Search This Blog

Showing posts with label Kisah Pemerhati.. Show all posts
Showing posts with label Kisah Pemerhati.. Show all posts

20 December 2015

Azam.

One of my office mate ask me about 'azam'.

"Azam ni macam rumput dah. Banyak, tapi tak nampak. Asalkan ada saja." Added him.

"Not really. Aku ada azam yang serious. Actually, 3 azam."

He focusing to my lips. Satu azam pun tak tertunai apa lagi 3.

"First, to make my parents happy, next to make my wife and the little monster happy and last but not least to make myself happy."

12 November 2015

Nasihat Aku

Hey you,

Percayalah, pedulikan apa orang kata. Terlampau peduli tu buat kita tak bergerak dan rasa dihantui oleh diri sendiri. Buat ni cuak. Buat tu cuak. Kadang-kadang kau perlu gamble je.

Aku bukan selalunya gembira. Kau pun. Aku tau. Tapi nasihat aku, pedulikan. Gembira tu hadiah. Kalau tak susah macam mana nak hadiah?

Aku tak tahu kau baca tak. Tapi tulus ikhlas (ecewah) nasihat, pedulikan apa pandangan orang. Set target. Kejar target tu. And yang lain, hanya picisan. Sebab apa? Sebab kau ada target.

Untuk kau dan semua pembaca (yang masih membaca).

16 April 2015

Choose Wisely






Maybe this is not exactly true. But yeah, he got the point.

Jangan tamak.

You'll not own everything. Or else, you'll own nothing.

So, start being grateful on what you have right now.

Buang perasaan menyesal dan kalau. "Kalau haritu..kalau aku..kalaulah dia tahu.."

'Kalau' will move you nowhere dear.

10 June 2014

Lepas (Semalam)

Cliché - bila orang kata, sudahlah. Hal yang lepas jangan dikenang.

Aku tau. Banyak benda dah aku lalui sejak 25 tahun yang lepas (yeah aku sudah 25 tahun beberapa hari ketika entri ini ditulis). Dosa usah cerita. Bila diingat balik, Astaghfirullah. Apa yang aku buat dulu? Memang sial perangai aku. Sakit kalau diingat.

And well, benda lepas tu bagi aku something yang boleh aku bawa kedepan sebagai satu pelajaran. For me to be a better person I guess?

Aku manusia. Yang baca ni pun manusia. And kita ada buat salah kecil atau besar. Zahir atau terselindung. Tapi kena ingat, tiada yang terselindung bila dengan Tuhan. Cumanya, buat orang yang rasa aku pernah buat salah dengan dia (benci aku atau tidak) harap maafkan.

Maaf - satu perkataan yang powerful. Powerful untuk menjernihkan yang keruh. Dan maaf tu juga, aku yakin boleh bawa kita ke something yang better. Bagi aku kisah semalam tu sama ada


  1. Kejayaan lapuk - untuk something yang dah kita berjaya. Cerita lampau. Bangga apa?
  2. Pelajaran hidup - untuk something yang masih kita kejar. Ingat, sekali gagal ialah satu lagi tapak ke arah kejayaan.
p/s : teringat kisah orang yang suka ungkit hal lampau aib orang walaupun orang tu dah berubah jauh lebih baik dari orang yang suka ungkit tu. Ustaz pun kena dah waktu akhir zaman ni!



06 August 2013

Lelaki dan Perempuan - Analisa Shopping Ramdhon Penulis Sahaja.



Aku ada buat analisa Ramadhan. Tentang cara dua kelompok manusia bershopping. Tapi analisa ni bukan hanya untuk Ramadhan. Dia valid 365 hari setahun. Kelompok lelaki dan perempuan. 

