Search This Blog

28 April 2015

Kupas Lagu: Panic! At The Disco - This Is Gospel



Hey! Kalau sekali dengar lagu ni mesti macam lagu untuk awek yang suka dekat seorang lelaki dan lelaki ni nak clash sambil berkata, "If you love me, let me go!".

Dari perspektif aku pula, tak. Bukan pasa cinta. Bagi aku penulis lirik nak menerangkan mengenai dia nak move on dari sesuatu fasa hidupnya untuk dia berubah kepada sesuatu yang lebih better. Good life. Yes. Dia bercakap dengan diri dia sendiri. Inner side of him dalam kategori bad person. Mungkin dulu dia bad person dan ada bad life. Macam konflik diri sendiri yang susah betul nak lepaskan sesuatu yang normal bagi dia - menjadi bad person.

If you love me let me go
If you love me let me go
‘Cause these words are knives and often leave scars
The fear of falling apart
And truth be told, I never was yours
The fear, the fear of falling apart

Dalam korus ada cerita betapa peritnya dia nak berubah tu. "Cause these words are knives and often leave scars". Benda tu tak pasti. Adakah dia berjaya untuk jadi baik? Dari situ datangnya ayat "The fear of falling apart." Ketakutan untuk berubah dari satu keadaan normal kepada sesuatu yang asing.

Tapi, dia ada cakap juga 

Don’t try to sleep through the end of the world
And bury me alive
'Cause I won’t give up without a fight

Untuk membuktikan penulis tak akan pernah mengalah sebelum mencuba. Seronok oo lagu ni. Cuba lah dengar. Pada sesiapa yang nak buat anjakan paradigma dalam hidup dia, for the best, walaupun susah, berusahalah. Lagu ni boleh jadi penyuntik semangat.

*ini adalah pandangan aku sahaja. Kau pandang lain, ikut kau lah.

27 April 2015

Umur 25 Tahun ke 26 Tahun?

AsSalam. Hi.

Kurang lebih 2 minggu lagi sebelum aku let go title bujang. Sedih dan gembira. Aik? Aku mulakan bab gembira. Gembira pasal apa? Gembira pasal semua. Excited. New adventure. Tapi kenapa pula datang sedih? Sedih pada awalnya. 

Kenapa?

Macam ni. Aku ada baca buku tulisan Hamka Kereta Mayat - Permata Yang Hilang Kini Dijumpai. Memang sesuai sangat jenis-jenis aku yang dekat nak kahwin, kepada suami-suami atau lelaki yang ada niat nak kahwin. Ada dalam satu chapter buku tu ada cerita bahawasanya si Hamka ni tadi duk kejar sunnah untuk kahwin semasa umur 25 tahun. Dia punya kejar sunnah sampai kahwin pun nak sama umur dengan Rasulullah.

Jap-jap. Tapi masa tu Muhammad SAW belum menjadi Rasul lagi. Jadi adakah dikira sunnah? Jadi aku menggali sikit hal ni. Aku jumpa ni. Ada beberapa isi penting yang dibincangkan oleh Ulama' Hadis. Ada kata tak. Ada kata apa sahaja berkaitan nabi itu sunnah. Ya atau tak, sebagai idola dan pemimpin aku, aku ambil dia sebagai reference. Sebab bagi aku apa sahaja Rasulullah SAW pun ada kebaikannya.

Jadi aku pun termenung. Aku kahwin tahun 2015 (InsyaAllah), maknanya umur aku 26 tahun. Lalu aku pun bersedih duka. Nak kahwin umur 25 tahun tak dapat aku jumpa. Bagi aku nak kahwin umur 25 tahun macam nabi ni dari satu aspek mudah nak buat, cari perempuan berkenan, suruh mak abah pi minang. 

Dari satu aspek lagi (kahwin adat melayu), susah. Agama Islam Melayu dalam aspek kahwin memang terlampau rigid. Bagi aku adat tu bagus. Menjaga jati diri dan penampakan wajah sesuatu kaum. Cumanya bila terlampau menyusahkan, adat tu kita boleh senangkan. Asalkan tiada keburukan. Yang penting agamanya. Yang wajib kita dahulukan. Kemudian yang sunat. Kemudian baru datang adat.

Acik-acik bising hantaran rendah, tapi hantaran tu sendiri dia tak tau untuk apa. Jangan tanya hantaran aku berapa untuk Wani. Itu hadiah aku untuk dia. Biar yang terdekat saja tahu (tapi dalam sijil nikah pun dah tulis hantaran. Ni pun serius aku tak faham).

