Search This Blog

30 January 2013

Batu.

Permata itu indah
jika disilau dengan cahaya
cantik, menyerlah, megah

Bata itu keras
warnanya malap, muram, kelam
Petak dan tiada menarik

Jika disusun di atas meja
aku yakin permata yang didamba
walhal seraya alam tahu ia tiada guna
Selain menunjuk sifat riak durjana
hey celaka!
Bata itu walhal punya banyak khasiat
rumah, istana, penjara sekali pun
Bata mampu siapkan

Lumrah manusia
Sifat manusia
Utamakan cantik dari guna

Aku tak salahkan sesiapa.
Kita akan terus binasa.
Selamanya.

29 January 2013

Cinta (iii)

Orang bijak pandai akan bisa ngerti
betapa bulan itu pandai berpura-pura
Betapa cantiknya hanya pantulan

Namun sehodoh kau bulan
kau adalah objek manis di alam
yang bisa pantulkan segala rasa
mengharap sampai ke sebelah sana

Hari ini kau penuh
Cantik kepura-puraan.

28 January 2013

Start Over.

Kebanyakan manusia bukannya tidak kuat untuk mulakan kembali kesemuanya. Apabila dia sudah kehilangan hampir sepenuh hidupnya, dia terpaksa untuk memulakan kembali segala aspek dari kosong. Dia hanya terlalu malas untuk tempuh segalanya sekali lagi untuk bawa dirinya stabil. Ahh. Kekuatan bukan salah satu faktor pengukur. Ia lebih kepada ulang tayang. Satu persatu anak tangga harus dipijak sebelum ke satu fasa yang lebih kukuh.

Mungkin letih? Segalanya bagai dejavu? Melakukan segala aktiviti yang pernah dia tempuh SEKALI LAGI untuk kembali stabil? Tak pernah ada yang kisah hal ini melainkan dirinya sendiri. Orang lain hanya tahu beri nasihat dan nasihat lagi dan nasihat lagi dan nasihat lagi sampai muntah. Mereka tahu setiap kepayahan, tapi pernahkah mereka fikir, dia pernah mendengar nasihat ini dulu, maksud aku semua nasihat ini. Dia hanya perlu ulang tayang dengan semua nasihat itu.

Kita seringkali berlagak dengan apa kita ada. Kononnya benda itu adalah pengakhiran untuk setiap kepayahan. Kita tinggalkan pelbagai benda untuk satu keyakinan itu. Lalu sekali lagi, itu adalah ujian yang lebih perit kerana kita sudah tidak punya apa apabila pelbagai benda sudah kita tinggalkan.

Mulakan semula.

Mulakan semula.

Mulakan semula.

Lebih kepada bina hidup yang lebih segar. Lebih baru. Itu cabarannya.

24 January 2013

Siapa Tahu.

Rancangan kita terlalu kerdil jika nak dibandingkan dengan rancanganMu. Aku tunduk. Aku sujud ke atas ke EsaanMu. Apa jua keputusan aku terima tanpa ragu-ragu. Harini aku sakit, siapa tahu esok lusa aku paling gembira di dunia sementara ini. Siapa tahu. Ya siapa tahu.

20 January 2013

Andai Aku Tiada.

Andai tiada rasa,
Ucapkanlah.
Andai tiada masa,
Ucapkanlah.
Andai tiada gila,
Ucapkanlah.
Andai tiada manis,
Ucapkanlah.
Andai ada dosa,
Ucapkanlah.
Andai ada hutang,
Ucapkanlah.
Apa sahaja andaian,
Ucapkanlah.
Karena,
Andai aku tiada,
Tiada erti lagi ucapanmu.

19 January 2013

Cinta (i)

Bunyian roda roda kereta
Nyanyian nyanyian burung
Siulan kumpulan cengkerik
Menemani aku saat semua belum celik
Subuh itu aku bangun merindu
Bayu laut hembus ke muka
Memberitahu bahawa jangan selalu luka
Ada cerita disebalik semua
Bersyukurlah apa adanya.

Pagi ini aku rasa saorang
Walhal alam sentiasa meneman
Berzikir tentang keajaiban Tuhan
Buat jiwa merasa aman.

