Semalam, harini dan dengan izin-Nya lusa
aku tak henti-henti ucap syukur.
Dia beri aku satu kehidupan
Satu benda perbandingan
Yang hidup ini sangat menarik.
Ya masalah itu ada.
Semua orang ada masalah.
Aku, kau, mereka, semua ada masalah.
Tapi jangan jadikan masalah itu untuk kita buta
Buta atas keindahan yang ada.
Kesilapan manusia ialah lebih banyak
nampak busuk dari wangi.
Aku bersyukur lagi saat ini.
Dia hantar kepada aku manusia-manusia hebat.
Tarik bibir aku untuk senyum terus.
Saat aku jatuh, saat aku gembira.
Aku harap ia kekal selamanya.
Selama mana dunia ini masih ada.
Dan bila tiba masa,
aku nak bawa pula mereka ke syurga.
Ya, dengan izin-Nya, selamanya.
Sayangku ini, untuk mereka.
Sayangku ini, tiada kata.
//aku tak perlu 1000 kali kuantiti kalau aku ada 10 orang kualiti.
28 July 2013
20 July 2013
Kerana Kini Ku Ada Kamu.
Khas untuk orang-orang yang masih belum give up dengan blog. Aku bagi kau orang dengar lagu ni. Kalau sedap, download, sebar. Kalau tak sedap, biarkan. Sebab suara aku memang tak sedap. Aku tahu.
"Dia mampu buatku lantas senyum
Di kala waktuku hiba
Dan dia yang ada saatku jatuh
Menarikku tuk terus bangun.
Mungkin jarak kan terpisah jauh
Dan malam aku merindu
jiwa yang bergetar menyampai rasa
harini esok dan lusa
dengarkan
ku bicara
biarkan
semua kisah yang lama
menyusuri garis masa
kerana kini ku ada kamu"
// Rasa (cinta) itu sangat subjektif. Kamu dalam lagu ini juga sangat subjektif. Bergantung kepada pendengar. Macam mana nak tafsir cinta dan kamu di dalam lagu ini. Perihal cerita sebenar. Lagu ini ditulis untuk dua orang wanita yang banyak bantu aku saat aku kusut. Semasa aku menulis lagu ini juga aku baru sahaja baru lepas melalui hal-hal kusut (dan dua orang ini ada. sentiasa ada). Salah seorang dari mereka, tidak kira waktu aku kusut, atau sedang gembira, dia tak pernah letih buat aku senyum seadanya. Seorang lagi pula, tak pernah berhenti memberi kata-kata untuk aku tak pernah tunduk pada gagal. Salah seorang dari dua itu ialah mak. Dan seorang lagi, kau tahu siapa kau.
18 July 2013
Aku, Kau dan Masa Depan.
Susah nak jangka masa depan. Kita terlampau banyak menjangka masa depan. Terlampau berharap keajaiban. Langsung tak reti nak terima kenyataan.
Lalu sakit.
Semua orang mahu yang indah-indah. Walhal yang indah itu mimpi. Mimpi yang tak sempurna. Mimpi separa sedar. Antara realiti dan imaginasi. Sepatutnya ada satu garisan pemisah antara dua tadi. Kalau tidak kita terlampau berharap.
Realiti ada ego sendiri. Dia tak mudah nak tunduk dengan imaginasi.
Dan hal kau. Aku harap, keajaiban tu ada untuk kau. Agar kita manusia manusia biasa bisa terus senyum. Biar malam gelap. Biar tiada cahaya. Dan dalam kegelapan itu kita dua masih senyum. Tahu erti syukur.
Hantu juga takut masa depan. Aku takut. Kau?
Uploaded this using my Samsung Google Galaxy Nexus.
13 July 2013
Ni Entri Baru Lepas Berbulan-bulan.
Ada orang kata aku lama tak update. So, tak ada tarikan dia nak baca blog aku ni. Jadi aku update lah kejap. Mana tau dia tertarik nak baca. Kan? Aku sebenarnya nak update banyak benda. Selalunya gagal. Sebab bila ada dalam kepala tapi asyik terlupa nak luahkan bila ada depan komputer. Benda ni orang panggil penyakit bloggerphodia. Penyakit yang ada pada bloggers mana mana pun. Sebenarnya ni aku update guna phone. Selamba. Sebab lama sangat tak update.
Jadi akhir kata, salam ramadhan dan nantikan entri baru.
p/s : puas dapat baca entri baru? Tertarik?
Jadi akhir kata, salam ramadhan dan nantikan entri baru.
p/s : puas dapat baca entri baru? Tertarik?
Subscribe to:
Posts (Atom)