Aku baru sahaja tamatkan perbualan aku dengan seorang kawan. Kawan lama. Kawan maya. Hendak dijadikan cerita, kami menjadi rapat setelah aku menamatkan hubungan dengan kekasih lama. Kami berkongsi cerita. Rasa. Muzik. Ya, banyak benda kami kongsi. Aku ambil sikit. Dia ambil sikit. Hendak lebih tepat, dia menjadi seperti bantal yang diberi setelah lama aku tidur di atas lantai.
Tiada apa yang dapat aku ubah. Aku masih tidur. Bezanya, kini tidur aku lebih selesa.
Kami sembang tadi tidak lama. Dia semakin gembira dengan jurusan perundangannya di Melaka. Bakal menjadi seorang peguam. Dia gembira bila dapat tahu aku sudah mula bekerja. Ya. Serapat mana pun kami, kami masih belum pernah jumpa.
Itulah yang menjadi persoalan, bila?
Sebaik sahaja aku ingin menamatkan perbualan, dia mencelah ingin beritahu aku sesuatu. Tapi benda itu hanya dapat aku tahu setelah aku berjumpa dengannya. setelah memaksa dia beri tahu aku satu benda.
"I'm someone's now. He is a Singaporean."
Dan secara automatik aku membalas,
"Since when? Congratulations!"
Mereka saling kenal sejak April. Entah macam mana aku tak tahu dia sudah punya lelaki yang dia sayang. Mungkin aku belum menjadi seorang kawan yang baik. Mungkin. Jadi kami sembang tentang lelaki itu. Ia seperti semua perempuan yang aku rapat selepas aku terjatuh teruk setahun lebih lepas sudah mula menjadi seseorang. Mereka sudah punya seseorang. Mungkin aku punya magis untuk beri mereka satu hubungan bahagia atau aku yang masih katup ketat pintu rasa untuk menjadi seperti mereka.
Aku senyum. Masa berlalu pantas. Aku rasa baru minggu lepas aku seperti orang gila rapat dengan ramai orang agar aku tak sunyi. Aku tahu aku salah. Tak sepatutnya jadi begitu. Tetapi hey, mereka sudah punya sesuatu sekarang. Aku masih begini. Sendiri. Bezanya kini aku tak lagi mengharap ada orang agar dengar rintihan aku. Aku rasa cukup aku ada seorang kawan aku dan Maha Pencipta yang agung. Mereka mendengar. Azan pun mula mengalunkan suara. Satu dua saat kami hendak tamatkan perbualan kami dia hantar aku satu pesanan ringkas.
"But it is not that something that I want to tell you. Bila jumpa nanti I bagitahu. Selamat maghrib!"
Dia tinggalkan aku dengan satu persoalan.
*****
Minggu lepas seorang trainer aku ada mengajar aku suatu benda. Cara berdoa dengan lebih ikhlas. Ramai yang berdoa selepas solat, tapi seikhlas mana rasa doa itu, ahh biar dia dan Tuhan saja tahu. Caranya mudah. Dia amalkan cara ini sudah lama, dan dia seringkali mendapat jawapan dari setiap doanya. Jawapan tidak semestinya dari mimpi atau kita dapat sebijik di depan. Ia ada sekeliling.
Aku rasa sudah masa aku pula menyambung ilmu ini.
1. Dimulakan dengan Al-Fatihah. Rasionalnya? Walau apa pun kita hendak minta, Al-Fatihah seperti lambang kita berterima kasih padanya atas segala benda yang dia sudah beri.
2. Selawat 50 kali. Rasionalnya? Sekali kita berselawat ke atas nabi SAW, 10 kali Allah akan berselawat ke atas kita, kehebatan kita.
3. Berdoa. Berdoalah seikhlas mungkin. Di dalam bahasa melayu pun tidak apa. "Ya Allah, ya Tuhanku. Aku esok nak tengok kereta nak beli. Aku minta sangat padaMu ya Allah, tunjukkanlah aku kereta apa yang patut aku beli. Aku ni lemah sangat. Aku tak tahu mana yang sesuai dengan aku." berdoa santai. Seperti kita sedang minta dengan seseorang di hadapan kita. Rendah diri sehabis boleh kerena kita sebenarnya memang lemah.
4. Tamatkan dengan, "Terima kasih ya Allah? terima kasih atas semuanya. Syukur. Alhamdulillah." Kita berterima kasih kerana dia masih mendengan doa kita.
5. Amin.
Amalkan dan perhatikan jawapan dariNya. Kita ambil permintaan di atas. Mungkin sahaja dia akan beri kita dengan melihat banyak kereta myvi putih dan di rumah kita pun siap ada orang hantar pamplet myvi putih. Contohnya macam itu lah. Kerana, jawapanNya ada di mana-mana.
InsyaAllah. Alhamdulillah.
10 comments:
thanks for sharing. I would love to practice it starting now :)
aku anggarkan kau tertinggal perkataan with tika dia kata "i'm someone now.he's singaporean."
ok,cantik,thanks share wei:)
Good entry. Selalu sahaja penulis sahaja buat saya senyum.
bro, kau buat aku tiba-tiba rasa tenang. serius, thanks.
Hai penulis sahaja. Saya suka awak. Eh? Haha.
Jadi jangan putus asa. Kau pun sama, terus berdoa pada Dia. Untuk apa pun,insyaAllah Dia dengar selalu.
terkadang berdoa pun macam nak cepat.. praktis! terima kasih
alhamdulillah
bagaimana mahu bchatting dgn awk? rsa mahu kenal dgn awk lebih rapat.
wow!! aku rasa sungguh selesa disini, mmbaca sglanya di sini.. terima kasih utk yg dikongsi ya !
Post a Comment