Search This Blog

Showing posts with label Kisah Kongsi.. Show all posts
Showing posts with label Kisah Kongsi.. Show all posts

23 December 2015

Hidup Memang Roda.

Esok Maulud Nabi (Solallahu Wasalam). Sepatutnya cuti. But not for me. I have to work extra time (I don't call it over time because I did not work over it. Hanya extra). Just for couple of hours then shoot terus ke Taiping, rumah Opah.

Mak, Abah dan adik ada di Penang. Untuk kenduri one of my cousin. Antara cousin paling rapat. Tak sangka how fast time flies. I still remember those time yang kami main masak megi guna pemadam megi yang dapat free with a real fire. Main bola sepak terus masuk sungai. Naik basikal mak cik kirim ais ketul, pergi berejam. Mana tak nya singgah makan ais krim dulu. Still remember kayuh basikal tepi sawah then terjunam masuk tali air.

Now semua dah ada family masing-masing. Those stories should be told to our kids nanti. Wajib.

Semasa aku menaip ni, aku baru sahaja selesai mengemas bilik kedua rumah aku. Second room ni literally adalah bilik aku menghumban segala barang muzik dan kawasan aku menulis. Kena kemas sikit sebab mak abah kalau dah ada utara bila-bila masa depa boleh singgah rumah aku dekat Manjung ni. Bilik ada 3. Satu dah kami duduk. Third room dah jadi store.

But, that's life. And I thanked Allah for it. Abah sekarang sibuk dengan projek MRT dia. Kalau dia cuti Isnin boleh lah singgah.

Sekali lagi aku nak guna ayat 'I still remember'. Ya lah mana tak nya. Dulu mak yang ligan aku kemas bilik sebab ada cousin or sesiapa nak datang. Now aku kemas rumah untuk dia datang. Life kan? Haha.

Okay lah. Got to go.

02 December 2015

Rembulan Tenggelam di Wajahmu.

"Masalahnya kau tidak seharusnya jahat Ray. Kau tidak seharusnya menjalani masa-masa gelap dengan alasan hidup ini tidak adil. Kau tidak seharusnya menyalahkan orang yang membuatkan kehidupanmu buruk, lantas mencari alasan-alasan."

"Kalau hidup ini adil, mengapa mereka dibiarkan Tuhan? Kau tahu apa samseng itu lakukan pada Ilham dan lukisannya? Natan? Tidak dapat lagi bermain muzik?"

"Kau tak boleh menyalahkan orang lain dalam urusan ini, apalagi menyalahkan Tuhan, Ray. Bahkan orang terpilih juga terkadang lalai mengenali bentuk keadilan itu kerana kita selalu berusaha mengenalinya dari sisi yang nampak di mata. 

"Di mata kasar kau tahu Ilham gagal mengikuti pameran besar itu. Kau salahkan samseng-samseng itu. Salahkan langit kerana membiarkan orang jahat itu. Kata siapa Ilham gagal? Tanpa merosakkan lukisan itu sekalipun, Ilham masih tidak layak mengikuti pameran itu. Kenapa? Kerana kalian terlampau melebih-lebih kebolehannya. Lukisan itu biasa-biasa sahaja. Kalau diserah kepada kurator pasti mereka tidak akan mempercayai bakat Ilham yang digembar-gemburkan oleh Bang Ape lagi. 

Selama sepuluh tahun selepas itu, dia belajar cara membuat lukisan lebih baik. Belajar merendah hati. Memutus untuk tidak menulis nama pada setiap lukisannya. Hasilnya, dia menjadi pelukis yang baik Ray! Adakah hidup ini tidak adil bagi Ilham?"

"Natan membenci ayahnya kerana tega meninggalkan mereka sekeluarga. Dia nekad untuk menjadi orang yang boleh mencairkan hati manusia yang keras. Kau tahu bagaimana? Menjadi penyanyi adalah salah satunya. Dia mendapat kesempatan lain Ray. Dia menjadi penggubah lagu terkenal! Ratusan lagunya mengajak manusia berbuat baik. Dengan lumpuh, kehilangan suara, itu justeru dia mendapat kekuatan luar biasa untuk menulis lagu. Adakah hidup ini tidak adil bagi Natan?"

