Search This Blog

Showing posts with label Kisah Islam.. Show all posts
Showing posts with label Kisah Islam.. Show all posts

27 April 2015

Umur 25 Tahun ke 26 Tahun?

AsSalam. Hi.

Kurang lebih 2 minggu lagi sebelum aku let go title bujang. Sedih dan gembira. Aik? Aku mulakan bab gembira. Gembira pasal apa? Gembira pasal semua. Excited. New adventure. Tapi kenapa pula datang sedih? Sedih pada awalnya. 

Kenapa?

Macam ni. Aku ada baca buku tulisan Hamka Kereta Mayat - Permata Yang Hilang Kini Dijumpai. Memang sesuai sangat jenis-jenis aku yang dekat nak kahwin, kepada suami-suami atau lelaki yang ada niat nak kahwin. Ada dalam satu chapter buku tu ada cerita bahawasanya si Hamka ni tadi duk kejar sunnah untuk kahwin semasa umur 25 tahun. Dia punya kejar sunnah sampai kahwin pun nak sama umur dengan Rasulullah.

Jap-jap. Tapi masa tu Muhammad SAW belum menjadi Rasul lagi. Jadi adakah dikira sunnah? Jadi aku menggali sikit hal ni. Aku jumpa ni. Ada beberapa isi penting yang dibincangkan oleh Ulama' Hadis. Ada kata tak. Ada kata apa sahaja berkaitan nabi itu sunnah. Ya atau tak, sebagai idola dan pemimpin aku, aku ambil dia sebagai reference. Sebab bagi aku apa sahaja Rasulullah SAW pun ada kebaikannya.

Jadi aku pun termenung. Aku kahwin tahun 2015 (InsyaAllah), maknanya umur aku 26 tahun. Lalu aku pun bersedih duka. Nak kahwin umur 25 tahun tak dapat aku jumpa. Bagi aku nak kahwin umur 25 tahun macam nabi ni dari satu aspek mudah nak buat, cari perempuan berkenan, suruh mak abah pi minang. 

Dari satu aspek lagi (kahwin adat melayu), susah. Agama Islam Melayu dalam aspek kahwin memang terlampau rigid. Bagi aku adat tu bagus. Menjaga jati diri dan penampakan wajah sesuatu kaum. Cumanya bila terlampau menyusahkan, adat tu kita boleh senangkan. Asalkan tiada keburukan. Yang penting agamanya. Yang wajib kita dahulukan. Kemudian yang sunat. Kemudian baru datang adat.

Acik-acik bising hantaran rendah, tapi hantaran tu sendiri dia tak tau untuk apa. Jangan tanya hantaran aku berapa untuk Wani. Itu hadiah aku untuk dia. Biar yang terdekat saja tahu (tapi dalam sijil nikah pun dah tulis hantaran. Ni pun serius aku tak faham).

Jadi aku pun sambung bersedih. Kerana nak kahwin umur 25 yang aku tak dapat dan juga acik-acik yang gelang sampai ketiak terlampau jaga adat tapi pakai tudung nampak anak rambut.

Satu hari, aku pun bercerita bab kahwin umur 25 tahun tu yang ada dalam buku Hamka tu pada Wani. Cerita punya cerita tiba-tiba aku mendapat satu ilham. Jika aku akad nikah pada 15 Mei, hey! Hey! Hey! Umur aku masa tu 25 tahun sebab belum sampai ulang tahun hari kelahiran. Aku terus ucap Alhamdulillah. Sebenarnya aku pun tak sangka dan perasan hal tu.

Kini aku sudah gembira semula.



p/s: Terima Kasih Huda Jepun kerana bantu aku buat playlist #ApitWaniAdventure. Boleh klik sini untuk dengar lagu-lagu cadangan dia.

06 April 2015

Pintu-pintu Duniawi dan Akhirawi.

Kita selalu merungut, kenapa selalu sangat asyik kita je dapat susah. Orang lain meniaga senang untung. Orang lain belajar senang skor. Kita pulun takat mana pun dok tang tu juga. Orang lain pergi bersenang luar negara tak perlu susah. Kita simpan duit pun akhirnya mengalir juga. Kalau tak tayar kereta bocor, kena pula bayar telefon rosak. Haih.

Situasi ni aku rasa semua orang pernah rasa. Cara kau nak overcome the problem je lainnya. Aku pun selalu merungut. But in the end, aku hadap juga sambil berharap ada benda yang best dan lagi besar Tuhan nak kasi dekat aku. Sebab benda ni memang macam tu pun. Mat Saleh panggil karma. Muslim panggil Qada’ dan Qadar.

Lepastu boleh pulak orang nak counter. Kalau dah ini jalan aku, buat apa aku nak usaha? Allah dah susun aku jadi jahat. Haha. Susah aku nak jawab soalan macam tu. Berbalik pada ayat Al-quran yang berbunyi lebih kurang,

“Tidak akan Allah ubah nasib satu-satu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.”

Bagi aku Tuhan ni flexible. Kalau ceritanya kau jahat, tapi kau nak berubah, nak ke syurga, takkan Allah nak biarkan hambanya berusaha dan sujud tanpa apa-apa balasan setimpal? Ingat balik cerita pelacur ke syurga? Pucuk pangkalnya niat dan hati kau. Dia kan Maha Adil?

