.

.

22 July 2015

Syukur.

Dalam kelam kabut memikirkan betapa aku kurang selesa dengan kerja sekarang (merujuk post sebelum ni), semalam, aku dikurniakan sesuatu yang begitu berharga bagi aku.

Semasa aku kerja malam semalam, (seperti biasa jadi bangla kerja sampai jam 10 malam), aku selak-selak pelbagai media sosial. Facebook, Twitter. Aku lihat betapa aku kurang selesa dengan kerja sekarang bila masa melihat gambar kawan-kawan aku boleh pergi ke rumah kawan-kawan yang lain di Lembah Klang. Makan minum gelak gembira. I got no time beybeh!

Sehingga satu masa, mata aku terhenti pada caption satu gambar di Facebook. Yang gambarnya penuh dengan kawan-kawan yang aku rindu. Gelak. Gembira. Ah! Cemburu! Dan caption-nya berbunyi,

"Jika kita bersyukur, Tuhan akan tambah lagi nikmat kita. Terima kasih semua."

Lalu aku terus tersenyum. Mungkin aku kurang bersyukur.

ALHAMDULILLAH

No comments: