Kita selalu merungut, kenapa selalu sangat asyik kita je
dapat susah. Orang lain meniaga senang untung. Orang lain belajar senang skor.
Kita pulun takat mana pun dok tang tu juga. Orang lain pergi bersenang luar
negara tak perlu susah. Kita simpan duit pun akhirnya mengalir juga. Kalau tak
tayar kereta bocor, kena pula bayar telefon rosak. Haih.
Situasi ni aku rasa semua orang pernah rasa. Cara kau nak
overcome the problem je lainnya. Aku pun selalu merungut. But in the end, aku
hadap juga sambil berharap ada benda yang best dan lagi besar Tuhan nak kasi
dekat aku. Sebab benda ni memang macam tu pun. Mat Saleh panggil karma. Muslim
panggil Qada’ dan Qadar.
Lepastu boleh pulak orang nak counter. Kalau dah ini jalan
aku, buat apa aku nak usaha? Allah dah susun aku jadi jahat. Haha. Susah aku
nak jawab soalan macam tu. Berbalik pada ayat Al-quran yang berbunyi lebih
kurang,
“Tidak akan Allah ubah nasib satu-satu kaum melainkan mereka
mengubahnya sendiri.”
Bagi aku Tuhan ni flexible. Kalau ceritanya kau jahat, tapi
kau nak berubah, nak ke syurga, takkan Allah nak biarkan hambanya berusaha dan
sujud tanpa apa-apa balasan setimpal? Ingat balik cerita pelacur ke syurga?
Pucuk pangkalnya niat dan hati kau. Dia kan Maha Adil?
Berbalik kepada cerita atas tadi. Benda pertama, kau tanya
balik dekat diri kau. Suruhan dia kau buat dak? Kalau ada rezeki, kau beri
dekat mak bapak dak? Kalau ada rezeki lebih, kau menderma atau berzakat tak?
Zakat ni flexible. Kau nak bagi berapa pun tak apa. Lepas dah tolak kos-kos
lain, baki tu kau hanya ambil 2.5% sahaja. Kalau baki gaji kau RM500 sebulan,
zakat pendapatan bulanan hanya RM12.50.
Bukan untuk apa, semoga gaji yang kita dapat tu berkat dan
menjadi rezeki kita. InsyaAllah. Sebab gaji kita dapat tu belum tentu rezeki
kita. Boleh jadi rezeki tukang baik kereta kalau kereta kau rosak. Boleh jadi
rezeki tukang baiki handphone.
Seterusnya, yang penting niat. Tuhan ni semua dia kira niat
ja. Takdan buat baik lagi hang dah niat, hang dapat dah sikit point. Contohnya
kau berniaga untuk apa? Kau nak keluar negara untuk apa? Untuk lebih menghargai
ciptaan alam Dia? Untuk lebih dekat dengan Dia?
Dan ingatlah, setiap orang yang berjaya itu ada dugaannya
sendiri.
*****
Aku sekarang ni tengah cuba mengamal doa pembuka 12 pintu.
Wani yang bagi aku. Suruh aku amalkan. Aku tak tahu doa tu dari mana. Tapi
lepas baca maknanya, tak ada salah pun. Kita meminta pada Maha Pencipta untuk
membuka pintu duniawi dan akhirat. Memberi jalan. Dan Alhamdulillah, aku nampak kesannya.
Boleh cuba.
p/s: Benda paling liat aku nak buat sekarang ni Solat Dhuha. Padahal dah tau banyak kebaikan. Aigooo!
p/s: Benda paling liat aku nak buat sekarang ni Solat Dhuha. Padahal dah tau banyak kebaikan. Aigooo!
3 comments:
Thnx for the advice bro. Setan memang suka bisik kan was was ke dalam hati kita sebab kita nak buat maajid.
@moots,
you are welcome and thanks too. bahaya betul bisikan dia ni.
@moots,
you are welcome and thanks too. bahaya betul bisikan dia ni.
Post a Comment