Search This Blog

Showing posts with label Kisah Serius.. Show all posts
Showing posts with label Kisah Serius.. Show all posts

26 June 2014

Cari Duit Kahwin.

Satu pagi di pejabat.
 
"Woi, duit saving saja tak cukup ni!" Aku bersuara.
 
Bad yang asyik bermain-main dengan tetikus komputernya beralih pandangan ke arah aku.
 
"Apa yang tak cukup nya?" Tanya Bad.
 
"Duit kahwin lah. Saving gaji ja tak cukup ni. Kena buat duit tepi ni. Hang cukup ka?" Balas aku pada Bad. Bad di jangka melangsungkan perkahwinannya akhir tahun ini.
 
"Aku pun saving duit gaji saja tak cukup ni. Hmm. Loan lah kot."
 
Aku terdiam sebentar. Memandang ke arah luar tingkap.
 
"MBSB loan okay. Interest dalam berapa ja. Hmm. Aku kena start melabur ni. Sekarang." Kataku. Aku terus bangun dari kerusi.
 
"Elok la."
 
"Maksud aku laa ni!"
 
"Hah?"
 
"Melabur. Me-la-boq."
 
"Dajeyy! Nak pi melaboq kat bilik kecik tak payah lah bagitau aku!"
 
"Aku nak cari ilham. Huhu." Balas aku pendek.
 
*****
 
Dapatkan Novel terbaru saya, Hari Ini Kita Menang di LejenPress.com, IamLejenShop, dan toko-toko buku yang popular di seluruh Malaysia. Sokonglah aku sikit. Aku nak cari duit kahwin ni. Huhu. Gunakan hashtag #HariIniKitaMenang untuk apa-apa soalan dan pandangan untuk buku ini.
 
 
Macehhhh!
 


Sinopsis HARI INI KITA MENANG - sebuah novel karya @shfqhlmi.
 
 Bagi Adam, bola sepak adalah kehidupannya. Di saat ramai yang sudah beralih arah menonton perlawanan bola sepak Eropah yang lebih menghiburkan di kaca TV, Adam masih setia dengan pasukan kebanggaannya - Kedah FA.
 
 Pertemuan dengan satu kumpulan hooligan, Kedah Die Hard (KDH), bagaikan sebuah nyalaan api baru untuk Adam yang semakin hilang arah dengan kehidupannya sendiri. Bersama KDH dia rasa diperlukan berbanding keluarganya sendiri. Walaupun telah dinasihat berkali-kali agar meninggalkan segala aktiviti hooliganism oleh seorang gadis bernama Sara, Adam masih nekad untuk terus berjuang bersama KDH.
 
 Adam menjadi lebih serabut apabila Sara dibunuh oleh sekumpulan hooligan dari Singapura, Lions Black. Dia meletakkan segala tanggungjawab ke atas kematian Sara pada dirinya.
 
 Di antara maruah, cinta dan dendam, yang manakah paling berbaloi untuk Adam tumpahkan darahnya? Apakah darah berbaloi dibalas dengan darah?

08 November 2013

Termenung Malam.

Setelah sekian lama aku jarang termenung panjang. Dan selalunya dulu aku termenung mengenangkan sesuatu yang aku hilang. Panjang. Betapa aku rasa kenapa sering kali aku hilang. Satu macam rasa adakah aku satu jenis manusia malang?

Malam ni aku termenung panjang lagi. Aku buka tv. 8tv sibuk dengan anugerah shout award depa. Kipas kelajuan 3. Aku termenung. Bukan. Bukan kerana kehilangan. Ini adalah macam mana nak ikat mati terus benda yang aku genggam sekarang.

Dulu aku selalu bercerita mudah. Punggah segala jenis pandangan dan curah terus ke orang-orang yang baca. Betapa sebenarnya mudahnya benda ni. Tak perlu risau. Segalanya akan okay.

Nah. Harini aku yang risau. Aku tak banyak masa. Aku kena lebihkan usaha. Ini peluang. Tak tak. Bukan peluang. Ini satu macam benda yang mesti. Wajib. Aku kena tingkatkan usaha berjuta kali ganda. Dan percaya rezeki itu ada. Mudahan.

Orang kata kalau niatnya betul, rezeki untuk lengkapkan agama akan ada. Aku usahakan bahagian aku. Bahagian kau orang? Aku minta doakan aku ya?

