Search This Blog

18 February 2015

Siri Jangan Jatuh Cinta: Woman is Always a Winner.

Pernah dengar satu ayat mat saleh ni?

"Don't try to win over woman in a conversation?" 

Macam sexist gila ayat dia. Tapi tu lah realiti. Semua orang tahu yang perempuan ni memang pendek akal. Dia ada 1 akal berbanding 9 nafsu. Yang lelaki pulak ada 9 akal berbanding 1 nafsu. Jadi lelaki ni seharusnya bijak menggunakan akal untuk menang di dalam conversation itu secara back door.

Katakan P ialah seorang perempuan. Aku bagi nama dia Markonah. Dan L ialah seorang lelaki. Aku bagi nama dia Supian. Mereka boleh jadi sebuah pasangan bahagia awek pakwe ataupun tunangan ataupun laki bini. Okay, aku anggap Supian dan Markonah ialah pakwe dan awek sebab hubungan couple ni kebanyakannya masih baru nak berkecimpung dunia percintaan.

Supian dan Markonah tiba-tiba berperang mulut akibat perkara remeh. Aku anggap perkara remeh itu ialah mencari parking di sebuah pasar raya yang padat akibat cuti hujung minggu. Sebagai co-driver, Markonah sepatutnya menjadi pembantu kepada Supian, mencari petak parking yang kosong. Namun, Markonah lebih berminat untuk bermain telefon bimbitnya. Dia bermain-main pelbagai aplikasi sebagai contoh, swarm, untuk check-in dan beritahu satu dunia yang dia sedang dating di pasar raya bersama pakwe tercinta.

"Awak ni Konah, tolong lah saya cari parking. Dan berapa lama kita pusing ni. Takut ada parking saya terlepas pandang." Kata Supian fokus memandu sambil menjenguk-jenguk kot-kot kalau ada parking kosong.



Tap. Tap. Tap. Tap.

Markonah fokus menge-check-in. Disusuli pula dengan me-reply mention kawan-kawan alam maya sambil tersenyum yang berbunyi seperti "Haa! Dating tak ajak!" , "Pewit. Dengan pakwe ke?" , "Amboi, sweetnya dating berdua!" Please. Dating berdua? Sejak bila pula nak dating kena bertiga? Ya walaupun faktanya, dating berdua tu sebenarnya ada yang ketiga makhluk bertanduk lembu badan warna merah seperti dalam majalah Asuh.

Supian sebenarnya bukanlah perlu sangat bantuan Markonah. Cumanya dia rasa dia keseorangan dalam menempuh ranjau mencari parking. Lama kelamaan, dia menjadi hot temper. Parking kosong ada, tapi dia terlepas. Menjadikan air cond kereta menjadi panas.

"Aduh! Terlepas lagi! Awak cuba lah tengok sama. Dah 2 parking saya terlepas sebab tak nampak. Marko.."

"Haa kejap kejap! Ha dah. Sabor. Sabor. Saya cari sama laa ni parkingnya. Sibuk kejap je. Ni haa, kawan message. Haa parking je sini boleh."

"Sini kan no parking. Boleh ke kereta tu lepas kalau kita park sini? Nantikan tak pasal-pasal calar kereta Sikoroko saya ni."

"Ikut suka lah! Cari lah lagi. Kereta Sivik tu boleh je park belakang tu. Kan dah penuh? Nak park mana lagi? Haa. Cari. Cari sampai dapat."

Lalu Supian pusing satu lagi pusingan. Akhirnya dia meletakkan juga kereta di tempat yang dicadangkan Markonah.

"Parking jugak kat sini." Kata Markonah cuba membakar api cinta mereka agar lebih membara.

Supian diamkan sahaja.

"Ikut cakap saya buat apa. Parking la tempat lain. Nanti kereta tu tak lepas keluar pulak." Markonah menyimbah minyak lagi.

"Awak ni kenapa?! Saya tak ikut cakap awak salah! Ikut pun salah!"



STOP!

Lalu bergolak lah cinta yang indah dari pagi mereka bersiap sambil menyanyi lagu 'Sudah Lama Tak Berjumpa' hanya disebabkan situasi mencari parking. Ada beberapa kesalahan di dalam situasi remeh mencari parking di atas. Boleh list kan? Tak perlu. Sebab apa? Sebab paling bersalah di dalam situasi di atas ialah LELAKI!

Turning point benda ni ialah lelaki. Semuanya tak perfect. Tapi lelaki yang mencorak situasi terakhir yang menjadi penamat kepada situasi itu. Lelaki ialah leader. Lelaki kena lead. Lelaki ada 9 akal. Sepatutnya tahu mengubah situasi. Perempuan memang perangai dia macam tu sebab dia pendek akal.

Takkan laki pun nak jadi pendek akal?

Bayangkan kalau Supian tu cakap,

"Takpelah. Ini yang paling okay. Penuh sangat dah. Awak memang brilliant! Jom makan kepsi saya belanja sebab awak brilliant harini."


p/s: 86 days left! Huwaaa!

12 February 2015

Kesihatan: Angin Dalam Badan Tak Terkeluar Punca Demam.

