Search This Blog

01 August 2023

Si Perentas Masa 👽

Aku baru sahaja selesai menonton filem 'The Flash 2023' pada hari Ahad yang lalu. Sekadar memenuhi ruang waktu yang kosong.

Aku tidak membaca sipnosis filem ini sebelum aku tonton. Jadinya, aku tak ada idea langsung cerita ni mengenai apa. Just aku memang suka tonton filem Marvel dan DC. Jadi aku nak tonton.


Aku boleh kata DC dah lakukan banyak perubahan konsep cerita mereka sejak Marvel mendominasi siri filem mereka dengan cantuman The Avengers. Aku expect Justice League akan cuba pecah dominasi tu dengan cantuman beberapa siri mereka pula. Cuma DC ni dia takda strong character dan sering menukar-nukar pelakon.

Sejak Shazam dan The Flash ni, aku rasa mereka akan cuba untuk kekalkan karakter (atau pelakon) mereka agar ultimately cantuman superheroes DC menjadi Justice League ni terlaksana.

Mereka boleh saja nak buat Justice League own film, tapi interconnection tu tak ada and viewers akan memilih-milih filem mana mereka nak tonton. Lain jika semua filem itu saling berkait.

Kalau kau rasa malas nak ambil tahu hal di atas, abaikan.

Apa yang aku nak share di sini ialah, DC juga sudah mula main sentimen Time Travelling di dalam filem mereka melalui filem The Flash 2023 ni. Siapa yang mengikuti siri filem Marvel mesti akan dah biasa dengan sentimen Time Travelling ni dari watak Dr Strange, Ant Man even Loki adik si Thor pun ada mengalami Time Travelling. Loki kekononnya siap langgar lagi hukum Masa dan dihukum. Akhirnya dia berjumpa dengan Loki dari universe lain.


Filem The Flash 2023 ni memang mengisarkan Time Travel. Aku nak cerita lebih, malas. Elok kau pergi tengok sendiri.

Aku memang banyak tonton filem dan siri mengisarkan time travel. Antara filem dan siri yang popular, Interstellar, Marvel Cinematic Universe (MCU), Harry Potter, Back to the Future, 12 Monkeys, Loki, The Time Travelers Wife, The Adam Project, The Butterfly Effect, Imaginur (suprisely) dan macam-macam lagi.

Disebabkan ianya belum lagi terbukti secara scientific, setiap filem dan siri akan merungkaikan pelbagai jenis Time Travelling. Brances, impak berbeza dari pelbagai teori kajian. 

Aku pernah satu masa memang taksub dengan teori Time Travelling ni. Sehingga aku pernah menulis novel (yang tak habis) mengenai Time Travelling di Wattpad.

Rujuk: Dunia Antara 2 Dunia - Shafiq Helmi - Wattpad

Sipnosis novel maya tu nanti aku tulis di bawah.

Aku tak adalah taksub sampai aku nak usaha nak travel through time. Aku sentiasa bersyukur dengan apa aku pegang sekarang. Tapi ilmu Tuhan ni luas. Tiada siapa tahu.

Ada juga kata manusia yang pernah travel through time (hidup merentas zaman) ialah Nabi Khidir. Sebab dia dikatakan masih hidup dari zaman dahulu. Tapi pendapat ni banyak khilaf. Tak perlu beriman 100% terhadap fakta tersebut. Just simpan information tu sahaja. Seperti aku cakap tadi ilmu tu luas.

Macam-macam la orang kata pasal teori time travel ni. Sampai ada kata masa boleh dilipat dimana kita boleh bergerak ke titik hadapan dan tinggalkan apa ada sekarang. Dengan kelajuan yang sangat tinggi. Tapi teori ni hanya boleh menyebabkan Forward Time Travelling sahaja.3


Eh, sudah la. Melebih pulak aku. Bukan ada orang tertarik dengan benda ni. Saja nak share. Panjang lebar kalau nak sembang. Anggap sahaja ni semua adalah fiksyen.

By the way, kat bawah ni ialah novel Dunia Antara 2 Dunia yang aku tulis tak habis tu. Siapa rajin dijemput baca walaupun tak habis. Thanks!

"Hafiz ialah 'anak' kepada sebuah mesin masa. Dia telah dihantar ke tahun 1978 dari tahun 1996 untuk mengatur sesuatu - sesuatu yang mampu memuaskan hati 'the soul'. Hafiz dilabel sebagai anak haram sejak kecil kerana dia hadir tanpa ibu dan bapa yang sebenarnya hidup dari masa depan. Hanya beberapa orang termasuk Pak Deris, bapa angkatnya dan Sara yang banyak membantu Hafiz.

Hafiz diarahkan oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai 'the investor' untuk pergi ke Kuala Lumpur apabila umurnya mencecah 20 tahun. Dia dikatakan akan mendapat segala jawapan di sana. Namun apabila dia tiba di Kuala Lumpur, Hafiz hanya bertemu dengan Yusuf, seorang pengembara masa yang membawanya lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Apakah plan sebenar The Soul di masa hadapan? Siapakah Yusuf, si pengembara masa, dimata The Soul? Apakah kepentingan Hafiz di dalam plan 'the soul'?"

Masa juga makhluk Allah kan?