"Kehidupan ini selalu adil. Keadilan langit mengambil berbagai-bagai bentuk. Meski tidak semua bentuk itu kita kenali tetapi adakah dengan tidak mengenalinya kita boleh berani-beraninya menuduh Tuhan itu tidak adil? Hidup tidak adil? Ah, urusan ini terlanjur sulit bagimu, kerana kau selalu keras kepala."

potongan rangkap di dalam novel nukilanTere-Liye, 'Rembulan Tenggelam di Wajahmu'.



*****

Buku ini telah aku hadiahkan kepada seorang sahabat rapat (yang kini tidak berapa rapat mungkin kerana kekangan masa dan ruang). Ayat di atas, walaupun hanya beberapa rangkap, ia tidak gagal untuk membuatku termenung meneliti setiap jarak masa yang telah tersisa dalam hidupku.


Kau tidak seharusnya menyalahkan orang yang membuatkan kehidupanmu buruk, lantas mencari alasan-alasan. Kan?




06 April 2015

Pintu-pintu Duniawi dan Akhirawi.

Kita selalu merungut, kenapa selalu sangat asyik kita je dapat susah. Orang lain meniaga senang untung. Orang lain belajar senang skor. Kita pulun takat mana pun dok tang tu juga. Orang lain pergi bersenang luar negara tak perlu susah. Kita simpan duit pun akhirnya mengalir juga. Kalau tak tayar kereta bocor, kena pula bayar telefon rosak. Haih.

Situasi ni aku rasa semua orang pernah rasa. Cara kau nak overcome the problem je lainnya. Aku pun selalu merungut. But in the end, aku hadap juga sambil berharap ada benda yang best dan lagi besar Tuhan nak kasi dekat aku. Sebab benda ni memang macam tu pun. Mat Saleh panggil karma. Muslim panggil Qada’ dan Qadar.

Lepastu boleh pulak orang nak counter. Kalau dah ini jalan aku, buat apa aku nak usaha? Allah dah susun aku jadi jahat. Haha. Susah aku nak jawab soalan macam tu. Berbalik pada ayat Al-quran yang berbunyi lebih kurang,

“Tidak akan Allah ubah nasib satu-satu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.”

Bagi aku Tuhan ni flexible. Kalau ceritanya kau jahat, tapi kau nak berubah, nak ke syurga, takkan Allah nak biarkan hambanya berusaha dan sujud tanpa apa-apa balasan setimpal? Ingat balik cerita pelacur ke syurga? Pucuk pangkalnya niat dan hati kau. Dia kan Maha Adil?

Berbalik kepada cerita atas tadi. Benda pertama, kau tanya balik dekat diri kau. Suruhan dia kau buat dak? Kalau ada rezeki, kau beri dekat mak bapak dak? Kalau ada rezeki lebih, kau menderma atau berzakat tak? Zakat ni flexible. Kau nak bagi berapa pun tak apa. Lepas dah tolak kos-kos lain, baki tu kau hanya ambil 2.5% sahaja. Kalau baki gaji kau RM500 sebulan, zakat pendapatan bulanan hanya RM12.50.

Bukan untuk apa, semoga gaji yang kita dapat tu berkat dan menjadi rezeki kita. InsyaAllah. Sebab gaji kita dapat tu belum tentu rezeki kita. Boleh jadi rezeki tukang baik kereta kalau kereta kau rosak. Boleh jadi rezeki tukang baiki handphone.

Seterusnya, yang penting niat. Tuhan ni semua dia kira niat ja. Takdan buat baik lagi hang dah niat, hang dapat dah sikit point. Contohnya kau berniaga untuk apa? Kau nak keluar negara untuk apa? Untuk lebih menghargai ciptaan alam Dia? Untuk lebih dekat dengan Dia?

