Office sunyi. Bos aku halfday harini. Kerani, material coordinator project aku pun dah balik awal. 5.30 tepat terus balik. Partner aku as project assistant yang selalunya balik lewat sama dengan aku pun balik awal harini. Balik Kedah katanya. Mak Ayah dia baru balik dari haji. Partner kedua aku pula tak datang kerja harini. Entah sebab apa. Semua orang tak tahu. Ada orang kata sebab appraisal dia tak beberapa memuaskan hati. Mungkin dia bawa diri. Atau menjadi rebel tak masuk kerja. Lantaklah.
Dekat kapal masih ada orang bertungkus lumus menyiapkan kerja. Waktu petang macam ni dah tak ramai. Ada la 6-7 orang. Malas aku nak ke kapal waktu lepas hujan macam ni. Jadi aku ambil keputusan duduk office seorang diri. Standby sampai jam 7.30 malam. Atas meja ada handphone dan seketul vape. Kerja aku tolak tepi dulu. Menulis apa yang patut.
This place is very a good place to work. To gain experience. But for me, aku tak recommend orang untuk jadikan tempat ni untuk develop career. Among 10, aku rasa seorang sahaja yang boleh teruskan usaha develop career di sini. Kenapa? Entah. Maybe this yard is own by ex-Navy? Terletak dalam base Navy? Rules and regulations seakan-akan Navy? Entah. Bagi aku rezeki is everywhere. Kalau rasa boleh develop, go on.
Aku rasa aku gain a lot sejak 3 tahun duduk di Lumut ni. Termasuk weight (ha ha ha ha). Since puisi yang aku tulis on the first day aku kat sini,
kini aku di perairan Lumut,
ditemani damainya laut,
dan kicau burung nyaring,
berkumpulan terbang seiring,
deruan enjin-enjin kapal membelah ombak,
jauh dari kota-kota yang sesak,
aku memerhati masa depan,
aku memerhati segala ketakutan,
Segala yang tertulis itu pasti,
Perjalanan hidupku sampai mati.
Jantung pula tak henti menyanyi,
Memanggil-manggil orang yang dirindui,
Menghantar frekuensi-frekuensi gila,
Yang takkan tembus Selat Melaka,
Aku nekad untuk tempuhi segala misi,
Kerana itu semua adalah pasti,
Di antara imaginasi dan realiti,
Aku harus terus teguh berdiri.
Kini aku di perairan Lumut,
bebas dari segala hal-hal kusut,
Ombak mengajar aku satu benda,
Yang tiada apa kekal selamanya.
Looking back on what I've written, buat aku senyum. Aku lari ke sini untuk lari dair segala masalah kusut. Dan aku rasa aku dah ready untuk balik.
Tapi apakah Klang Valley akan menjadi nice macam sebelum aku ke sini? Dengan ekonomi tunggang langgang, adakah ia masih bagus? It's a lot to ponder. A lot to consider. Baby pun sikit masa lagi nak jenguk dunia. Kasi masa dulu. InsyaAllah I'll be back.
Shah Alam, tungggguuuu!
p/s: tiba-tiba rindu isteri di rumah. Eh!
1 comment:
Salam, saya nak tanya macam mana nak cari peluang pekerjaan dekat navy base lumut ye? Skrg saya menetap kat klang, parent duduk perak.. Nak berhijrah balik ke kg dekat dengan family.. tapi tak tahu platform apa utk cari kerja sekitar perak... trutama manjung, lumut, ipoh, seri iskandar..
email saya : hafizhamdi94@gmail.com
Post a Comment