Search This Blog

Showing posts with label Kisah Otak.. Show all posts
Showing posts with label Kisah Otak.. Show all posts

02 December 2015

Rembulan Tenggelam di Wajahmu.

"Masalahnya kau tidak seharusnya jahat Ray. Kau tidak seharusnya menjalani masa-masa gelap dengan alasan hidup ini tidak adil. Kau tidak seharusnya menyalahkan orang yang membuatkan kehidupanmu buruk, lantas mencari alasan-alasan."

"Kalau hidup ini adil, mengapa mereka dibiarkan Tuhan? Kau tahu apa samseng itu lakukan pada Ilham dan lukisannya? Natan? Tidak dapat lagi bermain muzik?"

"Kau tak boleh menyalahkan orang lain dalam urusan ini, apalagi menyalahkan Tuhan, Ray. Bahkan orang terpilih juga terkadang lalai mengenali bentuk keadilan itu kerana kita selalu berusaha mengenalinya dari sisi yang nampak di mata. 

"Di mata kasar kau tahu Ilham gagal mengikuti pameran besar itu. Kau salahkan samseng-samseng itu. Salahkan langit kerana membiarkan orang jahat itu. Kata siapa Ilham gagal? Tanpa merosakkan lukisan itu sekalipun, Ilham masih tidak layak mengikuti pameran itu. Kenapa? Kerana kalian terlampau melebih-lebih kebolehannya. Lukisan itu biasa-biasa sahaja. Kalau diserah kepada kurator pasti mereka tidak akan mempercayai bakat Ilham yang digembar-gemburkan oleh Bang Ape lagi. 

Selama sepuluh tahun selepas itu, dia belajar cara membuat lukisan lebih baik. Belajar merendah hati. Memutus untuk tidak menulis nama pada setiap lukisannya. Hasilnya, dia menjadi pelukis yang baik Ray! Adakah hidup ini tidak adil bagi Ilham?"

"Natan membenci ayahnya kerana tega meninggalkan mereka sekeluarga. Dia nekad untuk menjadi orang yang boleh mencairkan hati manusia yang keras. Kau tahu bagaimana? Menjadi penyanyi adalah salah satunya. Dia mendapat kesempatan lain Ray. Dia menjadi penggubah lagu terkenal! Ratusan lagunya mengajak manusia berbuat baik. Dengan lumpuh, kehilangan suara, itu justeru dia mendapat kekuatan luar biasa untuk menulis lagu. Adakah hidup ini tidak adil bagi Natan?"

"Kehidupan ini selalu adil. Keadilan langit mengambil berbagai-bagai bentuk. Meski tidak semua bentuk itu kita kenali tetapi adakah dengan tidak mengenalinya kita boleh berani-beraninya menuduh Tuhan itu tidak adil? Hidup tidak adil? Ah, urusan ini terlanjur sulit bagimu, kerana kau selalu keras kepala."

potongan rangkap di dalam novel nukilanTere-Liye, 'Rembulan Tenggelam di Wajahmu'.



*****

Buku ini telah aku hadiahkan kepada seorang sahabat rapat (yang kini tidak berapa rapat mungkin kerana kekangan masa dan ruang). Ayat di atas, walaupun hanya beberapa rangkap, ia tidak gagal untuk membuatku termenung meneliti setiap jarak masa yang telah tersisa dalam hidupku.


Kau tidak seharusnya menyalahkan orang yang membuatkan kehidupanmu buruk, lantas mencari alasan-alasan. Kan?




22 April 2015

Tangan Gatal Menulis.

AsSalam. Hi.

Kenapa aku mula aktif dalam menulis blog? Selepas setahun dua menyepi sebulan satu entri suddenly tangan jadi gatai balik menaip entri dalam blog. Yeah aku pun tak tau. Aku tak rasa ada orang baca blog ni macam dulu. Dulu aku lah raja. Satu entri boleh hits sampai seminggu. Komen berpuluh. Share di dalam facebook berbelas. Mungkin tu penolak aku untuk menulis lagi dan lagi.

