Search This Blog

04 March 2015

Pra Perkahwinan: Borang Nikah dan Lain-lain Hal.

Kahwin ni bukan mudah macam dalam drama. Maksud aku prosesnya. Kau propose, tunang ke tak ke, lepas tu, episod seterusnya dah dalam majlis akad nikah, lepas tok kadi akad, terus majlis makan-makan. Tak semudah tu. Banyak proses.

Aku boleh lah nak cerita sikit proses dia sebab aku tau kepayahan nak settlekan proses tu. Jadi aku nak ringkaskan sikit mana boleh. Aku pun dah 70% dah ni. Nak touch down ja ni (baca: cuak nohorom!).

Mana boleh bantu, aku bantu. OK?

Let see, kat mana aku nak mula. Katakan kau, si dia, keluarga kau, keluarga si dia dah setuju. Tarikh akad nikah pun dah ada. Aku malas nak cerita bab tunang tu. Sebab tunang tu bukan dalam rukun nikah pun. Cukuplah sekadar meminang. Sebab meminang ni lah kira kau nak cop dia dan haram bagi orang lain nak take over kau. Kira nak sailang kau.

1. “Tidak boleh seseorang meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya hingga saudaranya itu menikahi si wanita atau meninggalkannya (membatalkan pinangannya)” [HR Al-Bukhari no. 5144].

2. Dalam riwayat Muslim (no. 3449) disebutkan, “Seorang Mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Maka tidaklah halal baginya menawar barang yang telah dibeli oleh saudaranya dan tidak halal pula baginya meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya hingga saudaranya meninggalkan pinangannya (membatalkan)”.

[kredit blog Fikratul Ummah]

Tunang pula berbeza mengikut adat berkawasan. Upacaranya. Bagi aku tunang ini ialah waktu bertenang dan bersedia. Nak buat boleh. tanak pun boleh. Bab hukum bertunang ni aku taktau. Ada kata harus, ada kata sunat. Tapi bagi aku yang penting pinangan tu.

OK. Kita sambung proses tadi. Semua dah confirm, tup tup tinggal lagi 3 bulan. Kau agak apa yang penting waktu 3 bulan ni? Ya, proses dokumentasi. Jom aku ulas by numbering. Aku bercerita bagi pihak lelaki yang bermastautin/alamat di dalam IC ialah Selangor. Tak banyak beza untuk negeri lain.

1. Ambil borang - mungkin negeri-negeri lain terpaksa ambil borang nikah di pejabat agama. Tapi di Selangor tidak. Kena lengkapkan di http://ncr.jais.gov.my/ . Lengkap dan print. Ada borang 1 dan borang 2A. Pada yang IC yang sama dengan alamat bermastautin, hanya perlu isi borang 2A. Yang dari luar Selangor tapi dah bermastautin di Selangor lebih 4 bulan, kena isi borang 1 dan 2A.

2. Cari Saksi - saksi ni siapa-siapa boleh. Asalkan lelaki, 18 tahun dan dia kenal kau. Abah boleh. Abang boleh. Ni bagi aku crucial sebab nak bawak jumpa Penolong Pendaftar Nikah. Kalau boleh jumpa malam OK. Mau yang nak jumpa time waktu kerja, mau sakit kepala? Oleh itu carilah yang bersesuaian.

3. Download borang HIV - ni amatlah leceh. Aku baca sesetengah blog kata kat klinik kesihatan ada borang saringan HIV ni. Tapi masa aku pergi tu tak ada! Jadi, sama ada kau ambil di pejabat agama, takpun kau download ja mana-mana negeri punya. Sebab aku pakai yang KL punya. Bawak borang ke JAIS. Tapi HIV di Perak. Tapi masih lepas. Untuk borang Wilayah Persekutuan boleh download di sini.

4. Ujian Saringan HIV - keputusan HIV ni sah 6 bulan. So dalam 3 bulan tu dah boleh buat dah. Perhatian! Ujian saringan HIV ni hanya boleh buat di Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA! Aku ada list. Tapi nak listkan untuk satu Malaysia tu memang banyak. Jadi aku buat satu post untuk list klinik tu. Boleh tengok di sini. Tu pun untuk Perak Selangor dengan KL je. Pastikan bawak borang yang kau dah download tadi.

5. Penolong Pendaftar Nikah - dapat pengesahan apa yang patut lah. Bawak saksi tadi. Pastikan jumpa kariah yang betul dengan tempat tinggal kau. Boleh check dekat sini untuk masjid dan surau negeri Selangor.

6. Hantar di Pejabat Agama Islam Daerah - ni kira last check point. Dah siap semua, untuk yang dari Shah Alam, boleh bawak semua tu ke Majlis Agama Islam Selangor bangunan depan masjid negeri tu. Ada dua bangunan, pergi yang belah kiri. Terus bawak ke kaunter One Stop Center JAIS. Akan ada orang check, lepastu baru dia bagi nombor. Tunggu lah sat. Dah bagi dokumen semua lengkap, bayar RM10 dan kau akan dapat Surat Kebenaran Berkahwin. Yess! Dah nak siap. Apa lagi? Hantar ke pihak perempuan pulak.

Habis dah. Itu je lah bagi pihak lelaki. Yang perempuan sama sahaja. Cuma bezanya proses selepas tu. Aku tak tau sebab aku tak alaminya. Kehkehkeh.

Aku harap dapat sikit-sikit tolong bakal pengantin lelaki macam aku ni.

p/s: below 80 days lagi. Tunggu masa ja!


3 comments:

Anonymous said...

Sabor sikit lagi!

Anonymous said...

terima kasih kongsi. semoga dipermudahkan urusan.

penulis.sahaja said...

Anonymous
Tengah sabar laa ni. Hehe

Rapunzel
InsyaAllah