Life is good. (gelak kecil). Entah apa-apa, dah lama tak update blog tiba-tiba mulakan dengan life is good. Ni entri pertama aku selepas bergelar suami. Suami. It is a very big word kan? Tapi, walau macam mana pun, life is good.
Mempunyai keluarga sendiri adalah satu fasa yang sememangnya berlainan dari apa yang kita dah hidup selama ni. Orang kata, bila dah berkeluarga kau akan hilang banyak benda. So, enjoy life single dulu before kahwin. Aku pun mula-mula cuak jugak. Ya lah. Aku ni jenis kaki melepak. Pergi mana pun ceruk Malaysia ni, the first thing dalam otak ialah, kat tempat tu, siapa kawan yang aku boleh jumpa?
But again, life is good.
Mula-mula lepas kahwin, aku cuak juga tak biasa. Rasa macam kaki kena rantai dengan bini. No more lepak. Rindu nak melepak tu ada, tapi apa yang mengejutkan aku, kalau dulu dalam 10 kali fikir nak melepak, lepas fikir-fikir balik, sekarang ni ada ni tinggal 2 ja. Lagi 8 aku fikir nak bersama bini ja. Ni mungkin tanda-tanda orang baru berkahwin (kot? Gelak kecil).
But again, life is good.
Nasihat aku, nak kahwin tu, kalau kau bukan jenis mak yang pilih, maknanya mak kau bagi chance kau pilih sendiri, pilihlah yang boleh buat kawan. Yeap. Kau boleh buat aktiviti yang dulunya dengan member kau, tapi sekarang dengan bini/suami kau. Ilmu agama pun penting. Hey, tak semestinya orang yang enjoy menjoy ni takdak ilmu agama. Kalau nak tengok selebriti, tengoklah macam Imam Muda Asyraf. Agama pun tau. Nak enjoy dengan bini pun tau. Kalau tak dapat macam dia, 10% pun okay. Atleast yang boleh remind kau suruh sembahyang waktu kau lupa.
Juga yang boleh jadi kawan travel. Yang boleh jadi kawan yang dengar kau nyanyi dan nyanyi sekali sambil main gitar walaupun suara kau kelaut. Yang boleh main boardgame sama-sama. Yang boleh sembang gosip pasal artis sama-sama. Yang boleh share problem kat tempat kerja macam kau share problem dekat kawan baik kau.
Life is good kan? Kan?
Aku tau, tak semua bernasib baik. Kata nak happy macam mana, jodoh aku dah dapat laki panas baran, bini kuat membebel. Well, masalah keluarga tu ada untuk kau settle. Korang settle. Setakat hal kecik tu, try lah overcome. Most of all, apa yang kau nak sebenarnya dalam perkahwinan? Problem beb. Mana-mana ada. Kalau tanak problem, tunggu masa masuk syurga nanti lah.
Tapi ingat satu benda. Kau berkahwin bukan untuk kau. Konsep kena betul. Kau berkahwin bukan untuk kau happy. Jangan jadi selfish bak kata satu post tu.
"..you're marrying for a family. Not just for the in-laws and all of that nonsense, but for your future children. Who do you want to help you raise them? Who do you want to influence them? Marriage isn't for you. It's not about you. Marriage is about the person you married."
Masa aku type ni, bini aku tengah macam cumi masak sambal. Untuk soq. Amboih nak bercumi saja lepas balik dari Indon ni. Kahkahkah. Sotong lah tu. Okay lah. Dia nak suruh aku rasa sikit. Salam!
3 comments:
tahniah. anyway...
:)
comelnya gambar!
Kalau sudi jemput singgah blog saya
ummikhalifstories.blogspot.com
@rapunzel,
Terima kasih
@ummi
secomel orang di dalam gambar
Post a Comment