Dan ingatlah, setiap orang yang berjaya itu ada dugaannya sendiri.

*****

Aku sekarang ni tengah cuba mengamal doa pembuka 12 pintu. Wani yang bagi aku. Suruh aku amalkan. Aku tak tahu doa tu dari mana. Tapi lepas baca maknanya, tak ada salah pun. Kita meminta pada Maha Pencipta untuk membuka pintu duniawi dan akhirat. Memberi jalan.  Dan Alhamdulillah, aku nampak kesannya.






Boleh cuba.

p/s: Benda paling liat aku nak buat sekarang ni Solat Dhuha. Padahal dah tau banyak kebaikan. Aigooo!

01 March 2015

Pecah Cermin. Repair Cermin.

Nak dipendekkan cerita, kereta aku dipecah minggu lepas. Semua suddenly je. Aku melepak mamak selang dua tiga buah kereta je. Dengan tak perasan apa, bila nak balik, tengok-tengok kereta aku dah tak ada cermin. Fakap kan? Sekeping cermin tu tak ada. 

Pada awalnya aku ingat cermin jatuh dalam pintu (sebab kadang-kadang holder dia patah or bengkok dia boleh jatuh), so aku terus lah drive nak balik dengan gembira sambil fikir duit nak repair cermin rosak. 

Aku dah tak fikir apa. Terus call Wani. Saja nak kabor, duit aku kena keluar lagi nak repair cermin. Tapi dia yang risau lebih. Aku dengan drive tak ada cermin dekat belakang, bila-bila masa je orang boleh bawak masuk dadah ke molotov ke dalam kereta aku, aku buat lek je. Tapi Wani risau bukan main. Dia suruh aku drive je. Jangan berhenti check ke apa.

Sampai traffic light, aku gagau-gagau belakang nak amik benda dalam beg, tapi beg dah tak ada! Shit! Terus aku kelam kabut. Aku check lagi apa yang missing. Beg telekung Wani pun dia ambil. Check lagi, gitar kecik aku pun dia ambil. Aku fikir passport aku ja dalam beg aku tu.

Sampai rumah, aku check stok kasut aku yang aku buat meniaga tu. Sebab aku baru je amik dari Skull Beats Store stok dia. Tengok-tengok 3 pasang missing. Baru aku ingat kenapa cermin aku tak ada. Sebab tinted. So dia pecah tak berkecai. Dia terpaksa remove sekeping cermin lah nak gagau masuk tangan.

Esok pagi bangun-bangun je terus aku buat report lah. Ye lah passport ni bukan boleh buat main. Dia macam harta kerajaan. Orang boleh jual passport dengan value RM80,000 tau! Sebab passport kita powerful. Tak payah pakai visa ke banyak negara. Engko dah hilangkan tak kira la curi ke apa, menjawab la dengan macam-macam bahagian. Termasuk Special Branch (macam FBI lah depa ni).

Lepas buat report, aku bergegas nak pergi hantar borang kebenaran bernikah. Ni pun payah jugak sehari baru settle. Dalam dok pening kepala pasal borang nikah kat Pejabat Agama Islam Daerah dekat depan Masjid Shah Alam tu, Wani call aku. Aku cuti haritu. Wani ada kat office Lumut. Dia kata ada orang call dia cakap beg aku ada kat stesen minyak Petron Bandar Sri Damansara. Aku terus bergegas ke sana. Alhamdulillah semua benda ada. Termasuk passport. Cuma gitar dengan 3 pasang kasut tu je takde. Bagus jugak la pencuri ni. Aku anggap je kasut tu macam aku bayar zakat perniagaan. Worth RM200 jugak 3 pasang tu.

Dah dapat balik passport kena la menjawab dengan polis balik. 

Lepas selesai semua, aku nak repair cermin. Tapi kedai semua tutup raya cina. Fuh! Dugaan betul. So sebelum balik Manjung tampal cermin dengan plastik baik-baik, 3 jam tau nak drive dengan plastik tu (alhamdulillah semua OK haritu sampai ke Manjung).