Beberapa hari lepas aku dilanda wabak demam batuk berkahak yang amat perit sehinggakan aku rasa betapa sempitnya dunia ini untuk aku kongsikan udara bernafas. Kali terakhir aku demam ialah sebulan yang lepas. Jarang aku nak sakit-sakit dalam masa yang dekat. Kalau dulu setahun sekali nak demam pun susah. Ni tiap bulan nak demam ni apa cer? Majlis dah nak dekat bro! Kesihatan tak reti nak jaga langsung ke bro?

Sakit kali berlanjutan beberapa hari sampai aku terpaksa buat muka tebal jumpa doktor kat klinik. Aku ni jenis kalau dah tak larat sangat baru aku nak jumpa doktor. Yang bulan lepas pun sama. Aku jumpa doktor sebab demam masa tu aku rasa paling ektragornomik vaganza tip top. Paling aku tak puas hati, doktor tu boleh tanya aku,

"Tak payah MC kan?"

Dia ingat aku ketedarah MC sangat agaknya. 

Tu cerita bulan lepas. Tapi yang beberapa hari lepas ni memang aku mintak MC jugak lah. Sebab hari Isnin tu aku datang kerja tak boleh nak buat apa langsung. Silap aku jugak minum ubat batuk tak baca label 'Ubat ini akan menyebabkan mengantuk'. Terus muka berubah jadi Snorlax la tunggu waktu rehat nak tido. 

Esoknya aku MC. Lusa nya pulak jam 5 pagi aku dah bangun nak pergi berlayar jam 6:30 pagi. Yang ajaibnya naik kapal terus baik semua sakit-sakit aku. Memang aku ni sesuai dengan angin laut kot?

Dah dua kali demam ni disebabkan angin dalam perut *usap-usap perut boroi*. Cilake memang betul lah aku demam sebab angin. Yang bulan lepas tu aku tak tahu lah sebab apa. Tapi angin lah. Tapi yang beberapa hari lepas tu cerita dia, aku konon nak diet lah. Hari Khamis. Aku pun makanlah roti je dari pagi. Tup-tup malam tu terketar satu badan mencari makanan. Dapat makan mihun goreng malam tu muka puas habis. Ingat ok lah.

Esok terus demam. Berlanjutan sampai Sabtu, Ahad, Isnin. Kombo, demam, batuk berkahak, sakit kepala. Sabtu tu aku balik juga Shah Alam nak pergi kenduri Lut. Lagipun Wani nak tempah kad belah dia dekat Shah Alam. Lepas pusing satu dunia, akhirnya buat tempat sama dengan aku jugak dekat Shah Alam. Demam-demam tu aku balik juga lah ke sana disebabkan poin-poin yang disebutkan di atas.

Mak aku ada jugak bancuh air halia kaw masa aku balik tu. Aku ingat rasa halia je. Aku rilek teguk panas-panas. Sudahlah panas. Pedas pulak tu! Cilake betul aku boleh lupa rasa halia sebenar.

Sepanjang perjalanan balik dari Shah Alam ke Manjung yang 3 jam tu, memang banyak la aku kentut. Tapi Wani taktau pun. Sebab bukan berbunyi dan berbau pun. Angin aku angin pure macam ambi pure.

Gambar Hiasan Kentut

Hari Isnin, lepas jadi snorlax seharian, lepas office hours je terus Wani bawak aku pergi klinik. Tapi kalini aku yang tanya doktor,

"Doktor, esok saya nak MC boleh?"

MC aku gunakan sebaik mungkin untuk recover badan. Sakit kepala memang rasa nak meletup. Aku google macam-macam nak pulihkan reputasi kepala aku. Aku pun siap buat yoga pagi-pagi dekat beranda time pagi tu. Yelah aku cuti, orang lain pergi kerja. Nak malu apa buat yoga!

Paling aku tak puas hati, nak hilangkan sakit kepala ni tips dia engko tarik napas dalam-dalam sambil tutup mata, tahan kejap pastu bayangkan oksigen pergi ke otak. Pastu lepas. Ulang la beberapa kali. Aku taktau apa function dia buat macam ni. Tapi mengikut bacaan aku, sakit kepala ni sebab oksigen tak cukup kat kepala.

Bab demam, macam mana aku baik? Hmm. Aku makan ubat, doa dan bertawakal. Demam ni itu je lah ubatnya. Bukan boleh buat apa pun. Tuhan saja je nak koyakkan beberapa resit-resit dosa kau. Kira settle lah tu. InsyaAllah.

Kenapa angin? Bak kata satu blog ni pasal makanan yang boleh sebabkan angin,

"Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.

Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat pada susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pear dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan."

Trynasoros, Gyrados, Pikachu amende ni? Cilake apa semua benda tak boleh makan? Bagi aku mudah je. Nasib la kau nak kena angin ke tak. Tak kan nak sekat udara dari masuk ke dalam diri kan? Jangan skip makan la. Nak diet pun makan la ciked. Walaupun ciked.

Kenapa aku nak share benda alah ni dalam blog? Sebab Aku dapat semua info pasal demam punca dari angin ni banyak dari blog Indonesia! Saja nak jadi blog Malaysia yang terawal discover permasalahan ni.