Search This Blog

14 January 2013

Aku Di Perairan Lumut.


kini aku di perairan Lumut,
ditemani damainya laut,
dan kicau burung nyaring,
berkumpulan terbang seiring,
deruan enjin-enjin kapal membelah ombak,
jauh dari kota-kota yang sesak,
aku memerhati masa depan,
aku memerhati segala ketakutan,
Segala yang tertulis itu pasti,
Perjalanan hidupku sampai mati.

Jantung pula tak henti menyanyi,
Memanggil-manggil orang yang dirindui,
Menghantar frekuensi-frekuensi gila,
Yang takkan tembus Selat Melaka,
Aku nekad untuk tempuhi segala misi,
Kerana itu semua adalah pasti,
Di antara imaginasi dan realiti,
Aku harus terus teguh berdiri.

Kini aku di perairan Lumut,
bebas dari segala hal-hal kusut,
Ombak mengajar aku satu benda,
Yang tiada apa kekal selamanya.


Penulis.Sahaja.
14 Januari 2013,
Orient Star Hotel, Lumut, Perak, Malaysia.

8 comments:

penulis.sahaja said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Spam dah masuk maknanya blog makin dikenali agaknya? Hahaha!
Selamat di Lumut. =)

nik said...

Gud luck keje dekat Mulut eh silap Lumut Apit. Tak semua benda kekal lama. Hey btw sy baru beli ketakutan. So awak jangan takut tau!

_naJw@_~. said...

nice one!

Black Roses said...

memanggil-manggil orang yang dirindui
menghantar frekuensi-frekuensi gila

huh nice...

Sab Buenoo said...

eh dekat dengan rumah aku!

tapi takdela dekat sangat.

Anonymous said...

Goodluck kau!
Gitulah lumrah nya benda datang tiba-tiba. Semua, dah ditetapkan pun.

Selamat berbahgia potet :)

Aing said...

ko dah pegi belayar ke?