Aku terus pergi balik balai. Nak cakap diorang dah pulangkan passport. IPD Shah Alam kata tak payah cancel report sebab kes masih jalan. So aku proceed je.

Cool dak kereta aku? Macam MYVI rally. 

Seminggu jugak lah aku park kereta aku dekat rumah Wani. Aku bawak lah kereta Wani ke kerja. Aku kalau dekat Lumut, Manjung, Sitiawan ni memang aku tau sangat kedai cermin yang trusted. Aku baca review pun cun. Satu Malaysia diorang ada kedai diorang. Kedai Dr Cermin (http://drcermin.com/)

Kedai dia satu Malaysia ada. Kalau ada masalah cermin, tak kira lah apa pun, try lah dapatkan consultation diorang.

Yang ni Dr Cermin Sitiawan

Sampai-sampai je dia terus suruh masuh dalam. Aku keluar je, dia terus cakap stok ada. Harga RM150 siap pasang. Tu harga standard. Nasib baik aku tau sebab aku dah study dulu. Hekhekhek.

Bumblebee aku masuk bengkel.

Banyak stok cemin dia. Cermin mata agak-agak ada ke dak? Ok hambar.

Dibedah. Memang takde kesan langsung cermin yang hilang tu. Ada serpihan kecik je.

Siap dah!

Memang tip top kerja Dr Cermin ni. Cermin original lagi. Dalam 30 minit siap pasang bayar boleh jalan balik. Aku bangga menjadi warga Malaysia yang cekap sebab yang pasang semua Malaysian. Chinese ada, Melayu ada, Indian ada. Tapi yang pasang cermin aku ni, Melayu. Cekap betul dia pasang.

Lepas siap pasang, dia siap tolong vakum lagi serpihan dalam kereta tu. Top!


Dah repair, hantar basuh kereta.

Aku jarang basuh dengan mesin ni. Takut calor.

Kedai basuh kereta ni kat sebelah je. Taram lah. Dah busuk sangat aku tengok Bumblebee aku ni. Rm6 je termasuk basuh tayar.

So, nasihat aku. Janganlah tinggalkan beg dalam kereta. Even beg kosong. Sebab pencuri ni bukan tau apa. Dia nampak beg je, dia pecahkan lah. Kalau tak ada barang hilang pun, nak kena repair cermin tu. 

Ni Wani bagi semalam,



Ada lagi peniaga IG yang keretanya di pecah. Ha macam tu lah gaya kalau pecah ada tinted.

So berhati-hatilah warga Malaysia!


Reality, infinity
All the pieces here
Athletic shoes, Chocolate mousse
Cellular phone in his room
You will see one day, I'm here to stay
Hold your hand to me
We'll find a way

Lightning streaks, teary bliss
Slicking on the grease
With company you will see
What this all is meant to be
You will see one day, I'm here to stay
Hold your hand to me
We'll find a way

[Chorus:]
Close your eyes, snip your lashes
They fall within the ashes
The frosty old feeling, will melt oh so painlessly
Close your eyes, kill the darkness
The shears are in the closet
The muses they pray loud
For your listless journey to me

Innocence, garlands burn
All the memories
Transparencies, you will see
What this is meant to be
You will see one day
I'm here to stay, hold your hand to me
We'll find a way

Close your eyes, snip your lashes
They fall within the ashes
The frosty old feeling, will melt oh so painlessly
Close your eyes, kill the darkness
The shears are in the closet
The muses they pray loud
For your listless journey to me

Reality, infinity
All the pieces here
Athletic shoes, chocolate mousse
Cellular phone in his room

p/s: Saja nak layan lagu zaman dulu-dulu. Siapa tau lagu ni?

30 September 2012

Iman Bukan Binari, Iman Adalah Degree.


Iman bukan angka binari. Angka yang boleh kau tukar 1 kepada 0 dan 0 kepada satu pada dua jangka masa berbeza. Harini kau ada kepercayaan. Esok kau hilang semuanya. Iman bukan seperti itu. Jika iman adalah binari, adakah iman kamu 11110010100111? Atau 111111111111110? Iman bukan angka binari. Iman bukan binari.

