.

.

26 August 2012

Kisah Merapu 58: Lalai.

Orang kata, bukan aku kata, sampai masa kita akan sedar sesuatu. Sedar yang dunia ini sebenarnya berputar. Sedar yang hidup kita tak selalunya siang. Sedar yang ada tersusun ribuan kebaikan di atas puluhan keburukan. Sampai masa kita akan sedar yang kita sebenarnya sudah lari dari landasan. Sudah lari dari matlamat yang digariskan. Digariskan oleh diri sendiri, mengikat janji dengan diri sendiri untuk berjaya, tapi diri sendiri juga yang lalai dengan apa yang digenggam.

Tidak mengapa kadang kala lari sebentar dari jalan. Menjadi bodoh untuk masuk ke dalam semak samun untuk mencari adventure. Asalkan, asalkan kita pulang semula ke jalan dan terus bergerak menuju matlamat. 

Kita adalah seumpama pengembara di dalam hutan. Destinasi kita ialah sebuah kota indah. Tujuan ke sana untuk memikat hati puteri raja. Sedang asyik menuju ke kota, terdengar pula bunyi dari semak. Lalu kita lalai dan mencari, dari manakah bunyi itu datang. Nasib baik, kita jumpa seekor rusa. Boleh disembelih dagingnya dan makan. Kalau nasib tidak baik, bunyinya datang dari harimau. Terpaksa bertempur, berlari ke sana, ke sini sebelum mampu bebas. Orang bijak akan mengambil itu sebagai iktibar agar tidak mudah tergoda dengan bunyi dari semak. Ah! Sekurang-kurangnya dia belajar ilmu berlawan dengan harimau. Ha! Sudah dua ilmu dia peroleh hasil dari dia lalai.

Namun kalau dia terus lalai, terus menguji kononnya dia gagah mampu tumpaskan harimau, dan terus mencari harimau lain untuk dia tumpaskan, matlamat lari, tujuan tidak kesampaian, kota pun boleh hilang dari pemandangan. Apa yang kau dapat? Nasib tak selalu untung. Esok lusa akan dibaham juga. Selalu beringat-ingatlah.

Aku pun tak tahu apa aku tulis. Aku tak tahu apa aku fikir. Sudah lama aku manjakan diri sendiri, sudah lama aku manjakan orang lain. Apa pun tak dapat. Heh.

4 comments:

Wadi AR said...

selamat raya penulis berkaliber

Hidung penyek said...

Bagi aku biar lalai,

kemudian,

kita tersedar dari alpa,

kembali pada Allah.

perbaiki diri.

Pengalaman+ksilapan=hukum Allah

Anonymous said...

Hidup ini ada pasang surutnya.
Kalau kau tak merasa jatuh, rugi.
Ini semua pelajaran, sikit-sikit nanti kau akan nampak sisi hidup yang bakalan sempurna.

evagurl izma said...

semua orang akan merasai 'lalai'.
sekejap atau untuk jangka masa yang lama.
yang menjadi persoalannya mampukah diri masing2 kembali dari dunia lalai itu?
semoga kita sentiasa berjalan di atas landasan yang betul :)