Search This Blog

30 July 2023

Kisah Merapu #61

Dua tiga hari lepas, aku membuang masa dengan membaca semua post yang tertinggal di dalam blog ni. Cuma aku rasa tak cukup.

"Ada lagi yang aku tulis dekat sini. Beribu rasanya."

Merujuk kepada komen followers aku, gaya penulisan aku dahulu lebih kepada rebellious teenager. Well, yang tinggal ni, jauh panggang dari api. Aku cuba cari di mana yang rebelnya tulisan aku. Memang yang tinggal ni tak ada.

Fikir punya fikir,

"Oh ya! Aku pernah delete most of the post dari blog ni!"

Some part of it aku delete sebab kekunun aku nak move on - change phase of life.

Some part of it aku delete sebab aku dah bukukan post tu - ada dalam buku November (dah stop publish).

Blogging ni bagus sebenarnya. Kau boleh rujuk balik apa masalah kau dulu dan macam mana kau atasi benda tu. Tapi posts yang tinggal ni dah tak berapa ada masalah. Jadi aku tak boleh nak buat history learning.

Macam satu jampi azimat dah kena padam.

Nasiblah ada beberapa jampi yang pendeta-pendeta jampi dah kitabkan.

*terus pergi cari buku November.

26 July 2023

Kisah Merapu #60

It has been more than 3 years from my last update dalam blog ni. Dengan medium media sosial yang gila babi punya merebak, aku rasa di blogspot ni lah satu-satunya tempat yang boleh aku luahkan setiap apa aku rasa - dengan jujur.

To recap, update aku terakhir di sini ialah menunggu kelahiran anak kedua kami. 

Yeah, 3 tahun telah berlalu dengan begitu pantas. Semasa post terakhir ditulis, dunia belum lagi tahu yang satu wabak penyakit akan bertebaran di setiap pelusuk dunia, Corona Virus 2019 (COVID-19). Lockdown, sekatan perjalanan, tidak boleh balik beraya dan bermacam lagi benda dah penduduk dunia ni hadapi. Aku pun berjaya ambil sijil Project Management Professional (PMP). Tak sangka sebenarnya.

Sedar tak sedar, anak kedua aku pun dah berumur 3 tahun lebih. Dah boleh bercakap dah pun. 3 tahun yang begitu pantas. Serious. Aku rasa kau orang pun akan bersetuju dengan aku.

Hidup aku dengan keluarga? Well, it is hard. Economically. Tapi penuh dengan joyous moment. Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku naik gaji. Sangat menekan aku indirectly di dalam membawa hala tuju keluarga aku. Banyak benda terpaksa berkira-kira. Cakap pula pasal keluarga, kami okay-okay. Ada up and down. Trying my best to be a good husband and also a father.

Sebenarnya aku mula rasa aku ni dah tak strong dalam konteks inner-self aku. Melihat aku (zoom in 9 hingga 10 tahun lepas), inner-self aku betul-betul strong. Tak ada benda boleh stop aku. Unstoppable mat saleh kabor. Baik spiritually, mentally dan physically. Aku tengah cuba cari apa yang kurang dan apa yang terlebih sangat.

Aku cuba balik dengan writing. Well writing ni hopefully boleh jadi salah satu asbab untuk aku nilai diri aku dan mencuba menjadi lebih baik. Tanggung jawab dah menjadi lebih besar. Anak-anak aku look up dekat aku. Tak kan aku boleh biar aku ni fail.

Ada benda yang aku boleh story dekat wife aku. Ada benda yang aku simpan sebab aku takmau dia susah hati. Satgi dia rasa aku bawak beban pula. Biarlah aku simpan sorang. Senyum dengan pekat rasa beban dia.

Banyak benda aku fikir. End-up aku main game untuk lupakan segala masalah. Game pulak bukan game baru. Game tahun 2017. Fifa 2017. Just nak clear things out dari kepala (padahal aku rasa aku lari dari masalah dengan main game). Cuma, aku risau wife aku nampak aku telah meninggalkan good value sebab asyik main game. Yelah, banyak benda lagi boleh buat dari main game. Aisehh!

Banyak benda aku nak cerita. Tapi for the time being biarlah sedikit demi sedikit. Till next time.

p/s: oh by the way, family kami ialah family campers!

 Our little homes bila keluar beriadah.


Bersama geng lelaki. Hammock wild camping.