Iman ialah seperti angka degree. Harini 50 darjah iman. Esok 51 darjah. Pergi ke ceramah naik 340 darjah. Mana tahu hilang sedikit iman kerana marahkan Tuhan doa tak dimakbulkan, terus ditolak iman kepada 20 darjah sahaja.

Kerana aku yakin, pada setiap-setiap kita, kita masih ada IMAN walau secebis kuman, yang masih percaya. Sebangsat mana orang itu, aku yakin masih ada. Tidak mungkin iman itu 1010101100 tetapi lebih kepada  30 darjah, 55 darjah, 43 darjah. Kerana tak mungkin iman itu akan hilang terus.

Kita nampak orang itu jauh dari agama. Itu bukan sijil atau lesen kita untuk berkata dia tiada iman. Ia lebih kepada, dia mempunya kedarjahan iman yang rendah. Aku percaya, dia percaya Tuhan itu ada. Dia percaya Rasul itu wujud. Al-Quran itu mukjizat terbesar dan dia percaya Malaikat, kiamat dan qada qadar itu ada di sekitarnya. Cuma, dia jauh. Dia tidak buat. Kerana darjah imannya kecil.

Iman yang kecil tidak berdaya memahami apa itu konsep sebenar dalam hidup.

Bagi aku, apa yang seorang trainer aku pernah cakap kepada aku, hidup kita terbahagi kepada 3.

1. Rohani (Rukun Iman, Rukun Islam)
2. Dunia (Harta, aset, keluarga)
3. Fitrah (Virus)

Setiap dari tiga ini, saling berkait. Sambungannya ialah seperti ROHANI - FITRAH - DUNIA. Rohani dan dunia dipisahkan dengan fitrah. Longkang fitrah dengan lebih tepat. Setiap apa dari rohani, dia ada jambatan yang melintasi longkang fitrah itu. Terus melintasi virus-virus yang cuba menelan semua, dan tarik terus memutuskan apa yang terbina.

Apa yang perlu untuk mengekalkan jambatan itu, sangat mudah. Kita hanya perlu memenuhkan sistem generator di bahagian rohani. Dengan ikhlas demi Allah SWT. InsyaAllah, jambatan itu akan kekal dan dunia akan lebih mudah untuk kita akses. Apa yang ada di dunia, InsyaAllah akan berjaya. Apa sahaja kita buat.

Ingatlah. Kejayaan itu adalah sejenis uncountable. Mungkin kau tidak nampak apa yang Tuhan beri. Kerana ia uncountable. Cuma perhatilah. Ia ada. Dan bersyukur. Dan bersyukur.

Bayangkan kita hilang satu dari basic rohani, satu jambatan sudah runtuh. Tidak mengapa. Ada jambatan lain untuk kita akses ke seberang. Cuma kita akan rugi satu jambatan yang mungkin boleh membawa kita lebih dari apa kita dapat. Rezeki dunia yang lebih. Bayangkan satu lagi kita tinggalkan. Lalu, runtuh lagi satu. Runtuh dan runtuh akhirnya tiada jambatan. Dunia?

Setiap jambatan yang runtuh hanya akan membuat kau terperangkap di dalam kawasan dunia. Ya, kita akan dapat banyak wang. Isteri dan suami yang cantik dan kacak. Anak yang comel. Kereta yang besar. Tapi beringatlah. terperangkapnya kau di dalam kawasan dunia, kau juga akan dikejar oleh makhluk-makhluk dari dunia. Kau tidak akan pernah tenang. Kau cari wang untuk kau bayar wang. Kau cari wang untuk kau bayar hutang. Kau cari wang untuk kau bayar setiap sakit-sakit yang akan terima. Kau cari wang untuk orang lain. Kau cari wang, dan wang akan kejar kau semula.

Begitulah perumpamaannya.

