Lama aku tak menulis waktu pagi. Lebih spesifik selepas subuh. Kali terakhir aku rasa sebelum aku mula bekerja di Lumut.
Semalam aku overnight di office. Jaga kapal. Belum habis repair atas darat, terpaksa turun kerana bagi laluan kapal lain. Jadinya semalam turn aku untuk berjaga di tepi kapal waktu malam. Sebab pagi-pagi aku malas nak tengok hal kerja, aku buka blog untuk tulis satu dua benda. Wani tak biasa tido sorang. Oleh kerana semalam aku tak ada di rumah, jadinya semalam dia tido rumah kawan kami. Dia baru lepas message aku ni yang dia sudah pulang ke rumah. Tumpang tidur ja rupanya. Ingatkan bersiap terus ke kerja.
Dah 10 minggu perut Wani. Ayah? Abah? Haha. Entah macam mana lah nanti kan? Fasa yang sungguh pantas. Tahun ni aku dari bujang - suami - abah to be. Ready or not, itulah rezeki. Sebenarnya masih awal untuk heboh sana sini. Tapi benda baik ni buat apa nak selindung kan?
Aku tak ada benda spesifik nak tulis. Cuma aku rindu nak menulis. Ada 2 projek buku masih outstanding. Satu crossover novel dengan Karim. Satu lagi novel aku sendiri. Bagi aku, novel Hari Ini Kita Menang, aku tak berapa puas hati. Ada benda yang aku boleh buat better dari tu lagi. Tapi aku sungguh berbesar hati bila cerpen aku dalam buku Roadtrip Meronda Tanah Air mendapat feedback positive dari ramai orang.
Sudahlah. Aku nak pergi kantin cari makan. Doakan kehebatan keberkatan hidup aku dan isteri.
Assalam!