Setelah sekian lama aku jarang termenung panjang. Dan selalunya dulu aku termenung mengenangkan sesuatu yang aku hilang. Panjang. Betapa aku rasa kenapa sering kali aku hilang. Satu macam rasa adakah aku satu jenis manusia malang?
Malam ni aku termenung panjang lagi. Aku buka tv. 8tv sibuk dengan anugerah shout award depa. Kipas kelajuan 3. Aku termenung. Bukan. Bukan kerana kehilangan. Ini adalah macam mana nak ikat mati terus benda yang aku genggam sekarang.
Dulu aku selalu bercerita mudah. Punggah segala jenis pandangan dan curah terus ke orang-orang yang baca. Betapa sebenarnya mudahnya benda ni. Tak perlu risau. Segalanya akan okay.
Nah. Harini aku yang risau. Aku tak banyak masa. Aku kena lebihkan usaha. Ini peluang. Tak tak. Bukan peluang. Ini satu macam benda yang mesti. Wajib. Aku kena tingkatkan usaha berjuta kali ganda. Dan percaya rezeki itu ada. Mudahan.
Orang kata kalau niatnya betul, rezeki untuk lengkapkan agama akan ada. Aku usahakan bahagian aku. Bahagian kau orang? Aku minta doakan aku ya?