17 February 2020

Somewhere Only We Know

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera.

Aku tak tahulah masih ada yang membaca atau tidak blog ini. Blog semakin tidak menjadi trend pada beberapa tahun lepas dimana orang ramai lebih prefer content berbentuk video yang lebih menarik pandangan mata.

Content berbentuk video lebih cepat dihadam bila mana mata hanya melihat manakala content berbentuk tulisan ini kita perlu membaca dan hadam. Benda ni selari dengan peredaran zaman dan kualiti internet yang lebih laju. Tambahan, video-video lebih mudah ditonton sekarang pada aplikasi telefon bimbit berbanding dulu, kau kena bukak komputer.

Ah sudah, dah macam nak buat karangan SPM pasal content video pulak.

Kepada yang masih membaca blog aku ni, terima kasih. Aku bagi 5 Ha.

Okay, back to the title. Pada 4 tahun lepas, pada sesiapa yang mengikuti blog aku, aku telah dikurniakan seorang cahaya mata (Nawraa Raeesa). Banyak momen-momen yang indah telah kami suami isteri harungi bersama 'Kak Long Nawraa' ni. She is very awesome.

Tanpa aku duga, pada tahun lepas, Allah SWT telah membisikkan kepada aku dan isteri bahawa rezeki cahaya mata kedua akan muncul. Sebagai manusia yang telah dikurniakan pengalaman, menjaga kandungan kedua ini tidak menjadi masalah besar untuk kami.

Sehinggalah pada Januari 2020, setelah membuat 4D baby scanning, kami telah dikejutkan bahawasanya kandungan anak kedua kami mempunyai sifat Placenta Previa Type 3 dengan bahasa pasarnya uri telah berada di laluan keluar bayi.

Okay ini baru buat kami.

Isteri aku di tahan di wad sejak itu. Kandungan baru sahaja mencecah 33 minggu. Segalanya berubah sekelip mata. Dengan penahanan isteri aku di wad, aku terpaksa menguruskan anak aku seorang diri. Aku anggap ini adalah ujian dari Tuhan untuk memberikan yang terbaik buat kami.

Hari pertama aku menjaga anak aku tidaklah sukar. Segala checklist aku buat satu per satu. Anak aku seperti tidak risaukan mummy nya di hospital sehinggalah waktu tidur,

"Bila mummy nak balik dari hospital. Dah malam ni babah."

Sebak juga aku dengar dia cakap macam tu. Malam tu dia agak sukar untuk tidur. Ya mungkin dia memikirkan mummy nya. Aku hanya mampu tenangkan dia sambil mengusap-usap belakang badannya.

Semuanya okay. Cumanya pada hari pertama itu, kerana terlalu kelam kabut, aku telah lupa gosok gigi anak aku sebelum dia ke tadika nya.

Okay. Aku cuma berdoa kawan-kawan dia tak perasan bau mulutnya busuk.

Mak aku (hero no 1 di dunia) memutuskan untuk dia tinggal sementara bersama aku dan anak. Dia tahu aku memerlukan bantuan dia. Itulah instinct paling mahal seorang ibu. Semuanya seakan kembali normal semula sejak ketibaan mak. Dia datang untuk menguruskan anak aku. Dia tahu aku mampu uruskan anak aku, tapi dengan kerja yang tidak menentu, kehadirannya sedikit sebanyak dapat membantu aku.

Cumanya kadangkala bila nak tidur, anak aku akan request benda yang dia tak pernah request semasa mummy nya ada di rumah.

"Babah, nyanyilah lagu babah dengan mummy tu. I walk a cross tu (Keane - Somewhere Only We Know)."

Sebelum kelahiran dia, kami suami isteri ada record lagu tu berdua. Sejak dia dengar kembali aku play lagu yang kami record berdua tu dalam kereta tempoh hari, hampir setiap malam dia akan request aku nyanyikan lagu tu.

"Nanti Nawraa nyanyi sorang-sorang okay? Babah main gitar." Katanya.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Harini hari ke 19 isteri ku di hospital. Menanti waktu untuk melahirkan anak kedua kami. Jika tiada aral melintang minggu hadapan isteri aku akan dibedah memandangkan peluang kelahiran secara normal agak tipis.

Takpa. Kami dan bersedia. Cumanya, aku mohon doa dari kalian.

Tolong doakan isteri dan anak kedua kami selamat dan sihat okay?

Terima kasih.