Jadi aku pun sambung bersedih. Kerana nak kahwin umur 25 yang aku tak dapat dan juga acik-acik yang gelang sampai ketiak terlampau jaga adat tapi pakai tudung nampak anak rambut.

Satu hari, aku pun bercerita bab kahwin umur 25 tahun tu yang ada dalam buku Hamka tu pada Wani. Cerita punya cerita tiba-tiba aku mendapat satu ilham. Jika aku akad nikah pada 15 Mei, hey! Hey! Hey! Umur aku masa tu 25 tahun sebab belum sampai ulang tahun hari kelahiran. Aku terus ucap Alhamdulillah. Sebenarnya aku pun tak sangka dan perasan hal tu.

Kini aku sudah gembira semula.



p/s: Terima Kasih Huda Jepun kerana bantu aku buat playlist #ApitWaniAdventure. Boleh klik sini untuk dengar lagu-lagu cadangan dia.

22 April 2015

Tangan Gatal Menulis.

AsSalam. Hi.

Kenapa aku mula aktif dalam menulis blog? Selepas setahun dua menyepi sebulan satu entri suddenly tangan jadi gatai balik menaip entri dalam blog. Yeah aku pun tak tau. Aku tak rasa ada orang baca blog ni macam dulu. Dulu aku lah raja. Satu entri boleh hits sampai seminggu. Komen berpuluh. Share di dalam facebook berbelas. Mungkin tu penolak aku untuk menulis lagi dan lagi.

Aku rasa aku lebih menjadi diri sendiri dalam menulis di dalam blog. Ya lah, dalam dunia serba moden dan pantas ni, semua orang lebih prefer media social untuk melepaskan perasaan diorang. As in, facebook dan twitter. But then, kadang kala benda tu buat kau fake. Maybe ada orang share benda bagus, dalam erti kata nak menyedarkan orang lain atau sekadar nak bagi orang lain tengok jugak video best yang dia jumpa. Tapi ada jugak yang nak ikut apa yang in waktu ni. Entah susah nak cerita. Lain orang lain pandangan.

Tapi aku memang dah tak boleh share benda dalam media sosial sangat. Rasa sangat diperhati dan dinilai. Been watched and been judged. So some people yang tak mahu been over judged, dia akan share apa yang dia rasa 'in' dengan kawan-kawan dia.

Tu belum Twitter. Facebook okay lagi lah. Tapi twitter lagi ramai orang kejar something. Populariti kot? Racing about the numbers. Entah. Ada kawan aku, kenal in person, kat luar baik jalan tunduk depan orang tua tapi dalam media social dia cuba untuk jadi bad boy. Share something yang ridiculously not him. Or it is the inner side of him yang nak jadi badboy?

Tapi for real, media social ni memang fun. Seriously fun. Kau boleh cakap apa sahaja. No limit. Mungkin sebab terlampau fun yang aku rasa boring.

Tu belum cerita data yang disimpan FBI, CIA, KGB dan lain-lain spy melalui media sosial.

kah!

Sebab kedua aku rajin menulis dalam blog balik? Sebab aku nak asah dan latih diri aku how it used to be when writing is fun. 2015 aku hanya mampu keluar buku antologi. Akan mula dipasarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur mula 24 April 2015 sehingga 3 Mei 2015. Tajuknya Roadtrip keluaran Lejen Press. Beli lah. Aku rasa tu satu tulisan aku yang aku rasa puas hati jugak bila baca balik.



okdahbai.

20 April 2015

#ApitWaniAdventure


Pengembaraan yang sudah tak lama lagi akan dimulakan. Semoga pengembaraan ini dirahmati Tuhan. Hadiah paling bernilai adalah doa kalian. Semoga terus menuju kejayaan dunia dan akhirat. #ApitWaniAdventure
.
ps: Kad akan menyusul kemudian. Siapa yang rasa susah nak jumpa aku boleh whatsapp/inbox/dm/pm untuk beri alamat dan akan aku pos terus ke peti surat anda.

16 April 2015

Choose Wisely






Maybe this is not exactly true. But yeah, he got the point.

Jangan tamak.

You'll not own everything. Or else, you'll own nothing.

So, start being grateful on what you have right now.

Buang perasaan menyesal dan kalau. "Kalau haritu..kalau aku..kalaulah dia tahu.."

'Kalau' will move you nowhere dear.

29 Days.

Harini 16 April 2015. Maknanya aku ada lagi 29 hari membujang.

Aku selalu tanya diri sendiri. Aku ni bersedia ka?

Bersedia ka nak tanggung anak orang, bersedia ka nak turn over 360 degrees kehidupan. Agama macam mana?

