Search This Blog

30 October 2015

Aku di Perairan Lumut (2)

Office sunyi. Bos aku halfday harini. Kerani, material coordinator project aku pun dah balik awal. 5.30 tepat terus balik. Partner aku as project assistant yang selalunya balik lewat sama dengan aku pun balik awal harini. Balik Kedah katanya. Mak Ayah dia baru balik dari haji. Partner kedua aku pula tak datang kerja harini. Entah sebab apa. Semua orang tak tahu. Ada orang kata sebab appraisal dia tak beberapa memuaskan hati. Mungkin dia bawa diri. Atau menjadi rebel tak masuk kerja. Lantaklah.

Dekat kapal masih ada orang bertungkus lumus menyiapkan kerja. Waktu petang macam ni dah tak ramai. Ada la 6-7 orang. Malas aku nak ke kapal waktu lepas hujan macam ni. Jadi aku ambil keputusan duduk office seorang diri. Standby sampai jam 7.30 malam. Atas meja ada handphone dan seketul vape. Kerja aku tolak tepi dulu. Menulis apa yang patut.

This place is very a good place to work. To gain experience. But for me, aku tak recommend orang untuk jadikan tempat ni untuk develop career. Among 10, aku rasa seorang sahaja yang boleh teruskan usaha develop career di sini. Kenapa? Entah. Maybe this yard is own by ex-Navy? Terletak dalam base Navy? Rules and regulations seakan-akan Navy? Entah. Bagi aku rezeki is everywhere. Kalau rasa boleh develop, go on.

Aku rasa aku gain a lot sejak 3 tahun duduk di Lumut ni. Termasuk weight (ha ha ha ha). Since puisi yang aku tulis on the first day aku kat sini,


kini aku di perairan Lumut,
ditemani damainya laut,
dan kicau burung nyaring,
berkumpulan terbang seiring,
deruan enjin-enjin kapal membelah ombak,
jauh dari kota-kota yang sesak,
aku memerhati masa depan,
aku memerhati segala ketakutan,
Segala yang tertulis itu pasti,
Perjalanan hidupku sampai mati.

Jantung pula tak henti menyanyi,
Memanggil-manggil orang yang dirindui,
Menghantar frekuensi-frekuensi gila,
Yang takkan tembus Selat Melaka,
Aku nekad untuk tempuhi segala misi,
Kerana itu semua adalah pasti,
Di antara imaginasi dan realiti,
Aku harus terus teguh berdiri.

Kini aku di perairan Lumut,
bebas dari segala hal-hal kusut,
Ombak mengajar aku satu benda,
Yang tiada apa kekal selamanya.

Looking back on what I've written, buat aku senyum. Aku lari ke sini untuk lari dair segala masalah kusut. Dan aku rasa aku dah ready untuk balik.

Tapi apakah Klang Valley akan menjadi nice macam sebelum aku ke sini? Dengan ekonomi tunggang langgang, adakah ia masih bagus? It's a lot to ponder. A lot to consider. Baby pun sikit masa lagi nak jenguk dunia. Kasi masa dulu. InsyaAllah I'll be back.

Shah Alam, tungggguuuu!

p/s: tiba-tiba rindu isteri di rumah. Eh!

26 October 2015

Gamble! Gamble! Gamble!

Life is simple yet very tough. Right? It's getting tougher when it comes to decision making. Right? Right? Right?

Sejak 3 tahun lepas banyak benda aku gamble je dalam hidup. Alhamdulillah. Not perfect but yet I am happy. Literally. Semua bermula sejak aku habis belajar degree 3 years ago. It's where (or how) all this things started. Yeah. Dah 3 tahun rupanya.

Kita banyak sangat angan-angan. Travel sana sini. Getting married in a park full of balloons. Having a bombastic rock band. Having a big amount of money in a bank. Fuck it!

Aku memang sangat lost dalam hidup aku beberapa lap dan corner sebelum habis belajar. Yeap. Satu dunia tau aku ni memang fuck up dalam bercinta. Dan beberapa benda lain. Mostly cinta. Semester terakhir, aku memang enjoy habis. I make a lot of friends that time. Boleh aku kata kemuncak hidup aku sebagai rebellious teenager. Having rock band. 24-7 huhahuha with friends.