Aku rasa aku lebih menjadi diri sendiri dalam menulis di dalam blog. Ya lah, dalam dunia serba moden dan pantas ni, semua orang lebih prefer media social untuk melepaskan perasaan diorang. As in, facebook dan twitter. But then, kadang kala benda tu buat kau fake. Maybe ada orang share benda bagus, dalam erti kata nak menyedarkan orang lain atau sekadar nak bagi orang lain tengok jugak video best yang dia jumpa. Tapi ada jugak yang nak ikut apa yang in waktu ni. Entah susah nak cerita. Lain orang lain pandangan.

Tapi aku memang dah tak boleh share benda dalam media sosial sangat. Rasa sangat diperhati dan dinilai. Been watched and been judged. So some people yang tak mahu been over judged, dia akan share apa yang dia rasa 'in' dengan kawan-kawan dia.

Tu belum Twitter. Facebook okay lagi lah. Tapi twitter lagi ramai orang kejar something. Populariti kot? Racing about the numbers. Entah. Ada kawan aku, kenal in person, kat luar baik jalan tunduk depan orang tua tapi dalam media social dia cuba untuk jadi bad boy. Share something yang ridiculously not him. Or it is the inner side of him yang nak jadi badboy?

Tapi for real, media social ni memang fun. Seriously fun. Kau boleh cakap apa sahaja. No limit. Mungkin sebab terlampau fun yang aku rasa boring.

Tu belum cerita data yang disimpan FBI, CIA, KGB dan lain-lain spy melalui media sosial.

kah!

Sebab kedua aku rajin menulis dalam blog balik? Sebab aku nak asah dan latih diri aku how it used to be when writing is fun. 2015 aku hanya mampu keluar buku antologi. Akan mula dipasarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur mula 24 April 2015 sehingga 3 Mei 2015. Tajuknya Roadtrip keluaran Lejen Press. Beli lah. Aku rasa tu satu tulisan aku yang aku rasa puas hati jugak bila baca balik.



okdahbai.

31 October 2014

Kehidupan Sehingga Oktober 2014.

  1. Kenapa 2015? 2015 is a very great year, InsyaAllah. I'm getting married next year.
  2. Baru aku tahu susah payah nak setup family sendiri. Senang lagi nak format komputer, obviously.
  3. Kerja okay-okay sahaja. But, no time to stop thinking about making side income.
  4. Sejak duduk Manjung, i got more time for myself sebab sini takde entertaiment dari segi kawan-kawan ajak melepak hari-hari.
  5. Kalau ada pun yang ajak seminggu sekali aku join sebab every fucking cent count. Masuk tabung membina family.
  6. Aku harap aku tak perlu sampai kena jual semua barang muzik aku. Kalau jual, tiga pat ribu dah confirm. Tapi aku takmau! Asset tu!
  7. Lelaki, masa belajar jangan jadi macam aku, jiwang tak tentu hala nak makwe nak bercinta macam monyet tapi takde action untuk future wife kau - simpan lah sikit-sikit nanti senang.
  8. Aku tak membantah duit hantaran. Kenapa? Bukan menyusahkan, tapi lelaki perlu rasa susah sikit nak setup family. Tapi janganlah sampai membebankan.
  9. Logiknya, benda mudah dapat ni, manusia tak berapa nak hargai. Benda yang bersusah payah ni buat kau ingat sikit. 
  10. Lagipun apa yang aku buat ni boleh continue untuk memastikan ekonomi keluarga yang mantop! Tak semestinya untuk kahwin saja.
  11. Cut! Cut! Cut! Semua benda yang tak perlu, kena cut. Korban tu woi!
  12. Dari poin 1 sehingga poin 12 ialah pasal aku nak kahwin. Hahaha.
  13. Muzik? Aku dah tak jamming untuk satu jangka masa yang lama. Love to comeback dalam dunia muzik.
  14. Writings? Yeah, tiap hari aku menulis. November dapat feedback yang sangat power. Hari Ini Kita Menang so-so, tapi aku yakin akan melonjak. Rezeki tak mungkin tersalah alamat!
  15. Sekarang aku dengan Alexia Aqram sekali lagi menggila dengan projek baru kami, novel. InsyaAllah. Entah bila siap taktau.
  16. Apa lagi kau nak tau?
  17. Konklusi, aku punya hidup yang power sekarang ni. Masalah ada, tapi yeah, Tuhan tolong apa?