Dua minggu lepas aku dan rakan sekerja aku pergi Ipoh untuk shopping. Dari Lumut, tempat aku bekerja. Perjalanan ambil masa sejam lebih sikit. Dan tadi pula aku pergi shopping untuk diri sendiri. Seorang diri. Shopping raya lah kononnya. Apa aku dapat lihat?
  1. Perempuan tak ada teknik scan and touch. Itu satu teknik yang sangat unik ada pada para lelaki. Macam mana teknik tu? Lelaki tak perlu masuk atau singgah pada semuaaaaaa kedai yang ada dalam satu shopping complex tu. Lelaki ada satu macam pakai cermin mata ajaib pada mata mereka. Mereka hanya perlu berjalan dan scan semua baju yang ada. Dari luar kedai diorang dah boleh scan. Hanya jalan. Dan bila ada tertarik, mereka akan berhenti, masuk, pegang. Apa yang mereka pegang? Ya. Mereka pegang tag harga.
  2. Perempuan ialah jenis bijak berbelanja. Berbeza dengan lelaki, mereka berkemungkinan akan masuk dalam kedai yang sama sepuluh kali untuk membuat perbandingan dengan kedai yang lain yang menjual barang yang hampir sama. Mereka selalunya akan pergi shopping dengan kawan-kawan atau ahli keluarga perempuan yang lain. Mereka akan tanya pendapat. Sampai pasti. Sehinggakan mereka sanggup telefon orang yang kononnya lebih arif tentang barang itu. Ya. Barang yang mereka beli lebih berbaloi. Lelaki? Nampak. Pergi kedai lebih kurang. Patah balik. Banding harga. Beli. Ya kebanyakan lelaki hanya tahu banding harga. Kebanyakan.
  3. Lelaki ada kuasa macam superhero The Flash. Mampu pergi dua tiga tempat dalam satu masa. Macam mana benda ni boleh berlaku? Ya. Disebabkan mereka ada kuasa scan yang hebat, mereka tak perlu duduk satu shopping complex tu lama-lama kalau dah takda yang berminat. Mungkin dalam masa sejam dua, mereka mampu pergi ke dua tiga shopping complex berasingan. Perempuan? Masih bijak berbelanja. Mereka perlu fokus! Tu yang lama.
  4. Kualiti atas jenama. Ya perempuan pilih kualiti. Dan mereka arif tentang itu. Tak kira walaupun tu brand cikai. Tapi kalau ada kualiti, sambar ajaa! Lelaki? Bagi lelaki, kualiti ada pada jenama. Jenama jual kualiti. Sebab tu juga lelaki tak masuk semua kedai. Dia masuk kedai yang dia rasa ada kualiti pada jenama. Padahal dua-dua made in China!
  5. Selain daripada perempuan bijak berbelanja, kerana mereka perlu memastikan barang yang mereka beli tu betul-betul berbaloi, lelaki juga ada sifat bijak berbelanja tapi dari sudut yang lain. Sudut apa? Macam ni. Kebanyakan lelaki akan allocate berapa meraka akan belanja untuk haritu. Ambil contoh RM300. Macam mana pun mereka akan fit dengan RM300 tu kalau belanja. Kalau lebih pun mungkin sepuluh dua puluh ringgit. Perempuan? Masih memilih untuk beli barangan yang berkualiti dan berbaloi dan harga letak ditangga seterusnya.
  6. Disebabkan poin 5 di atas, kebanyakan barang perempuan tahan lama dan mereka boleh jual balik di blog mereka! Lelaki? Yang dah nak uzur tu lah nak packing bagi anak yatim. Kalau nak bagi yang cantik pun, tunggu dah gemuk tak muat dah baju seluar tu. Sebab nak jual dah tak berapa nak laku.
Jadi atas semua ni, aku nak ucap,

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN!

untuk pembaca tegar blog uzur ni.

06 January 2013

Ekspresi Wajah.

Jadi telah ditulis semua cerita ini?
Telah dibaca semua cerita ini?
Telah dilakunkan semua cerita ini?
Telah wujud watak-watak ini?

Masa tak panjang untuk mempersoalkan kerja Tuhan. Kerana setiap saat yang berputar itu ada hikmah di sebaliknya. Orang hebat macam kau, kau dan kau, heh, aku rasa tiada masalah untuk menempuh semua ini.