And at one time, aku fikir, ke mana aku nak pergi?

I get the offer of my current job before I end my degree. They told me that if I accept the job, it is either Langkawi, Lumut, Penang or Sabah. I will undergo 4 months training in KL and then chalo to the yard given later. Masa tu aku fikir, why not? Klang Valley has been too nice to me. Terlalu baik sampai aku tak move. Stuck in happiness yang tak memberansangkan.

So aku gamble terima job tu dan terus ke Lumut. Tinggalkan semua happiness yang tak memberansangkan tu ke belakang. Dengan harapan aku dapat move ke dalam kawasan yang tak selesa dan belajar sesuatu dengannya.

Cinta.

Aku rasa followers blog aku ni (yang dari dulu membaca) tahu hal aku. Failure tahap gaban. So I decided to put one line. Line di mana to have a full time commitment. As for you guys to know, my wife and I go to the same university, having the same course, but never met each other. Walaupun terperasan. Yelah. Awek cun, lelaki mesti lah usya-usya dekat universiti. Tapi aku tak pernah perasan dia. Lagipun dia dari diploma dan aku dari foundation. Lain class. Tapi still at some class kami kena gabung.

Still tak pernah perasan dia.

We met for the first time masa interview. Then we go to the same training in KL. Then to the same shipyard, Lumut. Berkawan but never have feeling(s). Dekat Lumut aku mula rapat. Get to know each other then aku gamble nak jumpa family dia.

Gamble ajak kahwin.

Kawan for 1 year, engage for 1 year dan terus kahwin. Kau ingat senang nak kahwin dan tinggal semua kesedapan hidup bujang? Apa risau? Gamble! Alhamdulillah, 4 months to go for Shafiq JR to come out. Doakan kami.

Apa aku nak cakap kat sini ialah, kita dalam hidup ni tak boleh nak hidup selesa sangat. Kalau perlu gamble, gamble. Tak rugi. Kalau jatuh, bangun balik. Selalu gamble ke sana ke mari seorang diri. Gamble jenis tu tak gerakkan apa-apa sangat. Tak turn hidup kau sangat. Cuba gamble yang boleh merubah hidup kau.

Kalau bercinta, fikir sejauh mungkin.

Kalau bekerja, fikir sejauh mungkin.

Kalau meniaga, fikir sejauh mungkin.

Kalau menyimpan, fikir sejauh mungkin.

Percayalah, kau tak akan menyesal.

07 August 2015

Panik di Pekan Lumut.

Lama aku tak menulis waktu pagi. Lebih spesifik selepas subuh. Kali terakhir aku rasa sebelum aku mula bekerja di Lumut.

Semalam aku overnight di office. Jaga kapal. Belum habis repair atas darat, terpaksa turun kerana bagi laluan kapal lain. Jadinya semalam turn aku untuk berjaga di tepi kapal waktu malam. Sebab pagi-pagi aku malas nak tengok hal kerja, aku buka blog untuk tulis satu dua benda. Wani tak biasa tido sorang. Oleh kerana semalam aku tak ada di rumah, jadinya semalam dia tido rumah kawan kami. Dia baru lepas message aku ni yang dia sudah pulang ke rumah. Tumpang tidur ja rupanya. Ingatkan bersiap terus ke kerja.

Dah 10 minggu perut Wani. Ayah? Abah? Haha. Entah macam mana lah nanti kan? Fasa yang sungguh pantas. Tahun ni aku dari bujang - suami - abah to be. Ready or not, itulah rezeki. Sebenarnya masih awal untuk heboh sana sini. Tapi benda baik ni buat apa nak selindung kan?

Aku tak ada benda spesifik nak tulis. Cuma aku rindu nak menulis. Ada 2 projek buku masih outstanding. Satu crossover novel dengan Karim. Satu lagi novel aku sendiri. Bagi aku, novel Hari Ini Kita Menang, aku tak berapa puas hati. Ada benda yang aku boleh buat better dari tu lagi. Tapi aku sungguh berbesar hati bila cerpen aku dalam buku Roadtrip Meronda Tanah Air mendapat feedback positive dari ramai orang.

Sudahlah. Aku nak pergi kantin cari makan. Doakan kehebatan keberkatan hidup aku dan isteri.

Assalam!