Search This Blog

10 July 2015

Kerja.

Dalam hidup ni paling tidak mesti ada satu benda yang kita tak puas hati kan? This good, that good, benda tu okay, benda ni happy, but at one side, mesti punya ada benda yang kau tak gemar. For me, hal KERJA.

Since aku dah kahwin, aku rasa berat betul nak tinggalkan rumah. Dalam erti kata lain, aku berat nak tinggalkan bini aku. Aku tak tahu benda ni normal atau hanya baru kahwin. Kalau boleh semua benda aku nak bawak bini aku. Aku selalu kesian tengok dia masak. Aku datang sediakan apa-apa patut. Kalau dia mengemas rumah, aku datang angkatkan sampahnya.

Malang sekali kekangan kerja tak menepati kehendak aku yang satu itu.

Ya lah. Kerja jurutera ni bukannya best sangat. Since aku kecik aku bukannya minat. Tapi benda engineering ni benda aku boleh carry dalam belajar. Dan aku taktau apa aku nak. Bagi aku engineering boleh make a lot of money sebelum aku buat benda lain. Tapi malangnya tak banyak mana pun.

Aku terpaksa balik lewat. Aku terpaksa hilang waktu hujung minggu. Bila balik badan penat. Belum apa dah tido. Aku kerja di atas kapal. Matahari direct terus ke kulit. Dah hitam baru gatal nak cari sunblock. At the end of the time, sebenarnya tak setimpal pun gaji kau dengan overtime dengan masa yang kau hilang dengan family kau.

Kadang kala aku rasa bila lah aku nak tender. Bilalah nak cukup duit nak meniaga. Tapi aku tak berani. Aku belum betul-betul stabil. Aku nak masa dengan keluarga. Nikmat dengan family tu, fuhhh. Dah kerja macam ni baru rasa. Haha.

Ya lah ni semua dugaan kecil Tuhan je. Aku harap aku dapat tempuh dengan hebat. Sikit masa aku lagi.

p/s: kita tak boleh nak genggam semua benda.  Aku tau tu.

23 June 2015

Life is Good.

Life is good. (gelak kecil). Entah apa-apa, dah lama tak update blog tiba-tiba mulakan dengan life is good. Ni entri pertama aku selepas bergelar suami. Suami. It is a very big word kan? Tapi, walau macam mana pun, life is good.

Mempunyai keluarga sendiri adalah satu fasa yang sememangnya berlainan dari apa yang kita dah hidup selama ni. Orang kata, bila dah berkeluarga kau akan hilang banyak benda. So, enjoy life single dulu before kahwin. Aku pun mula-mula cuak jugak. Ya lah. Aku ni jenis kaki melepak. Pergi mana pun ceruk Malaysia ni, the first thing dalam otak ialah, kat tempat tu, siapa kawan yang aku boleh jumpa?

But again, life is good.

Mula-mula lepas kahwin, aku cuak juga tak biasa. Rasa macam kaki kena rantai dengan bini. No more lepak. Rindu nak melepak tu ada, tapi apa yang mengejutkan aku, kalau dulu dalam 10 kali fikir nak melepak, lepas fikir-fikir balik, sekarang ni ada ni tinggal 2 ja. Lagi 8 aku fikir nak bersama bini ja. Ni mungkin tanda-tanda orang baru berkahwin (kot? Gelak kecil). 

But again, life is good.

Nasihat aku, nak kahwin tu, kalau kau bukan jenis mak yang pilih, maknanya mak kau bagi chance kau pilih sendiri, pilihlah yang boleh buat kawan. Yeap. Kau boleh buat aktiviti yang dulunya dengan member kau, tapi sekarang dengan bini/suami kau. Ilmu agama pun penting. Hey, tak semestinya orang yang enjoy menjoy ni takdak ilmu agama. Kalau nak tengok selebriti, tengoklah macam Imam Muda Asyraf. Agama pun tau. Nak enjoy dengan bini pun tau. Kalau tak dapat macam dia, 10% pun okay. Atleast yang boleh remind kau suruh sembahyang  waktu kau lupa.

Juga yang boleh jadi kawan travel. Yang boleh jadi kawan yang dengar kau nyanyi dan nyanyi sekali sambil main gitar walaupun suara kau kelaut. Yang boleh main boardgame sama-sama. Yang boleh sembang gosip pasal artis sama-sama. Yang boleh share problem kat tempat kerja macam kau share problem dekat kawan baik kau.