Kerana tangisan bukan untuk menyelesaikan masalah. Tangisan hanya ekspresi wajah.

24 September 2012

Semua Orang Berlumba Dapatkan Benda Yang Dah Dijanjikan Ada.


Rezeki. Buat macam mana pun, bilangan rezeki itu sudah tertulis di Luh Mahfuz. Memang Dia dah cakap. memang ada untuk semua orang. Reti bersyukur atau tidak sahaja bezanya. Tak bersyukur, sebab itu tak pernah rasa cukup dan sentiasa merungut.

seorang trainer pernah cakap pada aku, "Kalau kau kejar duit, duit akan kejar kau balik. Niat kena betul. InsyaAllah ada."

Tapi...

Syurga.

Neraka.

Tiada janji oleh Dia. Kau dapat syurga atau neraka. Dia belum tetapkan. Tapi kenapa tak semua orang kejar yang belum ada kepastian kiri atau kanan?

#RemindToMyself

01 August 2012

YOLO.

Kita selalu salahkan takdir. Selalu salahkan Tuhan. Meninggalkan suruhannya kerana menunjuk tanda protes atas segala doa yang tak dimakbulkan. Kononnya Tuhan akan menyesal dan memakbulkan doa hamba-hamba yang protes ini padahal yang ruginya kita. Peduli apa, kau tinggal, kau dapat bencana kelak.

Kita seringkali tak tahu apa yang kita nak. Meninggalkan sesuatu yang pasti kerana mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Ini semua lumrah. Bila esok-esok dah tahu jawapan, baru menyesal dengan perbuatan. Hey! Pernah nampak orang tulis YOLO? Bukan untuk kita jeritkan perkataan YOLO tu. You Only Live Once. Itu maksudnya.

"Some people think they're always right
Others are quiet and uptight
Others they seem so very nice, 
Inside they might feel sad and wrong."

You Only Live Once, The Strokes.

Buatlah sesuatu dengan bijak dengan hidup ni. Setiap perbuatan, setiap percakapan, mungkin ada yang terlanjur dan boleh diperbetulkan. Tapi bila dah main dengan retaknya jiwa orang lain, usah bercakap panjang, kau tahu, salah dengan Tuhan boleh bertaubat, salah dengan manusia, Tuhan pun tak boleh tolong, sayang.

Teringat aku dengan beberapa potong ayat dalam novel dari Tere-Liye, 'Rembulan Tenggelam di Wajahmu'. Sebuah novel tentang kehidupan seorang anak jalanan yang mencari erti hidup. Kesimpulan flashback hidupnya semasa umurnya 60 tahun, terlantar sakit, di bawa oleh seorang lelaki yang wajahnya amat senang sekali. Aku tertarik dengan beberapa potong ayat lelaki berwajah senang itu. Antaranya,

*****

"Masalahnya kau tidak seharusnya jahat Ray. Kau tidak seharusnya menjalani masa-masa gelap dengan alasan hidup ini tidak adil. Kau tidak seharusnya menyalahkan orang yang membuatkan kehidupanmu buruk, lantas mencari alasan-alasan."

"Kalau hidup ini adil, mengapa mereka dibiarkan Tuhan? Kau tahu apa samseng itu lakukan pada Ilham dan lukisannya? Natan? Tidak dapat lagi bermain muzik?"

"Kau tak boleh menyalahkan orang lain dalam urusan ini, apalagi menyalahkan Tuhan, Ray. Bahkan orang terpilih juga terkadang lalai mengenali bentuk keadilan itu kerana kita selalu berusaha mengenalinya dari sisi yang nampak di mata. 

