Search This Blog

27 April 2015

Umur 25 Tahun ke 26 Tahun?

AsSalam. Hi.

Kurang lebih 2 minggu lagi sebelum aku let go title bujang. Sedih dan gembira. Aik? Aku mulakan bab gembira. Gembira pasal apa? Gembira pasal semua. Excited. New adventure. Tapi kenapa pula datang sedih? Sedih pada awalnya. 

Kenapa?

Macam ni. Aku ada baca buku tulisan Hamka Kereta Mayat - Permata Yang Hilang Kini Dijumpai. Memang sesuai sangat jenis-jenis aku yang dekat nak kahwin, kepada suami-suami atau lelaki yang ada niat nak kahwin. Ada dalam satu chapter buku tu ada cerita bahawasanya si Hamka ni tadi duk kejar sunnah untuk kahwin semasa umur 25 tahun. Dia punya kejar sunnah sampai kahwin pun nak sama umur dengan Rasulullah.

Jap-jap. Tapi masa tu Muhammad SAW belum menjadi Rasul lagi. Jadi adakah dikira sunnah? Jadi aku menggali sikit hal ni. Aku jumpa ni. Ada beberapa isi penting yang dibincangkan oleh Ulama' Hadis. Ada kata tak. Ada kata apa sahaja berkaitan nabi itu sunnah. Ya atau tak, sebagai idola dan pemimpin aku, aku ambil dia sebagai reference. Sebab bagi aku apa sahaja Rasulullah SAW pun ada kebaikannya.

Jadi aku pun termenung. Aku kahwin tahun 2015 (InsyaAllah), maknanya umur aku 26 tahun. Lalu aku pun bersedih duka. Nak kahwin umur 25 tahun tak dapat aku jumpa. Bagi aku nak kahwin umur 25 tahun macam nabi ni dari satu aspek mudah nak buat, cari perempuan berkenan, suruh mak abah pi minang. 

Dari satu aspek lagi (kahwin adat melayu), susah. Agama Islam Melayu dalam aspek kahwin memang terlampau rigid. Bagi aku adat tu bagus. Menjaga jati diri dan penampakan wajah sesuatu kaum. Cumanya bila terlampau menyusahkan, adat tu kita boleh senangkan. Asalkan tiada keburukan. Yang penting agamanya. Yang wajib kita dahulukan. Kemudian yang sunat. Kemudian baru datang adat.

Acik-acik bising hantaran rendah, tapi hantaran tu sendiri dia tak tau untuk apa. Jangan tanya hantaran aku berapa untuk Wani. Itu hadiah aku untuk dia. Biar yang terdekat saja tahu (tapi dalam sijil nikah pun dah tulis hantaran. Ni pun serius aku tak faham).

Jadi aku pun sambung bersedih. Kerana nak kahwin umur 25 yang aku tak dapat dan juga acik-acik yang gelang sampai ketiak terlampau jaga adat tapi pakai tudung nampak anak rambut.

Satu hari, aku pun bercerita bab kahwin umur 25 tahun tu yang ada dalam buku Hamka tu pada Wani. Cerita punya cerita tiba-tiba aku mendapat satu ilham. Jika aku akad nikah pada 15 Mei, hey! Hey! Hey! Umur aku masa tu 25 tahun sebab belum sampai ulang tahun hari kelahiran. Aku terus ucap Alhamdulillah. Sebenarnya aku pun tak sangka dan perasan hal tu.

Kini aku sudah gembira semula.



p/s: Terima Kasih Huda Jepun kerana bantu aku buat playlist #ApitWaniAdventure. Boleh klik sini untuk dengar lagu-lagu cadangan dia.

6 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah impian tercapai.

suami aku kawen masa umur dia 27 tahun. kot?

aku pun dah lupa. tapi exactly bukan 25 tahun sbb aku pun time tu dah 25 tahun.

hahaha.

anyway, be a good husband.

insya-allah u can.

penulis.sahaja said...

Rezeki masing-masing.
InsyaAllah. Dengan izinNya.
Aku berusaha apa patut.

AkuBukanLelaki said...

aku?
29
Belum kawen
takde calon

#doakan aku ye kawen tahun ni!

penulis.sahaja said...

ABL,

Haha insyaAllah ada jodoh tahun ni.

pemuzik jalanan said...

Biasalah tu, makcik makcik mmg suka nyibuk lah. Pastu jenis nak compare compare majlis. Buat biasa je mula la ngata dah ada isi, buat grand kena kutuk membazir.

Senangnya, buat jela apa kita mampu. Dapat redha Allah lagi penting tet.

Hiks.

23, belum kahwin.

penulis.sahaja said...

Potet,

Kau 23 baru potet. Okay lah tu. Dah ada calon kau rilek hold sikit masa lagi pastu suruh dia sambar kau. Haha.