31 December 2012

Kembali Mengayuh Roda.

Kalau kau orang perasan, aku sudah buang beratus entri lama aku dan tinggal beberapa sahaja entri di dalam blog ini. Ya, selalunya orang akan melakukan seperti ini selepas mereka putus cinta. Kononnya untuk melupakan kisah lama. Itu selalunya. Tapi orang macam aku, maksud aku, spesis yang suka menulis hal-hal apa yang berlaku, kami lebih suka menyimpan. Sekurang-kurangnya aku boleh baca di masa hadapan. Tentang kebodohan dan hal-hal yang berkenaan.

Tidak hari ini.

Aku mengambil keputusan untuk buang segala kisah-kisah lampau aku yang ada dalam blog ini. Sudah aku semat semua dalam otak untuk aku hadam untuk masa hadapan. Pada awalnya, aku nak biarkan cerpen-cerpen yang aku tulis dan buang semua kisah anak muda aku. Kisah sedih yang kalau dibaca, boleh dipijak-pijak perut kerana terlampau menagih simpati. Namun, agak susah aku nak pilih mana yang aku mahu simpan, dan yang mana aku mahu buang. Jadi aku buangkan semuanya. Termasuklah beberapa entri yang punya hit yang tinggi yang membawa kamu semua ke sini.

Maaf.

Jadi kau orang boleh mula bertanya. Mengapa? Kenapa? Jawapan aku mudah. Mungkin semua entri tersebut punya nilai yang tinggi. Tapi tak sama nilai dengan apa yang akan diberikan kepada bakal isteri aku kelak. Bagaimana dia mampu baca semua kisah cinta dan betapa aku menjadi terlalu bodoh kerana setia pada cinta yang tak pasti? Teorinya mudah. Dia akan sakit. Walaupun dia senyum membaca semuanya, dia tetap akan sakit kalau dia betul-betul memberikan perasaan kepada aku.

Tak. Tak adil untuknya.

Jadi, tak perlu lagi aku simpan semua kisah yang menyedihkan itu. Cukup. Cukup sampai sini sahaja. Sudah sampai masa aku menulis kisah baru. Menulis kisah akan datang bersamanya. Menulis kisah yang indah-indah yang mampu buat ramai orang cemburu akan kisah kami. Dan menjadikan kisah-kisah kami pedoman. InsyaAllah. Betapa dunia ini terlampau pendek untuk menjadi seorang yang menyedihkan.

Aku mula putarkan roda semula.

24 September 2012

Semua Orang Berlumba Dapatkan Benda Yang Dah Dijanjikan Ada.


Rezeki. Buat macam mana pun, bilangan rezeki itu sudah tertulis di Luh Mahfuz. Memang Dia dah cakap. memang ada untuk semua orang. Reti bersyukur atau tidak sahaja bezanya. Tak bersyukur, sebab itu tak pernah rasa cukup dan sentiasa merungut.

seorang trainer pernah cakap pada aku, "Kalau kau kejar duit, duit akan kejar kau balik. Niat kena betul. InsyaAllah ada."

Tapi...

Syurga.

Neraka.

Tiada janji oleh Dia. Kau dapat syurga atau neraka. Dia belum tetapkan. Tapi kenapa tak semua orang kejar yang belum ada kepastian kiri atau kanan?

#RemindToMyself

14 April 2012

When We Care Too Much, HARI IBU Pun Jadi Haram.

Aku baru balik dari rumah markas Prima U1. Sebuah markas aku dan kawan-kawan perantauan aku yang berhijrah ke bandar Shah Alam untuk mencari rezeki. Di sana tadi aku hanya nak lepaskan tekanan. Melepak. Gelak. Tonton rancangan televisyen bersama dan akhiri dengan bermain permainan video Playstation Fifa. Almaklumlah. Zaman kecil dulu kami main Pepsi Cola sahaja. Dah tua baru teringin nak main permainan 3D macam ni. Aku guna pasukan VFL Wolfsburg dan Valencia CF. Satu menang, satu kalah. Dalam hati aku kata, "Alah bola tu bulat. Ada kalah, ada menang."

Oleh kerana esok (baca: harini) aku ada kelas, aku paksa Kehek hantar aku balik malam ini juga. Dia berkeras sebenarnya tak mahu balik. Ya aku tahu dia penat. Tapi apa kan daya. Terpaksa. Sebab aku tumpang dia.

