Search This Blog

26 July 2023

Kisah Merapu #60

It has been more than 3 years from my last update dalam blog ni. Dengan medium media sosial yang gila babi punya merebak, aku rasa di blogspot ni lah satu-satunya tempat yang boleh aku luahkan setiap apa aku rasa - dengan jujur.

To recap, update aku terakhir di sini ialah menunggu kelahiran anak kedua kami. 

Yeah, 3 tahun telah berlalu dengan begitu pantas. Semasa post terakhir ditulis, dunia belum lagi tahu yang satu wabak penyakit akan bertebaran di setiap pelusuk dunia, Corona Virus 2019 (COVID-19). Lockdown, sekatan perjalanan, tidak boleh balik beraya dan bermacam lagi benda dah penduduk dunia ni hadapi. Aku pun berjaya ambil sijil Project Management Professional (PMP). Tak sangka sebenarnya.

Sedar tak sedar, anak kedua aku pun dah berumur 3 tahun lebih. Dah boleh bercakap dah pun. 3 tahun yang begitu pantas. Serious. Aku rasa kau orang pun akan bersetuju dengan aku.

Hidup aku dengan keluarga? Well, it is hard. Economically. Tapi penuh dengan joyous moment. Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku naik gaji. Sangat menekan aku indirectly di dalam membawa hala tuju keluarga aku. Banyak benda terpaksa berkira-kira. Cakap pula pasal keluarga, kami okay-okay. Ada up and down. Trying my best to be a good husband and also a father.

Sebenarnya aku mula rasa aku ni dah tak strong dalam konteks inner-self aku. Melihat aku (zoom in 9 hingga 10 tahun lepas), inner-self aku betul-betul strong. Tak ada benda boleh stop aku. Unstoppable mat saleh kabor. Baik spiritually, mentally dan physically. Aku tengah cuba cari apa yang kurang dan apa yang terlebih sangat.

Aku cuba balik dengan writing. Well writing ni hopefully boleh jadi salah satu asbab untuk aku nilai diri aku dan mencuba menjadi lebih baik. Tanggung jawab dah menjadi lebih besar. Anak-anak aku look up dekat aku. Tak kan aku boleh biar aku ni fail.

Ada benda yang aku boleh story dekat wife aku. Ada benda yang aku simpan sebab aku takmau dia susah hati. Satgi dia rasa aku bawak beban pula. Biarlah aku simpan sorang. Senyum dengan pekat rasa beban dia.

Banyak benda aku fikir. End-up aku main game untuk lupakan segala masalah. Game pulak bukan game baru. Game tahun 2017. Fifa 2017. Just nak clear things out dari kepala (padahal aku rasa aku lari dari masalah dengan main game). Cuma, aku risau wife aku nampak aku telah meninggalkan good value sebab asyik main game. Yelah, banyak benda lagi boleh buat dari main game. Aisehh!

Banyak benda aku nak cerita. Tapi for the time being biarlah sedikit demi sedikit. Till next time.

p/s: oh by the way, family kami ialah family campers!

 Our little homes bila keluar beriadah.


Bersama geng lelaki. Hammock wild camping.




17 February 2020

Somewhere Only We Know

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera.

Aku tak tahulah masih ada yang membaca atau tidak blog ini. Blog semakin tidak menjadi trend pada beberapa tahun lepas dimana orang ramai lebih prefer content berbentuk video yang lebih menarik pandangan mata.

Content berbentuk video lebih cepat dihadam bila mana mata hanya melihat manakala content berbentuk tulisan ini kita perlu membaca dan hadam. Benda ni selari dengan peredaran zaman dan kualiti internet yang lebih laju. Tambahan, video-video lebih mudah ditonton sekarang pada aplikasi telefon bimbit berbanding dulu, kau kena bukak komputer.

Ah sudah, dah macam nak buat karangan SPM pasal content video pulak.

Kepada yang masih membaca blog aku ni, terima kasih. Aku bagi 5 Ha.

Okay, back to the title. Pada 4 tahun lepas, pada sesiapa yang mengikuti blog aku, aku telah dikurniakan seorang cahaya mata (Nawraa Raeesa). Banyak momen-momen yang indah telah kami suami isteri harungi bersama 'Kak Long Nawraa' ni. She is very awesome.

Tanpa aku duga, pada tahun lepas, Allah SWT telah membisikkan kepada aku dan isteri bahawa rezeki cahaya mata kedua akan muncul. Sebagai manusia yang telah dikurniakan pengalaman, menjaga kandungan kedua ini tidak menjadi masalah besar untuk kami.

Sehinggalah pada Januari 2020, setelah membuat 4D baby scanning, kami telah dikejutkan bahawasanya kandungan anak kedua kami mempunyai sifat Placenta Previa Type 3 dengan bahasa pasarnya uri telah berada di laluan keluar bayi.

Okay ini baru buat kami.