Ya, kau percaya mencari harta dunia itu adalah Fardhu Kifayah. Apa beza Steve Job dan Donal Trump dengan kau? Kesemuanya mencari fardhu kifayah. Bezanya jambatan itu. Mereka tidak punya jambatan. Mereka terperangkap dalam dunia mereka. Mereka tidak akan pernah rasa cukup. Mereka tidak akan pernah rasa selamat. Mereka akan terus berlumba. Bukan untuk sesama manusia, tetapi berlumba dengan diri sendiri. Jadi apa beza kau dan mereka kalau sama-sama sudah tidak punya jambatan? Beza utamanya, kau percaya, kau tahu, cuma kau tak pernah berusaha mengubahnya. Kerana kau percaya, "Aku tidak berdoa juga aku mampu jadi kaya, aku mampu terus hidup." Kerana kau percaya, "Hidup ini lama lagi. Esok lusa masih ada untuk Dia."

Dia begitu sayangkan kau sehingga dia masih beri kau nafas untuk pulang semula.

Dalam konsep 3 kawasan ini, ia tidak pernah untuk terlambat. Selagi kau masih bernafas, kau mampu membina semula jambatan itu. Selagi kau bernafas juga kau mampu runtuhkan satu persatu jambatan itu. Binalah jambatan yang sudah runtuh. Untuk kembali ke kawasan rohani. Untuk lebih menghargai apa yang kau ada. Untuk lebih ikhlas dalam mencari redha Tuhan dan rezeki dunia.

Kerana ingatlah, cerita mengenai dunia, sudah tertulis di Luh Mahfuz. Cerita akhirat tiada siapa tahu. InsyaAllah, setiap kali jambatan penyambung itu kukuh, maka makin melimpah rezeki itu datang. Mungkin pada orang lain tak banyak. Tapi kerana kukuhnya jambatan itu, kukuhnya rasa menghargai rezeki, kukuhnya rasa bersyukur, kau akan rasa rezeki itu lebih dari cukup untuk kau dan keluarga.

Bagi aku, kekayaan itu bukan tingginya nilai wang yang kau ada, kekayaan pada aku ialah bebas. Bebas dari segi masa. Bebas dari segi hutang. Bebas dalam berkeluarga. Kerana aku yakin, sebaik-baik manusia ialah manusia yang kuat dalam mencari kejayaan di akhirat dan juga di dunia. Aku yakin sangat banyak jambatan aku sudah runtuh. Mari kita sama-sama bina ia kembali supaya terus berjaya!

Tuhan sudah putuskan kita untuk menjaga dunia. Oleh itu, manusia terhebat ialah manusia yang mampu balance kan kedua-duanya. Akhirat dan dunia. InsyaAllah kita.

Aku bukanlah ustaz. Aku hanya menyampaikan ilmu yang aku dapat. Semoga ilmu ini berpanjangan dan kita boleh dapat manafaat dari apa yang kita baca. Ayat tipikal yang power, yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang buruk itu dari aku sendiri sambil di bisik oleh syaitan celaka yang direjam. Konklusinya, tingkatkan degree iman dan kukuhkan terus jambatan sebelum di makan kuman virus.

08 September 2012

Persoalan dan Doa.

Aku baru sahaja tamatkan perbualan aku dengan seorang kawan. Kawan lama. Kawan maya. Hendak dijadikan cerita, kami menjadi rapat setelah aku menamatkan hubungan dengan kekasih lama. Kami berkongsi cerita. Rasa. Muzik. Ya, banyak benda kami kongsi. Aku ambil sikit. Dia ambil sikit. Hendak lebih tepat, dia menjadi seperti bantal yang diberi setelah lama aku tidur di atas lantai.

Tiada apa yang dapat aku ubah. Aku masih tidur. Bezanya, kini tidur aku lebih selesa.

Kami sembang tadi tidak lama. Dia semakin gembira dengan jurusan perundangannya di Melaka. Bakal menjadi seorang peguam. Dia gembira bila dapat tahu aku sudah mula bekerja. Ya. Serapat mana pun kami, kami masih belum pernah jumpa.