Enjoy life! Asyik mengomel pasal life tapi kau tak buat apa-apa untuk enjoy life tu, buat mende? Mengomel pasal rezeki? Rezeki tu subjektif. Dan dia tak pernah salah alamat. Dia akan sampai bila dia nak sampai. Percaya.

Enjoy life tak semestinya kena ada duit. Semuanya sudah diatur. Percaya dan terus gerak!

06 August 2013

Lelaki dan Perempuan - Analisa Shopping Ramdhon Penulis Sahaja.



Aku ada buat analisa Ramadhan. Tentang cara dua kelompok manusia bershopping. Tapi analisa ni bukan hanya untuk Ramadhan. Dia valid 365 hari setahun. Kelompok lelaki dan perempuan. 

Dua minggu lepas aku dan rakan sekerja aku pergi Ipoh untuk shopping. Dari Lumut, tempat aku bekerja. Perjalanan ambil masa sejam lebih sikit. Dan tadi pula aku pergi shopping untuk diri sendiri. Seorang diri. Shopping raya lah kononnya. Apa aku dapat lihat?
  1. Perempuan tak ada teknik scan and touch. Itu satu teknik yang sangat unik ada pada para lelaki. Macam mana teknik tu? Lelaki tak perlu masuk atau singgah pada semuaaaaaa kedai yang ada dalam satu shopping complex tu. Lelaki ada satu macam pakai cermin mata ajaib pada mata mereka. Mereka hanya perlu berjalan dan scan semua baju yang ada. Dari luar kedai diorang dah boleh scan. Hanya jalan. Dan bila ada tertarik, mereka akan berhenti, masuk, pegang. Apa yang mereka pegang? Ya. Mereka pegang tag harga.
  2. Perempuan ialah jenis bijak berbelanja. Berbeza dengan lelaki, mereka berkemungkinan akan masuk dalam kedai yang sama sepuluh kali untuk membuat perbandingan dengan kedai yang lain yang menjual barang yang hampir sama. Mereka selalunya akan pergi shopping dengan kawan-kawan atau ahli keluarga perempuan yang lain. Mereka akan tanya pendapat. Sampai pasti. Sehinggakan mereka sanggup telefon orang yang kononnya lebih arif tentang barang itu. Ya. Barang yang mereka beli lebih berbaloi. Lelaki? Nampak. Pergi kedai lebih kurang. Patah balik. Banding harga. Beli. Ya kebanyakan lelaki hanya tahu banding harga. Kebanyakan.
  3. Lelaki ada kuasa macam superhero The Flash. Mampu pergi dua tiga tempat dalam satu masa. Macam mana benda ni boleh berlaku? Ya. Disebabkan mereka ada kuasa scan yang hebat, mereka tak perlu duduk satu shopping complex tu lama-lama kalau dah takda yang berminat. Mungkin dalam masa sejam dua, mereka mampu pergi ke dua tiga shopping complex berasingan. Perempuan? Masih bijak berbelanja. Mereka perlu fokus! Tu yang lama.
  4. Kualiti atas jenama. Ya perempuan pilih kualiti. Dan mereka arif tentang itu. Tak kira walaupun tu brand cikai. Tapi kalau ada kualiti, sambar ajaa! Lelaki? Bagi lelaki, kualiti ada pada jenama. Jenama jual kualiti. Sebab tu juga lelaki tak masuk semua kedai. Dia masuk kedai yang dia rasa ada kualiti pada jenama. Padahal dua-dua made in China!
  5. Selain daripada perempuan bijak berbelanja, kerana mereka perlu memastikan barang yang mereka beli tu betul-betul berbaloi, lelaki juga ada sifat bijak berbelanja tapi dari sudut yang lain. Sudut apa? Macam ni. Kebanyakan lelaki akan allocate berapa meraka akan belanja untuk haritu. Ambil contoh RM300. Macam mana pun mereka akan fit dengan RM300 tu kalau belanja. Kalau lebih pun mungkin sepuluh dua puluh ringgit. Perempuan? Masih memilih untuk beli barangan yang berkualiti dan berbaloi dan harga letak ditangga seterusnya.
  6. Disebabkan poin 5 di atas, kebanyakan barang perempuan tahan lama dan mereka boleh jual balik di blog mereka! Lelaki? Yang dah nak uzur tu lah nak packing bagi anak yatim. Kalau nak bagi yang cantik pun, tunggu dah gemuk tak muat dah baju seluar tu. Sebab nak jual dah tak berapa nak laku.
Jadi atas semua ni, aku nak ucap,

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN!

untuk pembaca tegar blog uzur ni.