"Di mata kasar kau tahu Ilham gagal mengikuti pameran besar itu. Kau salahkan samseng-samseng itu. Salahkan langit kerana membiarkan orang jahat itu. Kata siapa Ilham gagal? Tanpa merosakkan lukisan itu sekalipun, Ilham masih tidak layak mengikuti pameran itu. Kenapa? Kerana kalian terlampau melebih-lebih kebolehannya. Lukisan itu biasa-biasa sahaja. Kalau diserah kepada kurator pasti mereka tidak akan mempercayai bakat Ilham yang digembar-gemburkan oleh Bang Ape lagi. Selama sepuluh tahun selepas itu, dia belajar cara membuat lukisan lebih baik. Belajar merendah hati. Memutus untuk tidak menulis nama pada setiap lukisannya. Hasilnya, dia menjadi pelukis yang baik Ray! Adakah hidup ini tidak adil bagi Ilham?"

"Natan membenci ayahnya kerana tega meninggalkan mereka sekeluarga. Dia nekad untuk menjadi orang yang boleh mencairkan hati manusia yang keras. Kau tahu bagaimana? Menjadi penyanyi adalah salah satunya. Dia mendapat kesempatan lain Ray. Dia menjadi penggubah lagu terkenal! Ratusan lagunya mengajak manusia berbuat baik. Dengan lumpuh, kehilangan suara, itu justeru dia mendapat kekuatan luar biasa untuk menulis lagu. Adakah hidup ini tidak adil bagi Natan?"

"Kehidupan ini selalu adil. Keadilan langit mengambil berbagai-bagai bentuk. Meski tidak semua bentuk itu kita kenali tetapi adakah dengan tidak mengenalinya kita boleh berani-beraninya menuduh Tuhan itu tidak adil? Hidup tidak adil? Ah, urusan ini terlanjur sulit bagimu, kerana kau selalu keras kepala."

*****

Esok-esok minta maaf. Esok-esok dia mati. Esok-esok settle di mahsyar nanti. Buatlah sesuatu dengan menggunakan akal. Kurangkan guna emosi bila berkata, bila menulis. Kerana hidup ni sekali sahaja. Sama-sama lah kita beringat. Aku pun masih mengingat diri aku juga.

Salam Ramadhan, salam August Rush.


14 April 2012

When We Care Too Much, HARI IBU Pun Jadi Haram.

Aku baru balik dari rumah markas Prima U1. Sebuah markas aku dan kawan-kawan perantauan aku yang berhijrah ke bandar Shah Alam untuk mencari rezeki. Di sana tadi aku hanya nak lepaskan tekanan. Melepak. Gelak. Tonton rancangan televisyen bersama dan akhiri dengan bermain permainan video Playstation Fifa. Almaklumlah. Zaman kecil dulu kami main Pepsi Cola sahaja. Dah tua baru teringin nak main permainan 3D macam ni. Aku guna pasukan VFL Wolfsburg dan Valencia CF. Satu menang, satu kalah. Dalam hati aku kata, "Alah bola tu bulat. Ada kalah, ada menang."

Oleh kerana esok (baca: harini) aku ada kelas, aku paksa Kehek hantar aku balik malam ini juga. Dia berkeras sebenarnya tak mahu balik. Ya aku tahu dia penat. Tapi apa kan daya. Terpaksa. Sebab aku tumpang dia.

Siapa yang ikut laman sosial twitter aku, pasti ada perasan aku ada cerita serba sedikit tentang Kehek ni. Nama panggilan panjang dia, Kehek Meru. Seorang legendary to be di Meru, Klang. Sebab hari bekerja dia asyik membawa motor, malam minggu sahaja waktu dia untuk memandu kereta. Aku bagi peluang dia memandu ambil aku dari rumah pada awalnya.

Sampai rumah jam 3:12 pagi. Lampu dapur dah menyala. Langkah sahaja aku ke dapur, aku nampak mak sedang asyik menyusun karipap-karipap yang hendak digoreng. Untuk dijual pagi-pagi nanti di depan rumah. Bukan mak yang jual, dia cuma tumpang gerai Mak Cik Jun Nasi Lemak sahaja. "Awal mak bangun?" Aku cuba menjadi mesra. Konon nak ubah topik kerana aku balik lewat ke rumah. Mak diam. Tak balas apa-apa. Dia fokus menyusun karipap-karipap yang belum digoreng tu.