Berbalik kepada cerita atas tadi. Benda pertama, kau tanya balik dekat diri kau. Suruhan dia kau buat dak? Kalau ada rezeki, kau beri dekat mak bapak dak? Kalau ada rezeki lebih, kau menderma atau berzakat tak? Zakat ni flexible. Kau nak bagi berapa pun tak apa. Lepas dah tolak kos-kos lain, baki tu kau hanya ambil 2.5% sahaja. Kalau baki gaji kau RM500 sebulan, zakat pendapatan bulanan hanya RM12.50.

Bukan untuk apa, semoga gaji yang kita dapat tu berkat dan menjadi rezeki kita. InsyaAllah. Sebab gaji kita dapat tu belum tentu rezeki kita. Boleh jadi rezeki tukang baik kereta kalau kereta kau rosak. Boleh jadi rezeki tukang baiki handphone.

Seterusnya, yang penting niat. Tuhan ni semua dia kira niat ja. Takdan buat baik lagi hang dah niat, hang dapat dah sikit point. Contohnya kau berniaga untuk apa? Kau nak keluar negara untuk apa? Untuk lebih menghargai ciptaan alam Dia? Untuk lebih dekat dengan Dia?

Dan ingatlah, setiap orang yang berjaya itu ada dugaannya sendiri.

*****

Aku sekarang ni tengah cuba mengamal doa pembuka 12 pintu. Wani yang bagi aku. Suruh aku amalkan. Aku tak tahu doa tu dari mana. Tapi lepas baca maknanya, tak ada salah pun. Kita meminta pada Maha Pencipta untuk membuka pintu duniawi dan akhirat. Memberi jalan.  Dan Alhamdulillah, aku nampak kesannya.






Boleh cuba.

p/s: Benda paling liat aku nak buat sekarang ni Solat Dhuha. Padahal dah tau banyak kebaikan. Aigooo!

30 September 2012

Iman Bukan Binari, Iman Adalah Degree.


Iman bukan angka binari. Angka yang boleh kau tukar 1 kepada 0 dan 0 kepada satu pada dua jangka masa berbeza. Harini kau ada kepercayaan. Esok kau hilang semuanya. Iman bukan seperti itu. Jika iman adalah binari, adakah iman kamu 11110010100111? Atau 111111111111110? Iman bukan angka binari. Iman bukan binari.

Iman ialah seperti angka degree. Harini 50 darjah iman. Esok 51 darjah. Pergi ke ceramah naik 340 darjah. Mana tahu hilang sedikit iman kerana marahkan Tuhan doa tak dimakbulkan, terus ditolak iman kepada 20 darjah sahaja.

Kerana aku yakin, pada setiap-setiap kita, kita masih ada IMAN walau secebis kuman, yang masih percaya. Sebangsat mana orang itu, aku yakin masih ada. Tidak mungkin iman itu 1010101100 tetapi lebih kepada  30 darjah, 55 darjah, 43 darjah. Kerana tak mungkin iman itu akan hilang terus.

Kita nampak orang itu jauh dari agama. Itu bukan sijil atau lesen kita untuk berkata dia tiada iman. Ia lebih kepada, dia mempunya kedarjahan iman yang rendah. Aku percaya, dia percaya Tuhan itu ada. Dia percaya Rasul itu wujud. Al-Quran itu mukjizat terbesar dan dia percaya Malaikat, kiamat dan qada qadar itu ada di sekitarnya. Cuma, dia jauh. Dia tidak buat. Kerana darjah imannya kecil.

Iman yang kecil tidak berdaya memahami apa itu konsep sebenar dalam hidup.

Bagi aku, apa yang seorang trainer aku pernah cakap kepada aku, hidup kita terbahagi kepada 3.

1. Rohani (Rukun Iman, Rukun Islam)
2. Dunia (Harta, aset, keluarga)
3. Fitrah (Virus)

Setiap dari tiga ini, saling berkait. Sambungannya ialah seperti ROHANI - FITRAH - DUNIA. Rohani dan dunia dipisahkan dengan fitrah. Longkang fitrah dengan lebih tepat. Setiap apa dari rohani, dia ada jambatan yang melintasi longkang fitrah itu. Terus melintasi virus-virus yang cuba menelan semua, dan tarik terus memutuskan apa yang terbina.

Apa yang perlu untuk mengekalkan jambatan itu, sangat mudah. Kita hanya perlu memenuhkan sistem generator di bahagian rohani. Dengan ikhlas demi Allah SWT. InsyaAllah, jambatan itu akan kekal dan dunia akan lebih mudah untuk kita akses. Apa yang ada di dunia, InsyaAllah akan berjaya. Apa sahaja kita buat.

Ingatlah. Kejayaan itu adalah sejenis uncountable. Mungkin kau tidak nampak apa yang Tuhan beri. Kerana ia uncountable. Cuma perhatilah. Ia ada. Dan bersyukur. Dan bersyukur.

