Search This Blog

19 January 2013

Cinta (i)

Bunyian roda roda kereta
Nyanyian nyanyian burung
Siulan kumpulan cengkerik
Menemani aku saat semua belum celik
Subuh itu aku bangun merindu
Bayu laut hembus ke muka
Memberitahu bahawa jangan selalu luka
Ada cerita disebalik semua
Bersyukurlah apa adanya.

Pagi ini aku rasa saorang
Walhal alam sentiasa meneman
Berzikir tentang keajaiban Tuhan
Buat jiwa merasa aman.

Selokanya berombak mahu pergi
Tidaklah jauh aku tetap rasa sepi
Hanya angin yang mampu sampaikan rasa
Ketika dia jauh bersama impiannya
Betapa cinta itu selamanya buta
Bisa bawa aku ke bawah dasar gila
Betapa cinta itu selamanya kejam
Bisa bawa aku ke bawa dasar kelam
Betapa cinta itu selamanya bisu
Aku hanya bisa simpan luluh segala pilu
Kerana cinta itu selamanya agung
Bisa bawa aku ke syurga terulung
Kerana cinta-Nya, kekal abadi.
Kerana cinta-Nya, terlalu suci.
Kerana cinta-Nya, buat tenang.
Kerana cinta-Nya, tiada kata.

Subuh itu aku bangun merindu
Berbisik agar dia tahu
Betapa aku masih disini begitu
Seperti dahulu.

1 comment:

nhdaughter said...

aku suka ini,moga kau akan terus berada di jalan Nya .