Siapa yang ikut laman sosial twitter aku, pasti ada perasan aku ada cerita serba sedikit tentang Kehek ni. Nama panggilan panjang dia, Kehek Meru. Seorang legendary to be di Meru, Klang. Sebab hari bekerja dia asyik membawa motor, malam minggu sahaja waktu dia untuk memandu kereta. Aku bagi peluang dia memandu ambil aku dari rumah pada awalnya.

Sampai rumah jam 3:12 pagi. Lampu dapur dah menyala. Langkah sahaja aku ke dapur, aku nampak mak sedang asyik menyusun karipap-karipap yang hendak digoreng. Untuk dijual pagi-pagi nanti di depan rumah. Bukan mak yang jual, dia cuma tumpang gerai Mak Cik Jun Nasi Lemak sahaja. "Awal mak bangun?" Aku cuba menjadi mesra. Konon nak ubah topik kerana aku balik lewat ke rumah. Mak diam. Tak balas apa-apa. Dia fokus menyusun karipap-karipap yang belum digoreng tu.

Aku buka peti sejuk. Tuang segelas air dan aku teguk cepat-cepat. Habis minum, aku letak gelas di atas meja tanpa basuh. Aku tak fikir apa, terus naik bilik. Kebiasaan agaknya, masuk bilik aku terus tekan butang 'ON' pada komputer riba yang sudah berusia hampir 6 tahun bersama aku tu. Aku pergi membuang apa yang patut di tandas dan bersiap dengan pakaian tidur.

Sebelum tidur aku selak-selak laman sosial dan email. Aku tak mahu terlepas berita-berita penting. Kononnya. Hampir semua selesai aku belek, aku mengambil keputusan untuk tidur. Kelas dalam beberapa jam lagi. Aku perlukan tidur yang cukup. Belum sempat aku halakan tetikus ke bahagian pangkah di laman sosial Facebook, aku tertarik dengan satu artikel yang dikongsi oleh seorang rakan aku.

"BEWARE! Hari Ibu ialah HARAM! Sebarkan."

Si Ibu Dan Anak Fine Art Print - Azlan Dulikab
Aku tekan artikel tu. Aku tak baca. Aku belek sekali lalu. Bla bla bla Presiden bla bla bla haram bla bla bla Mother Church bla bla bla Jesus bla bla bla. Bagi aku, bila terlampau sangat ambil kisah, semua benda pun tak boleh. Tak salah rasanya kita sambut Hari Ibu tu. Kerana ia adalah hanya Hari Ibu. Kita raikan seorang manusia yang dah lahirkan kita dan yang dah banyak berkorban untuk kita. Lainlah kalau nak bercakap mengenai Hari Kekasih atau seangkatan dengannya.

Ya, setiap hari ialah hari ibu. Ayat tipikal rakyat marhaen. Tapi tak salah juga pilih satu tarikh untuk raikannya dengan lebih spesifik? Tak perlu nak haramkan sangat. Nak susahkan fikiran. Tak puas hati tarikh tu, kita raikan tarikh pada tarikh esoknya. Lusanya? Bulan depannya mungkin? Sebenarnya tak salah pun rai pada tarikh yang sama. Sebab bagi aku, kita bukan rai persis kristian atau menyerupai (aku tak baca pun artikel tu) kaum dia. Ia hanya Hari Ibu. Salah ke bawak balik mee udang ke mak kita, letak atas meja sambil kata Selamat Hari Ibu? Menyerupai kaum kristian jugak ke buat macam tu? Hanya kerana tarikh? Haih.

Kalau nak ikut menyerupai, Hari Konvo juga patut haram. Dengan pakaian seruba bidara dan paderi. Kenapa yang alim pakai kopiah 8 semester dahi bertompok hitam tanda kuat beribadah ambil ijazah nak pakai jubah serupa paderi tak apa pula?

Apabila kita kisah sangat hal orang lain, beginilah jadinya. Kisah, tak salah. Yang salah, terlampau kisah dan masukkan hidup orang lain tu dalam hidup kita. Tuhan tahu niat asal kita. Aku rasa itu sudah memadai.

Ah! Panjang pulak aku membebel. Kahkahkah!