Life is good kan? Kan?

Aku tau, tak semua bernasib baik. Kata nak happy macam mana, jodoh aku dah dapat laki panas baran, bini kuat membebel. Well, masalah keluarga tu ada untuk kau settle. Korang settle. Setakat hal kecik tu, try lah overcome. Most of all, apa yang kau nak sebenarnya dalam perkahwinan? Problem beb. Mana-mana ada. Kalau tanak problem, tunggu masa masuk syurga nanti lah.

Tapi ingat satu benda. Kau berkahwin bukan untuk kau. Konsep kena betul. Kau berkahwin bukan untuk kau happy. Jangan jadi selfish bak kata satu post tu. 

"..you're marrying for a family. Not just for the in-laws and all of that nonsense, but for your future children. Who do you want to help you raise them? Who do you want to influence them? Marriage isn't for you. It's not about you. Marriage is about the person you married."

Masa aku type ni, bini aku tengah macam cumi masak sambal. Untuk soq. Amboih nak bercumi saja lepas balik dari Indon ni. Kahkahkah. Sotong lah tu. Okay lah. Dia nak suruh aku rasa sikit. Salam!


05 May 2015

Sesal Dulu Pendapatan

Kebelakangan ni aku sangat jarang nak rasa menyesal dengan apa yang aku dah buat. Contohnya, aku tak menyesal memilih untuk menjual kasut berbanding baju, tak menyesal membawa payung walau tak hujan dan tak menyesal memasang lagu Relay berbanding The Times.

Tapi Ahad lepas aku ada sikit rasa menyesal.

Cerita dia macam ni. Sebagai seorang yang dah nak jadi suami dalam masa 9 hari ni, aku seperti orang lain, terus mencari kawan-kawan untuk beri kad. Pergi ke Pesta Buku Antarabangsa dengan berbekalkan beg penuh kad, jumpa je kawan, hulur kad. Kemudian malamnya aku pergi layan Khottal dengan album SISU Tour di Jalan Panggong. Jumpalah budak-budak muzik kat sana. The Fridays, The Voks. Hulur kad.

Hari Ahad tu pulak, aku ajaklah budak-budak Seri Kembangan untuk melepak. Reason melepak nak bagi kad jugalah. Dah serupa posmen aku satu Selangor pusing bagi kad. Budak-budak dekat Seri Kembangan ni punyalah talented. Tu nanti aku cerita.

Jadi aku sampai awal dari diorang. Aku pun order lah segelas air sirap beserta nasi goreng sebab lapar teruk tak makan apa seharian. Mak abah balik Kedah menjemput orang belah sana. Kemudian datang seorang tua. Dari riak wajah, dia bukan orang tempatan. Mungkin Pakistan ataupun Bangladesh. Dia datang kepada aku dengan membuat isyarat tangan yang menandakan dia lapar. Dia minta sedikit wang.

Aku yang sedang sibuk menelaah telefon pintar dan sepinggan nasi goreng, hanya membalas dengan sebuah senyuman dan menggelengkan kepala kepada orang tua tadi. Orang tua tadi pun berlalu dari tempat aku. Belum sempat aku menyuap sesuap lagi nasi, aku terus terfikir. Wadehek yang aku buat? Aku boleh ajak dia makan, belanja dia. Berapa ringgit lah sangat. Sebab itu yang diutamakan Islam! Sedekah 1 dapat 10!

Aku langut ke atas dan cari semula dia. Rezeki orang tua tadi. Ada brader selang 4 meja dari aku panggil dia dan minta dia ambil sahaja apa makanan dan dia bayar. Aku terus menyesal dan rasa rugi gila. Rugi dia macam kau dah terlepas peluang keemasan untuk menggandakan duit RM10 kau jadi RM100. Aku menyesal lebih bila aku fikir yang orang tua tu adalah jelmaan Malaikat yang nak uji aku. Astaghfirullah!

Tapi dengan zaman yang serba moden ni, yang banyak scam, kau jadi takut untuk menderma kepada penipu kan? Tapi bagi aku, kalau setakat nak belanja makan bagi perut kenyang, biarlah penipu pun. Perut mana reti menipu ye dak?