Selokanya berombak mahu pergi
Tidaklah jauh aku tetap rasa sepi
Hanya angin yang mampu sampaikan rasa
Ketika dia jauh bersama impiannya
Betapa cinta itu selamanya buta
Bisa bawa aku ke bawah dasar gila
Betapa cinta itu selamanya kejam
Bisa bawa aku ke bawa dasar kelam
Betapa cinta itu selamanya bisu
Aku hanya bisa simpan luluh segala pilu
Kerana cinta itu selamanya agung
Bisa bawa aku ke syurga terulung
Kerana cinta-Nya, kekal abadi.
Kerana cinta-Nya, terlalu suci.
Kerana cinta-Nya, buat tenang.
Kerana cinta-Nya, tiada kata.

Subuh itu aku bangun merindu
Berbisik agar dia tahu
Betapa aku masih disini begitu
Seperti dahulu.

17 January 2013

Tarian Atas Angin.


Aku menari atas angin
Tarianku ngilu rambutku beralun
Ke kiri ke kanan mencari langkah
Hentam sahaja tiada salah
Kerana aku menari atas angin
Tiada apa pasti tiada masalah

Aku menari atas angin
Jiwaku berhantu rohku pening
Apa segala mahumu tinggi melangit
Aku mendegar dan terus menggigit
Hai, adakah aku akan kehilangan
Sekali lagi orang yang penting?
dulunya wujud rapat kini makin sakit
aku simpan kenangan dalam kocek
Bila teringat aku buka balik
Semua apa jua yang dah tertulis

Aku menari atas angin
Tiada apa yang jelas melainkan kebodohan berimaginasi

Ya, aku sedang menari lagi.

14 January 2013

Aku Di Perairan Lumut.


kini aku di perairan Lumut,
ditemani damainya laut,
dan kicau burung nyaring,
berkumpulan terbang seiring,
deruan enjin-enjin kapal membelah ombak,
jauh dari kota-kota yang sesak,
aku memerhati masa depan,
aku memerhati segala ketakutan,
Segala yang tertulis itu pasti,
Perjalanan hidupku sampai mati.

Jantung pula tak henti menyanyi,
Memanggil-manggil orang yang dirindui,
Menghantar frekuensi-frekuensi gila,
Yang takkan tembus Selat Melaka,
Aku nekad untuk tempuhi segala misi,
Kerana itu semua adalah pasti,
Di antara imaginasi dan realiti,
Aku harus terus teguh berdiri.

Kini aku di perairan Lumut,
bebas dari segala hal-hal kusut,
Ombak mengajar aku satu benda,
Yang tiada apa kekal selamanya.


Penulis.Sahaja.
14 Januari 2013,
Orient Star Hotel, Lumut, Perak, Malaysia.

10 January 2013

Karena Orang-orang Sepertinya Yang Aku Perlu.

Dia bercerita panjang macam biasa.
Macam hari-hari lalu aku dengannya.
Persis di realiti, di alam papan kekunci,
Tidak kurang bisa bebelannya.
Lebarnya, panjangnya, isinya
Yang kadang-kadang bisa melukakan rasa,
Pedih. Pedih di dalam. Berdarah.
Mengalir deras, terus mengalir.
Namun setiap bait nada itu ada logiknya.
Ada betulnya.
Ada positifnya.
Seperti mana orang-orang seperti aku.
Yang cepat menyimpulkan sesuatu.
Maaf. Ku pohon maaf salah dari langit,
salah sampai ke tanah.
Salahku terbang bak angin-angin.
Kerana gagal menggunakan akal,
Untuk hadam setiap kata yang ku baca.
Kata-kata yang sebenarnya ajaranku sendiri.
Yang aku lupa.
Yang aku abai.
Yang aku lalai.
Karena orang-orang sepertinya yang ku perlu.
Orang-orang yang mengingatkan aku tentang sesuatu.
Ketika aku melepaskan apa yang aku pegang dari dulu.

Aku selalu kejam dengan diri sendiri.

06 January 2013

Ekspresi Wajah.

Jadi telah ditulis semua cerita ini?
Telah dibaca semua cerita ini?
Telah dilakunkan semua cerita ini?
Telah wujud watak-watak ini?

Masa tak panjang untuk mempersoalkan kerja Tuhan. Kerana setiap saat yang berputar itu ada hikmah di sebaliknya. Orang hebat macam kau, kau dan kau, heh, aku rasa tiada masalah untuk menempuh semua ini.

Kerana tangisan bukan untuk menyelesaikan masalah. Tangisan hanya ekspresi wajah.