauk pauk moden.

Kita selalu macam blur nak makan apa kan? Konon nak diet. Nak makan roti je. Tapi tak tau nak makan dengan apa. Harini aku telah menyelesaikan masalah korang. Inilah 'Chicken November'!

 
Bukan main aku hias dengan salad bagai.

Benda alah ni aku reka untuk makan dengan roti. Tapi aku rasa boleh jugak makan dengan nasi. Tanpa penggunaan minyak tau. Yang ada minyak ayam je. Jangan tertipu. Aku buat ni pun sebab tengok benda-benda ni je yang ada dalam peti ais rumah sewa aku ni.

Bahan-bahan:
1. Ayam kisar kuantiti ikut suka
2. Bawang putih kuantiti ikut suka
3. Bawang merah kuantiti ikut suka
4. Cili padi kuantiti ikut suka
5. Telur sebiji
6. Separuh kiub ayam
7. Sos cili dan sos tomato
8. Sesudu gula
9. Majerin
10. Sekeping cheese

Cara memasak:

1. Ambil majerin dan goreng telur sampai hancur

Ni jenis majerin aku pakai

Ni telur hancur kalau nak tau

2. Ambil majerin dan goreng ayam kisar

 
Ni ayam kisar

Ni aku goreng ayam kisar

Ni ayam kisar siap goreng

3. Potong-potong bawang, cili dan tumis sehingga wangi

Ni potongan bawang dan cili

Ni aku dok menumis

5. Masukkan sos dan separuh kiub ayam. Gaul-gaul sampai pecah minyak. Masukkan air ciked. Gula ciked.

Dah masukkan sos dan separuh kiub ayam.

Ni kiub ayam yang cute

6. Masukkan telur goreng dan ayam kisar yang dah goreng tadi. Gaul-gaul. Kemudian masukkan cheese yang dah dipotong-potong. Gaul sampai sebati. Siap! Leh makan!

Zaman sekarang semua benda nak cheese.

Siap dah! Gambar copy dari atas.

6 step je bujang-bujang dan bini orang sekalian. Nak apa lagi? Mudah je. Antara komen yang aku dapat mengenai resepi 'Chicken November' ni ialah,

"Macam telur bistik. Tapi cheezy. Lazat!" - Wani

"Nice new menu in the world. You should commercialize it." - Dr Ramlan

Try lah!

Lepas melantak benda alah 'Chicken November' tu, petang tu aku bawak wani pergi melantak sate kat Teluk Muroh, jalan nak ke Teluk Batik. Ayam, daging, kambing semua kami bantai. Kuah dia memang powerful. Siapa nak pergi sana tu, cari kedai warna hijau. Dia takde benda lain. Satay je ada kat kedai dia.



2 comments:

Sya Yusuff said...

Nampak mcm sedap gak tu..t aku nak try

PS said...

Try! Sedapp!