Bayangkan kita hilang satu dari basic rohani, satu jambatan sudah runtuh. Tidak mengapa. Ada jambatan lain untuk kita akses ke seberang. Cuma kita akan rugi satu jambatan yang mungkin boleh membawa kita lebih dari apa kita dapat. Rezeki dunia yang lebih. Bayangkan satu lagi kita tinggalkan. Lalu, runtuh lagi satu. Runtuh dan runtuh akhirnya tiada jambatan. Dunia?

Setiap jambatan yang runtuh hanya akan membuat kau terperangkap di dalam kawasan dunia. Ya, kita akan dapat banyak wang. Isteri dan suami yang cantik dan kacak. Anak yang comel. Kereta yang besar. Tapi beringatlah. terperangkapnya kau di dalam kawasan dunia, kau juga akan dikejar oleh makhluk-makhluk dari dunia. Kau tidak akan pernah tenang. Kau cari wang untuk kau bayar wang. Kau cari wang untuk kau bayar hutang. Kau cari wang untuk kau bayar setiap sakit-sakit yang akan terima. Kau cari wang untuk orang lain. Kau cari wang, dan wang akan kejar kau semula.

Begitulah perumpamaannya.

Ya, kau percaya mencari harta dunia itu adalah Fardhu Kifayah. Apa beza Steve Job dan Donal Trump dengan kau? Kesemuanya mencari fardhu kifayah. Bezanya jambatan itu. Mereka tidak punya jambatan. Mereka terperangkap dalam dunia mereka. Mereka tidak akan pernah rasa cukup. Mereka tidak akan pernah rasa selamat. Mereka akan terus berlumba. Bukan untuk sesama manusia, tetapi berlumba dengan diri sendiri. Jadi apa beza kau dan mereka kalau sama-sama sudah tidak punya jambatan? Beza utamanya, kau percaya, kau tahu, cuma kau tak pernah berusaha mengubahnya. Kerana kau percaya, "Aku tidak berdoa juga aku mampu jadi kaya, aku mampu terus hidup." Kerana kau percaya, "Hidup ini lama lagi. Esok lusa masih ada untuk Dia."

Dia begitu sayangkan kau sehingga dia masih beri kau nafas untuk pulang semula.

Dalam konsep 3 kawasan ini, ia tidak pernah untuk terlambat. Selagi kau masih bernafas, kau mampu membina semula jambatan itu. Selagi kau bernafas juga kau mampu runtuhkan satu persatu jambatan itu. Binalah jambatan yang sudah runtuh. Untuk kembali ke kawasan rohani. Untuk lebih menghargai apa yang kau ada. Untuk lebih ikhlas dalam mencari redha Tuhan dan rezeki dunia.

Kerana ingatlah, cerita mengenai dunia, sudah tertulis di Luh Mahfuz. Cerita akhirat tiada siapa tahu. InsyaAllah, setiap kali jambatan penyambung itu kukuh, maka makin melimpah rezeki itu datang. Mungkin pada orang lain tak banyak. Tapi kerana kukuhnya jambatan itu, kukuhnya rasa menghargai rezeki, kukuhnya rasa bersyukur, kau akan rasa rezeki itu lebih dari cukup untuk kau dan keluarga.

Bagi aku, kekayaan itu bukan tingginya nilai wang yang kau ada, kekayaan pada aku ialah bebas. Bebas dari segi masa. Bebas dari segi hutang. Bebas dalam berkeluarga. Kerana aku yakin, sebaik-baik manusia ialah manusia yang kuat dalam mencari kejayaan di akhirat dan juga di dunia. Aku yakin sangat banyak jambatan aku sudah runtuh. Mari kita sama-sama bina ia kembali supaya terus berjaya!

Tuhan sudah putuskan kita untuk menjaga dunia. Oleh itu, manusia terhebat ialah manusia yang mampu balance kan kedua-duanya. Akhirat dan dunia. InsyaAllah kita.

Aku bukanlah ustaz. Aku hanya menyampaikan ilmu yang aku dapat. Semoga ilmu ini berpanjangan dan kita boleh dapat manafaat dari apa yang kita baca. Ayat tipikal yang power, yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang buruk itu dari aku sendiri sambil di bisik oleh syaitan celaka yang direjam. Konklusinya, tingkatkan degree iman dan kukuhkan terus jambatan sebelum di makan kuman virus.

24 September 2012

Semua Orang Berlumba Dapatkan Benda Yang Dah Dijanjikan Ada.


Rezeki. Buat macam mana pun, bilangan rezeki itu sudah tertulis di Luh Mahfuz. Memang Dia dah cakap. memang ada untuk semua orang. Reti bersyukur atau tidak sahaja bezanya. Tak bersyukur, sebab itu tak pernah rasa cukup dan sentiasa merungut.

seorang trainer pernah cakap pada aku, "Kalau kau kejar duit, duit akan kejar kau balik. Niat kena betul. InsyaAllah ada."

Tapi...

Syurga.

Neraka.

Tiada janji oleh Dia. Kau dapat syurga atau neraka. Dia belum tetapkan. Tapi kenapa tak semua orang kejar yang belum ada kepastian kiri atau kanan?

#RemindToMyself