Search This Blog

13 June 2011

Kisah Merapu 54: Akal.

Aku berkata kepada diri aku sendiri. Semalam. Eh, tadi. Kelmarin? Lupa sudah. Dunia ni, takde benda yang mampu lawan akal kau. Apa yang kau fikir, apa yang kau percaya, akan mempengaruhi 100% cara hidup kau. Akal. Letaknya di tempat paling atas berbanding segala organ lain. Buktinya betapa mulianya akal pada seseorang itu.

Akal mati. Akal mati untuk bina kebahgiaan diri sendiri boleh membunuh segala rasa. Bila akal berkata tidak. Segala deria rasa mampu ubah persepsinya. Bila doktor mengambil picagari setajam pedang pahlawanan perang Badar, dan cucuk ke tangan kau. Sakit bukan? Itu yang kau fikir. Jika di ungkap dari segi logik akal. Jarum yang nipis dan tajam, bila dicucuk ke tangan, bukankah caranya lebih mudah? Kau hanya akan rasa kesejukan besi. Tapi kenapa rasa sakit?

Akal kau dah bisik kepada semua deria yang lain. Jarum sakit. 

Begitu juga dengan kehidupan. Akal. Ahh. Akal ni jahat sebenarnya. Akal ni beritahu kau, dia ni sempurna, sesuai untuk menjadi teman hidup aku sampai mati. Akal beritahu kau, dia ni tak sesuai. Masak nasi goreng pun rasa nasi paprik. Di mana hak hati untuk bersuara! Bila akal sudah berkata begitu, dia akan salur terus ke seluruh tubuh badan. Bukti yang kuat menunjukkan dia berkuasa, bila,

AKAL MAMPU MENGUBAH RASA.

Apa yang kau fikir, itu lah yang kau rasa. Jadi, fikirlah sebaiknya. Hidup ini bukan seperti filem. Di mana plot-plotnya boleh dijangkakan. Plot-plot hidup lebih menarik dan kadangkala satu keputusan yang di buat menggunakan akal mampu mengubah segala jenis persepsi kita kepada sesuatu benda.

Jangan biarkan emosi tawan akal! Bina laskar-laskar hati! Hati lebih mulus dan telus berbanding emosi. Jika di biar lama, kecil hatinya, akal entah kemana. Kau mampu jadi gila. 

Bersihkan akal. Semoga hidup semakin di rahmati. Dan lebih suci.