Kedai tu ialah Strawberry Cafe. Nampak macam kanak-kanak kan nama restaurant dia? Tapi memang not bad. Most of their dishes yang kami pernah rasa memang tak pernah menghampakan kami berdua.
Ni haa kedainya. Kalau dari Manjung, dia selepas The Store Sitiawan. Belah kiri.
Aku ingat aku order Asam Pedas, tak tengok pulak aku tertulis Asam Laksa.
Aku punyalah menantikan Asam Pedas. Siap mintak tukar kuey teow. Rupanya Asam Laksa. Sendiri yang salah tulis nombor. Lagipun mana ada Asam Laksa Asam Pedas orang makan dengan mi ataupun kueyteow. Bongok betul. Tapi still sedap! Walaupun aku tak minat sangat laksa. Tapi sedap. RM6.50.
Wani pulak amik dinner set. Dapat main dish, which is Chicken Chop. Lepastu dapat air, sup mushroom dan pencuci mulut. Dalam RM15 satu set.
Dessert Wani sampai dulu. Bukan ke patut last sekali pencuci mulut? Lantaklah.
Baru ja habis makan dessert, sup pulak sampai.
Chicken Chop Wani.
Aku add on Garlic Bread. RM5 sepinggan. Sedap. Lembut. Panas-panas!
Blurp! Habis dahh! Tak senonoh gila upload gambaq macam ni.
Haa ni ha name card dia kalau nak reserve ka apa.
Ayaq aku pekena Banana Choc Blended. Lupa pulak nak amek gambaq. Total kami makan RM30 untuk 2 orang. Okay lah sebulan sekali pekena hat harga macam ni. Baru gaji heheheheh.
So buat siapa-siapa yang mai Lumut ka Manjung ka Sitiawan ka, nak pekena western or Malaysian dishes yang agak different sikit kick dia, aku memang suggest Strawberry Cafe ni!
No comments:
Post a Comment