Aku buka peti sejuk. Tuang segelas air dan aku teguk cepat-cepat. Habis minum, aku letak gelas di atas meja tanpa basuh. Aku tak fikir apa, terus naik bilik. Kebiasaan agaknya, masuk bilik aku terus tekan butang 'ON' pada komputer riba yang sudah berusia hampir 6 tahun bersama aku tu. Aku pergi membuang apa yang patut di tandas dan bersiap dengan pakaian tidur.

Sebelum tidur aku selak-selak laman sosial dan email. Aku tak mahu terlepas berita-berita penting. Kononnya. Hampir semua selesai aku belek, aku mengambil keputusan untuk tidur. Kelas dalam beberapa jam lagi. Aku perlukan tidur yang cukup. Belum sempat aku halakan tetikus ke bahagian pangkah di laman sosial Facebook, aku tertarik dengan satu artikel yang dikongsi oleh seorang rakan aku.

"BEWARE! Hari Ibu ialah HARAM! Sebarkan."

Si Ibu Dan Anak Fine Art Print - Azlan Dulikab
Aku tekan artikel tu. Aku tak baca. Aku belek sekali lalu. Bla bla bla Presiden bla bla bla haram bla bla bla Mother Church bla bla bla Jesus bla bla bla. Bagi aku, bila terlampau sangat ambil kisah, semua benda pun tak boleh. Tak salah rasanya kita sambut Hari Ibu tu. Kerana ia adalah hanya Hari Ibu. Kita raikan seorang manusia yang dah lahirkan kita dan yang dah banyak berkorban untuk kita. Lainlah kalau nak bercakap mengenai Hari Kekasih atau seangkatan dengannya.

Ya, setiap hari ialah hari ibu. Ayat tipikal rakyat marhaen. Tapi tak salah juga pilih satu tarikh untuk raikannya dengan lebih spesifik? Tak perlu nak haramkan sangat. Nak susahkan fikiran. Tak puas hati tarikh tu, kita raikan tarikh pada tarikh esoknya. Lusanya? Bulan depannya mungkin? Sebenarnya tak salah pun rai pada tarikh yang sama. Sebab bagi aku, kita bukan rai persis kristian atau menyerupai (aku tak baca pun artikel tu) kaum dia. Ia hanya Hari Ibu. Salah ke bawak balik mee udang ke mak kita, letak atas meja sambil kata Selamat Hari Ibu? Menyerupai kaum kristian jugak ke buat macam tu? Hanya kerana tarikh? Haih.

Kalau nak ikut menyerupai, Hari Konvo juga patut haram. Dengan pakaian seruba bidara dan paderi. Kenapa yang alim pakai kopiah 8 semester dahi bertompok hitam tanda kuat beribadah ambil ijazah nak pakai jubah serupa paderi tak apa pula?

Apabila kita kisah sangat hal orang lain, beginilah jadinya. Kisah, tak salah. Yang salah, terlampau kisah dan masukkan hidup orang lain tu dalam hidup kita. Tuhan tahu niat asal kita. Aku rasa itu sudah memadai.

Ah! Panjang pulak aku membebel. Kahkahkah!

10 February 2012

Hakikat: Piramid Sahabat-Rakan-Kawan.

Hakikat yang perlu kita tahu, piramid sahabat-rakan-kawan. Ramai mengganggap kawan ialah kenalan. Jumpa sekali, sembang dengan segelas cawan, dan taraaa, dia ialah kawan. Rakan pula diklasifikasi sebagai seorang kawan yang menjadi rapat. Banyak hal dilakukan bersama. Sahabat. Sahabat pula seorang rakan yang sentiasa ada bersama yakni saat kau jatuh dan juga saat kau sama-sama mengangkat kemenangan.

Apa itu piramid sahabat-rakan-kawan? Aku ulas berdasarkan pemerhatian, berdasarkan pengalaman. Aku ulas dan beri pandangan. Tiada maksud untuk betul dan tiada maksud untuk tidak benarkan membetulkan kesalahan.