Isteri aku di tahan di wad sejak itu. Kandungan baru sahaja mencecah 33 minggu. Segalanya berubah sekelip mata. Dengan penahanan isteri aku di wad, aku terpaksa menguruskan anak aku seorang diri. Aku anggap ini adalah ujian dari Tuhan untuk memberikan yang terbaik buat kami.

Hari pertama aku menjaga anak aku tidaklah sukar. Segala checklist aku buat satu per satu. Anak aku seperti tidak risaukan mummy nya di hospital sehinggalah waktu tidur,

"Bila mummy nak balik dari hospital. Dah malam ni babah."

Sebak juga aku dengar dia cakap macam tu. Malam tu dia agak sukar untuk tidur. Ya mungkin dia memikirkan mummy nya. Aku hanya mampu tenangkan dia sambil mengusap-usap belakang badannya.

Semuanya okay. Cumanya pada hari pertama itu, kerana terlalu kelam kabut, aku telah lupa gosok gigi anak aku sebelum dia ke tadika nya.

Okay. Aku cuma berdoa kawan-kawan dia tak perasan bau mulutnya busuk.

Mak aku (hero no 1 di dunia) memutuskan untuk dia tinggal sementara bersama aku dan anak. Dia tahu aku memerlukan bantuan dia. Itulah instinct paling mahal seorang ibu. Semuanya seakan kembali normal semula sejak ketibaan mak. Dia datang untuk menguruskan anak aku. Dia tahu aku mampu uruskan anak aku, tapi dengan kerja yang tidak menentu, kehadirannya sedikit sebanyak dapat membantu aku.

Cumanya kadangkala bila nak tidur, anak aku akan request benda yang dia tak pernah request semasa mummy nya ada di rumah.

"Babah, nyanyilah lagu babah dengan mummy tu. I walk a cross tu (Keane - Somewhere Only We Know)."

Sebelum kelahiran dia, kami suami isteri ada record lagu tu berdua. Sejak dia dengar kembali aku play lagu yang kami record berdua tu dalam kereta tempoh hari, hampir setiap malam dia akan request aku nyanyikan lagu tu.

"Nanti Nawraa nyanyi sorang-sorang okay? Babah main gitar." Katanya.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Harini hari ke 19 isteri ku di hospital. Menanti waktu untuk melahirkan anak kedua kami. Jika tiada aral melintang minggu hadapan isteri aku akan dibedah memandangkan peluang kelahiran secara normal agak tipis.

Takpa. Kami dan bersedia. Cumanya, aku mohon doa dari kalian.

Tolong doakan isteri dan anak kedua kami selamat dan sihat okay?

Terima kasih.

17 July 2019

Dengan Dirimu, Aku Rindu.

Aku alright ja.

Kalau dulu aku banyak mengomel pasal aku dapat kerja dekat Perak (Seri Manjung to be exact), but now things changed. Ya lah, dulu aku mengomel sebab how sad aku terpaksa tinggalkan lifestyle super aku di Klang Valley dan duduk di Seri Manjung yang bagi aku masa tu has nothing.

Dekat KV aku ada bands or atleast musicians yang aku akan jamming atleast seminggu sekali, got few group of friends, yang aku boleh pilih group mana yang aku nak melepak, kiranya boleh aku kata aku right at the top lah masa tu.

Badan pun boleh tahan sedap masa tu.

Tiba-tiba aku kena gerak Perak. Slowly all my fames got awayyyy, ouhhh ouhhhh.

But guess what? Tahun ni nak masuk 7 tahun aku kat sini. Alhamdulillah everything goes well.

Aku ada isteri yang supportive. Anak sulung yang supportiveness. Ada juga few group of friends. Dan tak sangka aku involves dengan sukan ragbi. Padahal dekat sekolah yang sangat popular dengan sukan ragbi dulu, aku tak pun pernah main.

Time fully utilise either with friends atau family. Paling penting aku tak boleh hidup dalam traffic jam dah. Kalau dulu macam alright ja kalau jem balik keja dari KL ke Shah Alam. Sekarang rasa nak mencarut gila kalau orang lambat keluar simpang pun.

Aku ada few new songs, tapi sebab agak susah nak record proper sekarang (tak ada masa yang panjang sebab require banyak masa for recording dan juga si kenit yang suka datang tanpa diduga) aku tak dapat nak record.

"Ternyata kini, aku tak mati.
Kerana cinta ini bukan yang semesti.

Resah, ku rasa jauh, dengan dirimu, aku rindu."

Dirimu itu adalah aku masa lalu.

Oh ya. Masa terluang sekarang aku banyak habiskan dengan buat video. Boleh follow di youtube Shafiq Helmi.

Ya lah, banyak masa dengan family. Oleh itu aku gunakan masa tu buat benda yang fun. Record video misalnya. Boleh tengok nanti-nanti.

K lah bai.