It has been more than 3 years from my last update dalam blog ni. Dengan medium media sosial yang gila babi punya merebak, aku rasa di blogspot ni lah satu-satunya tempat yang boleh aku luahkan setiap apa aku rasa - dengan jujur.
To recap, update aku terakhir di sini ialah menunggu kelahiran anak kedua kami.
Yeah, 3 tahun telah berlalu dengan begitu pantas. Semasa post terakhir ditulis, dunia belum lagi tahu yang satu wabak penyakit akan bertebaran di setiap pelusuk dunia, Corona Virus 2019 (COVID-19). Lockdown, sekatan perjalanan, tidak boleh balik beraya dan bermacam lagi benda dah penduduk dunia ni hadapi. Aku pun berjaya ambil sijil Project Management Professional (PMP). Tak sangka sebenarnya.
Sedar tak sedar, anak kedua aku pun dah berumur 3 tahun lebih. Dah boleh bercakap dah pun. 3 tahun yang begitu pantas. Serious. Aku rasa kau orang pun akan bersetuju dengan aku.
Hidup aku dengan keluarga? Well, it is hard. Economically. Tapi penuh dengan joyous moment. Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku naik gaji. Sangat menekan aku indirectly di dalam membawa hala tuju keluarga aku. Banyak benda terpaksa berkira-kira. Cakap pula pasal keluarga, kami okay-okay. Ada up and down. Trying my best to be a good husband and also a father.
Sebenarnya aku mula rasa aku ni dah tak strong dalam konteks inner-self aku. Melihat aku (zoom in 9 hingga 10 tahun lepas), inner-self aku betul-betul strong. Tak ada benda boleh stop aku. Unstoppable mat saleh kabor. Baik spiritually, mentally dan physically. Aku tengah cuba cari apa yang kurang dan apa yang terlebih sangat.
Aku cuba balik dengan writing. Well writing ni hopefully boleh jadi salah satu asbab untuk aku nilai diri aku dan mencuba menjadi lebih baik. Tanggung jawab dah menjadi lebih besar. Anak-anak aku look up dekat aku. Tak kan aku boleh biar aku ni fail.
Ada benda yang aku boleh story dekat wife aku. Ada benda yang aku simpan sebab aku takmau dia susah hati. Satgi dia rasa aku bawak beban pula. Biarlah aku simpan sorang. Senyum dengan pekat rasa beban dia.
Banyak benda aku fikir. End-up aku main game untuk lupakan segala masalah. Game pulak bukan game baru. Game tahun 2017. Fifa 2017. Just nak clear things out dari kepala (padahal aku rasa aku lari dari masalah dengan main game). Cuma, aku risau wife aku nampak aku telah meninggalkan good value sebab asyik main game. Yelah, banyak benda lagi boleh buat dari main game. Aisehh!
Banyak benda aku nak cerita. Tapi for the time being biarlah sedikit demi sedikit. Till next time.
p/s: oh by the way, family kami ialah family campers!
Our little homes bila keluar beriadah.
2 comments:
Hello hello. Finally ada blogger zaman aku yg update. Monthly or dia tiga bulan aku buka blog dgn harapan ada blogger hebat pandai menulis berkongsi rasa tapi senyap tanpa khabar berita. Ada la few tp menunggu jugak yg lain up post. Hahaha. Kita sama la. A father sekarang yg kekadang struggle dgn responsibility as a father, a husband and a person. Dulu zaman bujang hidup rasa kuat tp penat jadi leader berkeluarga betul2 another chapter yg org taknak share. If apa yg aku faham dari cerita kau ni betul la, if salah sori bebanyak. Ahahaha
@alfsfr.ali,
Yeah. Apa kau cakap tu betul. Responsibility tu betul-betul tarik kepala ni tak duduk diam. Kalau bujang peduli apa ye dak.
Post a Comment