18 July 2013

Aku, Kau dan Masa Depan.

Susah nak jangka masa depan. Kita terlampau banyak menjangka masa depan. Terlampau berharap keajaiban. Langsung tak reti nak terima kenyataan.

Lalu sakit.

Semua orang mahu yang indah-indah. Walhal yang indah itu mimpi. Mimpi yang tak sempurna. Mimpi separa sedar. Antara realiti dan imaginasi. Sepatutnya ada satu garisan pemisah antara dua tadi. Kalau tidak kita terlampau berharap.

Realiti ada ego sendiri. Dia tak mudah nak tunduk dengan imaginasi.

Dan hal kau. Aku harap, keajaiban tu ada untuk kau. Agar kita manusia manusia biasa bisa terus senyum. Biar malam gelap. Biar tiada cahaya. Dan dalam kegelapan itu kita dua masih senyum. Tahu erti syukur.
Hantu juga takut masa depan. Aku takut. Kau?

Uploaded this using my Samsung Google Galaxy Nexus.

14 April 2012

When We Care Too Much, HARI IBU Pun Jadi Haram.

Aku baru balik dari rumah markas Prima U1. Sebuah markas aku dan kawan-kawan perantauan aku yang berhijrah ke bandar Shah Alam untuk mencari rezeki. Di sana tadi aku hanya nak lepaskan tekanan. Melepak. Gelak. Tonton rancangan televisyen bersama dan akhiri dengan bermain permainan video Playstation Fifa. Almaklumlah. Zaman kecil dulu kami main Pepsi Cola sahaja. Dah tua baru teringin nak main permainan 3D macam ni. Aku guna pasukan VFL Wolfsburg dan Valencia CF. Satu menang, satu kalah. Dalam hati aku kata, "Alah bola tu bulat. Ada kalah, ada menang."

Oleh kerana esok (baca: harini) aku ada kelas, aku paksa Kehek hantar aku balik malam ini juga. Dia berkeras sebenarnya tak mahu balik. Ya aku tahu dia penat. Tapi apa kan daya. Terpaksa. Sebab aku tumpang dia.

Siapa yang ikut laman sosial twitter aku, pasti ada perasan aku ada cerita serba sedikit tentang Kehek ni. Nama panggilan panjang dia, Kehek Meru. Seorang legendary to be di Meru, Klang. Sebab hari bekerja dia asyik membawa motor, malam minggu sahaja waktu dia untuk memandu kereta. Aku bagi peluang dia memandu ambil aku dari rumah pada awalnya.

Sampai rumah jam 3:12 pagi. Lampu dapur dah menyala. Langkah sahaja aku ke dapur, aku nampak mak sedang asyik menyusun karipap-karipap yang hendak digoreng. Untuk dijual pagi-pagi nanti di depan rumah. Bukan mak yang jual, dia cuma tumpang gerai Mak Cik Jun Nasi Lemak sahaja. "Awal mak bangun?" Aku cuba menjadi mesra. Konon nak ubah topik kerana aku balik lewat ke rumah. Mak diam. Tak balas apa-apa. Dia fokus menyusun karipap-karipap yang belum digoreng tu.

Aku buka peti sejuk. Tuang segelas air dan aku teguk cepat-cepat. Habis minum, aku letak gelas di atas meja tanpa basuh. Aku tak fikir apa, terus naik bilik. Kebiasaan agaknya, masuk bilik aku terus tekan butang 'ON' pada komputer riba yang sudah berusia hampir 6 tahun bersama aku tu. Aku pergi membuang apa yang patut di tandas dan bersiap dengan pakaian tidur.