Itulah yang menjadi persoalan, bila?

Sebaik sahaja aku ingin menamatkan perbualan, dia mencelah ingin beritahu aku sesuatu. Tapi benda itu hanya dapat aku tahu setelah aku berjumpa dengannya. setelah memaksa dia beri tahu aku satu benda.

"I'm someone's now. He is a Singaporean."

Dan secara automatik aku membalas,

"Since when? Congratulations!"

Mereka saling kenal sejak April. Entah macam mana aku tak tahu dia sudah punya lelaki yang dia sayang. Mungkin aku belum menjadi seorang kawan yang baik. Mungkin. Jadi kami sembang tentang lelaki itu. Ia seperti semua perempuan yang aku rapat selepas aku terjatuh teruk setahun lebih lepas sudah mula menjadi seseorang. Mereka sudah punya seseorang. Mungkin aku punya magis untuk beri mereka satu hubungan bahagia atau aku yang masih katup ketat pintu rasa untuk menjadi seperti mereka.

Aku senyum. Masa berlalu pantas. Aku rasa baru minggu lepas aku seperti orang gila rapat dengan ramai orang agar aku tak sunyi. Aku tahu aku salah. Tak sepatutnya jadi begitu. Tetapi hey, mereka sudah punya sesuatu sekarang. Aku masih begini. Sendiri. Bezanya kini aku tak lagi mengharap ada orang agar dengar rintihan aku. Aku rasa cukup aku ada seorang kawan aku dan Maha Pencipta yang agung. Mereka mendengar. Azan pun mula mengalunkan suara. Satu dua saat kami hendak tamatkan perbualan kami dia hantar aku satu pesanan ringkas.

"But it is not that something that I want to tell you. Bila jumpa nanti I bagitahu. Selamat maghrib!"

Dia tinggalkan aku dengan satu persoalan.

*****

Minggu lepas seorang trainer aku ada mengajar aku suatu benda. Cara berdoa dengan lebih ikhlas. Ramai yang berdoa selepas solat, tapi seikhlas mana rasa doa itu, ahh biar dia dan Tuhan saja tahu. Caranya mudah. Dia amalkan cara ini sudah lama, dan dia seringkali mendapat jawapan dari setiap doanya. Jawapan tidak semestinya dari mimpi atau kita dapat sebijik di depan. Ia ada sekeliling.

Aku rasa sudah masa aku pula menyambung ilmu ini.

1. Dimulakan dengan Al-Fatihah. Rasionalnya? Walau apa pun kita hendak minta, Al-Fatihah seperti lambang kita berterima kasih padanya atas segala benda yang dia sudah beri.

2. Selawat 50 kali. Rasionalnya? Sekali kita berselawat ke atas nabi SAW, 10 kali Allah akan berselawat ke atas kita, kehebatan kita.

3. Berdoa. Berdoalah seikhlas mungkin. Di dalam bahasa melayu pun tidak apa. "Ya Allah, ya Tuhanku. Aku esok nak tengok kereta nak beli. Aku minta sangat padaMu ya Allah, tunjukkanlah aku kereta apa yang patut aku beli. Aku ni lemah sangat. Aku tak tahu mana yang sesuai dengan aku." berdoa santai. Seperti kita sedang minta dengan seseorang di hadapan kita. Rendah diri sehabis boleh kerena kita sebenarnya memang lemah.

4. Tamatkan dengan, "Terima kasih ya Allah? terima kasih atas semuanya. Syukur. Alhamdulillah." Kita berterima kasih kerana dia masih mendengan doa kita.

5. Amin.

Amalkan dan perhatikan jawapan dariNya. Kita ambil permintaan di atas. Mungkin sahaja dia akan beri kita dengan melihat banyak kereta myvi putih dan di rumah kita pun siap ada orang hantar pamplet myvi putih. Contohnya macam itu lah. Kerana, jawapanNya ada di mana-mana.

InsyaAllah. Alhamdulillah.