Search This Blog

01 June 2011

Cerpen: Dasar Sungai Belum Tentu Ada Tanah.

Semalam semasa hari jadi aku, aku mendapat hadiah yang amat bernilai. Iaitu suara kau. Senyuman kau. Masih terbayang semasa ungkapan sependek lima belas patah perkataan di lorong kecil itu. Aku kira cuma lima saat senyuman itu. Aku paling, kau paling. Senyum. Pantas masa berlalu. Namun sangat bermakna bagi aku. Sepanjang perjalanan dari sungai Ganges ke sungai Muda sebelum berakit ke air terjun Niagara, bibir senyuman itu menjadi 'wallpaper' mata aku. Apa sahaja kerja yang aku buat, senyuman itu masih di situ.

Malam itu, sedang aku beriadah memetik buah ubi dari dahannya, aku mendapat khabar dari sang merpati. Dia berbisik-bisik sesuatu di telinga aku. Aku endahkan segala apa dia cakap walaupun sepatah haram aku tak paham. Bahasa merpati aku hanya mendapat gred B-. Dengan nada yang seperti menggelabah, aku anggap dia sedang membawa berita yang masalah!

Aku campakkan segala jenis ubi ajaib yang ku petik dari dahan. Aku berlari ke arah bulan mengambang. Makin aku kejar bulan itu, makin menjauh bulan itu senyum. Celaka. 

"Apa yang kau mahu buktikan kali ini haa? wahai bulan makhluk Tuhan!"

Hari jadi aku berbaki 2 jam 32 minit lagi. Sepatutnya harini aku punya sesuatu yang nikmat. Untuk aku nikmati. Selain senyuman dan suara selama lima saat itu, aku tak punya lain melainkan beberapa biji ubi ajaib yang dipetik. Aku pulang setelah penat mengejar bulan. Tangan ku seret atas tanah ke belakang. Kepala ku tunduk. Mulut ku muram. Mengharapkan kejaiban akan berlaku, kau muncul depan aku sambil rampas tangan  dan tarik aku ke suatu tempat di mana aku dan kau mampu bersembang sampai tua.

Pening.

Aku terlanggar pokok kerana jalan pandang ke bawah. Dahi benjol tingginya seperti tebal jari kelingking aku. Kepala pusing. Aku geleng-gelengkan kepala. Jasad aku lihat. Aku kenal sangat senyuman itu. Suara. Eh, kau! Dengan siapa? Ceh awalnya hadiah paling bermakna, kini seperti meletakkan sekeping kertas di antara dua bibir dan di tarik sepantas yang boleh.

*****

Jalan dah tiada lagi. Walau aku hanya berjalan dengan satu kaki, aku tetap akan berjalan. Melompat seperti pocong. Aku tahu kaki yang satu lagi tu mampu bawa aku ke hujung dunia. Lalu aku akan ajak dia terjun bersama-sama aku mengecap bahagia. 

7 comments:

Cooleustary said...

ending kau; pocong lah, gajah laa...

komen post bawah: kemain g bgayut ehh haha

Anonymous said...

selamat hari lahir.

LoLLy~ said...

birthday kau ke? hahaha tak paham sgt lah entry neh dalam betol...neway if its ur bday happy belated burpday!

BuBbLy.. said...

eppy belated besday..
:D
nyway,sgt mndlm entri ni..xpham la

Unknown said...

happy belated birthday. semoga bahagia itu dpt dikecapi

Cooleustary said...

jalan sentiasa ada, mungkin perlukan peta yang betul dan kompas yang powerful? :)

penulis.sahaja said...

@cooleustary,
gps mahal sudah cukup.

@sabbuenno,lolly,bubbly,
terima kasih.

@ezan idma,
terima kasih. dan terima kasih.