Perasan atau tidak, semakin umur kau meningkat, bilangan kawan yang akan sentiasa ada menurun? Kau akan ada berpuluh dan beratus kenalan di alam sekolah, kolej dan universiti. Saat kau mencelah masuk di alam pekerjaan, dengan perlahan rakan-rakan akan mula fokus dengan keluarga masing-masing. Yang tinggal kawan pejabat baru dan mungkin picisan kawan lama yang masih ada. Kawan yang aku maksudkan ialah kawan yang boleh kau ajak bersembang sama saat kau perlukan secawan air dan duduk buka cerita dua tiga jam tanpa rasa nak balik. Dan tiba tahap umur kau sudah punya anak yang masuk sekolah, kawan-kawan bilangannya makin menipis. Masing-masing sibuk. Dapat jumpa sebulan sekali pun dah cukup bagus.

Dan saat kau sudah punya cucu, realitinya, hanya keluarga menjadi peneman. Bilangan kawan akan terus turun. Kawan baik, rapat, mula akan meninggalkan alam dunia. Dan sedikit demi sedikit kau akan kehilangan kawan. Dan bila anak pula pindah bersama keluarga mereka, peneman kau mula berkurangan. Siapa nak teman kau saat kau perlukan secawan air panas dan duduk di atas kerusi berjam-jam sembang tanpa jemu?

Jawapannya mudah, pasangan hidup kau. Piramid sahabat-rakan-kawan akan ada satu penghujung yang tajam. Setiap benda yang tajam akan ada satu bucu. Satu bucu untuk satu orang. Dan dia lah sepatutnya di situ. 

Moga kamu semua punya seorang pasangan yang tak mudah jemu. Selongkar dunia bersama. Belajar erti hidup bersama. Susah bersama. Kerana dia, dia lah yang akan menjadi sahabat-rakan-kawan kau yang paling setia. Semoga dia akan menjadi telinga pendengar setia kepada semua masalah-masalah kau. InsyaAllah. Dan semua saat kau dan dia lalui bersama, simpan dalam memori ketat-ketat. Sebab satu hari nanti, itulah topik yang boleh kau dan dia duduk dengan secawan kopi, sembang, gelak bersama, mengusik kenangan lama bersama.


Jadi aku rasa, mengikut logik akal, teori piramid sahabat-rakan-kawan boleh diguna pakai. Kan?

13 January 2012

Rasa.

Aku buka post baru. Aku tenung lama komputer riba nazak ni. Cuba susun ayat yang sesuai untuk aku garabkan yang boleh menggambarkan apa yang aku rasa. Alunan melodi kipas ke kiri, pusing ke kanan, selang seli dengan bunyian cengkerik belakang rumah aku menyerikan pagi aku jam 3:09 ini. 

Aku sebenarnya tak gemar mana rasa ni. Aku cuba nak kupas, sebenarnya kenapa rasa ni masih wujud. Apa yang aku takutkan, kupasan aku nanti boleh disalah tafsir oleh insan lain. Pernah dengar mesej yang tak sampai? Bila manusia A menulis benda di sekeping kertas dengan nada A, dan manusia B membaca tulisan tu dengan nada B, akhirnya mesej tak sampai? Mungkin aku tulis dengan nada luahan rasa, tetapi apa yang orang baca, seperti aku menulis dengan nada minta penampar?

Ya aku mengaku. Dalam-dalam aku masih angkat Tuhan paling atas dalam segala hal, aku juga melakukan dosa secara tak sengaja. Banyak. Kau, kau, kau dan kau, aku rasa pun ada. Maksum. Kita bukan maksum. Mungkin kita tak perasan. Atau perasan, tapi mata yang ada, sengaja dibutakan. Mata yang aku kata, bukan dua biji mata  yang laju pandang dengan benda yang indah. Bukan. Apa yang aku cuba sampaikan ialah, kau sengaja butakan mata hati.