Sebelum tidur aku selak-selak laman sosial dan email. Aku tak mahu terlepas berita-berita penting. Kononnya. Hampir semua selesai aku belek, aku mengambil keputusan untuk tidur. Kelas dalam beberapa jam lagi. Aku perlukan tidur yang cukup. Belum sempat aku halakan tetikus ke bahagian pangkah di laman sosial Facebook, aku tertarik dengan satu artikel yang dikongsi oleh seorang rakan aku.

"BEWARE! Hari Ibu ialah HARAM! Sebarkan."

Si Ibu Dan Anak Fine Art Print - Azlan Dulikab
Aku tekan artikel tu. Aku tak baca. Aku belek sekali lalu. Bla bla bla Presiden bla bla bla haram bla bla bla Mother Church bla bla bla Jesus bla bla bla. Bagi aku, bila terlampau sangat ambil kisah, semua benda pun tak boleh. Tak salah rasanya kita sambut Hari Ibu tu. Kerana ia adalah hanya Hari Ibu. Kita raikan seorang manusia yang dah lahirkan kita dan yang dah banyak berkorban untuk kita. Lainlah kalau nak bercakap mengenai Hari Kekasih atau seangkatan dengannya.

Ya, setiap hari ialah hari ibu. Ayat tipikal rakyat marhaen. Tapi tak salah juga pilih satu tarikh untuk raikannya dengan lebih spesifik? Tak perlu nak haramkan sangat. Nak susahkan fikiran. Tak puas hati tarikh tu, kita raikan tarikh pada tarikh esoknya. Lusanya? Bulan depannya mungkin? Sebenarnya tak salah pun rai pada tarikh yang sama. Sebab bagi aku, kita bukan rai persis kristian atau menyerupai (aku tak baca pun artikel tu) kaum dia. Ia hanya Hari Ibu. Salah ke bawak balik mee udang ke mak kita, letak atas meja sambil kata Selamat Hari Ibu? Menyerupai kaum kristian jugak ke buat macam tu? Hanya kerana tarikh? Haih.

Kalau nak ikut menyerupai, Hari Konvo juga patut haram. Dengan pakaian seruba bidara dan paderi. Kenapa yang alim pakai kopiah 8 semester dahi bertompok hitam tanda kuat beribadah ambil ijazah nak pakai jubah serupa paderi tak apa pula?

Apabila kita kisah sangat hal orang lain, beginilah jadinya. Kisah, tak salah. Yang salah, terlampau kisah dan masukkan hidup orang lain tu dalam hidup kita. Tuhan tahu niat asal kita. Aku rasa itu sudah memadai.

Ah! Panjang pulak aku membebel. Kahkahkah!

13 January 2012

Rasa.

Aku buka post baru. Aku tenung lama komputer riba nazak ni. Cuba susun ayat yang sesuai untuk aku garabkan yang boleh menggambarkan apa yang aku rasa. Alunan melodi kipas ke kiri, pusing ke kanan, selang seli dengan bunyian cengkerik belakang rumah aku menyerikan pagi aku jam 3:09 ini. 

Aku sebenarnya tak gemar mana rasa ni. Aku cuba nak kupas, sebenarnya kenapa rasa ni masih wujud. Apa yang aku takutkan, kupasan aku nanti boleh disalah tafsir oleh insan lain. Pernah dengar mesej yang tak sampai? Bila manusia A menulis benda di sekeping kertas dengan nada A, dan manusia B membaca tulisan tu dengan nada B, akhirnya mesej tak sampai? Mungkin aku tulis dengan nada luahan rasa, tetapi apa yang orang baca, seperti aku menulis dengan nada minta penampar?

Ya aku mengaku. Dalam-dalam aku masih angkat Tuhan paling atas dalam segala hal, aku juga melakukan dosa secara tak sengaja. Banyak. Kau, kau, kau dan kau, aku rasa pun ada. Maksum. Kita bukan maksum. Mungkin kita tak perasan. Atau perasan, tapi mata yang ada, sengaja dibutakan. Mata yang aku kata, bukan dua biji mata  yang laju pandang dengan benda yang indah. Bukan. Apa yang aku cuba sampaikan ialah, kau sengaja butakan mata hati.