Kita mungkin terlalu selesa. Sedar tak sedar, hidup kita semakin keseorangan. Seorang demi seorang pergi meninggalkan kita. Baik dia pergi tak mempedulikan kita untuk memperjuangkan kepayahan hidupnya, atau dia pergi kerana dijemput Illahi.
Aku tak pasti masih ada atau tidak pembaca di blog aku ni. Jika yang telah lama ikut aku, aku mula menulis ketika umur aku belum mencecah 20-an. Cuma, err, beberapa tahun lagi aku akan membuka tingkap umur 40. Begitu pantas masa berlalu bukan?
Beberapa minggu lepas, aku menghadiri kematian seorang figura yang memberi kesan semasa hidupku di sekolah - cikgu sejarah aku. Tidak perlulah aku menyebut namanya. Bagi yang tidak tahu, aku ni dimasukkan ke sekolah berasrama ketika umur aku 13 tahun. Sepanjang 5 tahun di asrama, aku lebih banyak menghabiskan masa bersama guru serta warden berbanding ibu bapa sendiri selama setahun.
Ketika menghadiri kematian tersebut, terlihat rakan-rakan guru kepada cikgu tersebut turut sama hadir. Raut wajah mereka tidak berubah, cuma sedikit tambahan kedut ni muka.
"Assalamualaikum Ustaz."
Guru Agama Islam aku, tubuhnya masih steady. Dia pun tak sangka yang sudah 20 tahun aku meninggalkan sekolah.
Setalah berumur 30 an ini, baru kita tahu betapa mahalnya kesihatan. Aku tak tahu kenapa menjaga kesihatan itu adalah lebih susah dari menjawab peperiksaan SPM. Aku rasa aku ni jenis munafik kesihatan. Semua orang tahu, buat ini apa akibatnya, tinggalkan ini apa kelebihannya. Tapi kita tetap lakukan sesuautu yang mendera tubuh badan sendiri dan sering memberi alasan.
Aku sedar, kesihatan seorang lelaki ini adalah sebuah kewajiban. Aku ada sebuah keluarga yang perlu aku perjuangkan. Masalah terbesar ialah istiqamah. Cuba gagal, cuba gagal, cuba gagal.
Akhirnya masih kekal.
..........
Sejak dah lama tak menulis, aku dah kurang reti nak tutup posting.
No comments:
Post a Comment