Yang penting aku percaya pada Tuhan aku. Pelengkap ugama. Benda yang buat musuh kita, syaitan menangis. Siapa takmau? Pahala pun senang nak cash lepas kahwin.

Doakan aku baik-baik sahaja ok?

06 April 2015

Pintu-pintu Duniawi dan Akhirawi.

Kita selalu merungut, kenapa selalu sangat asyik kita je dapat susah. Orang lain meniaga senang untung. Orang lain belajar senang skor. Kita pulun takat mana pun dok tang tu juga. Orang lain pergi bersenang luar negara tak perlu susah. Kita simpan duit pun akhirnya mengalir juga. Kalau tak tayar kereta bocor, kena pula bayar telefon rosak. Haih.

Situasi ni aku rasa semua orang pernah rasa. Cara kau nak overcome the problem je lainnya. Aku pun selalu merungut. But in the end, aku hadap juga sambil berharap ada benda yang best dan lagi besar Tuhan nak kasi dekat aku. Sebab benda ni memang macam tu pun. Mat Saleh panggil karma. Muslim panggil Qada’ dan Qadar.

Lepastu boleh pulak orang nak counter. Kalau dah ini jalan aku, buat apa aku nak usaha? Allah dah susun aku jadi jahat. Haha. Susah aku nak jawab soalan macam tu. Berbalik pada ayat Al-quran yang berbunyi lebih kurang,

“Tidak akan Allah ubah nasib satu-satu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.”

Bagi aku Tuhan ni flexible. Kalau ceritanya kau jahat, tapi kau nak berubah, nak ke syurga, takkan Allah nak biarkan hambanya berusaha dan sujud tanpa apa-apa balasan setimpal? Ingat balik cerita pelacur ke syurga? Pucuk pangkalnya niat dan hati kau. Dia kan Maha Adil?

Berbalik kepada cerita atas tadi. Benda pertama, kau tanya balik dekat diri kau. Suruhan dia kau buat dak? Kalau ada rezeki, kau beri dekat mak bapak dak? Kalau ada rezeki lebih, kau menderma atau berzakat tak? Zakat ni flexible. Kau nak bagi berapa pun tak apa. Lepas dah tolak kos-kos lain, baki tu kau hanya ambil 2.5% sahaja. Kalau baki gaji kau RM500 sebulan, zakat pendapatan bulanan hanya RM12.50.

Bukan untuk apa, semoga gaji yang kita dapat tu berkat dan menjadi rezeki kita. InsyaAllah. Sebab gaji kita dapat tu belum tentu rezeki kita. Boleh jadi rezeki tukang baik kereta kalau kereta kau rosak. Boleh jadi rezeki tukang baiki handphone.

Seterusnya, yang penting niat. Tuhan ni semua dia kira niat ja. Takdan buat baik lagi hang dah niat, hang dapat dah sikit point. Contohnya kau berniaga untuk apa? Kau nak keluar negara untuk apa? Untuk lebih menghargai ciptaan alam Dia? Untuk lebih dekat dengan Dia?

Dan ingatlah, setiap orang yang berjaya itu ada dugaannya sendiri.

*****

Aku sekarang ni tengah cuba mengamal doa pembuka 12 pintu. Wani yang bagi aku. Suruh aku amalkan. Aku tak tahu doa tu dari mana. Tapi lepas baca maknanya, tak ada salah pun. Kita meminta pada Maha Pencipta untuk membuka pintu duniawi dan akhirat. Memberi jalan.  Dan Alhamdulillah, aku nampak kesannya.






Boleh cuba.

p/s: Benda paling liat aku nak buat sekarang ni Solat Dhuha. Padahal dah tau banyak kebaikan. Aigooo!

03 April 2015

Kupas Lagu: Andai - Gerhana Ska Cinta


Andai - Gerhana Ska Cinta Lirik

Andai boleh ku terbang
Ke awan luas terbentang
Kan ku kumpulkan
Semua bintang menemaniku
Menerangi malamku

Andai ku seorang Raja
Ku bina semua istana
Yang didalamnya 
mengalir sungai
tenang dan damai
seperti syurga

Hadirku hanya
ke dalam dunia
membawa berita gembira
apalah maknanya
andai hanya berkata
tiada gunanya jika tiada usaha

Andai ku penglipur lara
ku karang puisi cinta
Kan ku lagukan
Dan ku dendangkan
Buat penawar duka nestapa

Hadirku hanya
ke dalam dunia
membawa berita gembira
apalah maknanya
andai hanya berkata
tiada gunanya jika tiada usaha

Andai semua manusia
Hidup aman sentosa
Tiada sengketa sesama kita
Pasti dunia damai sentiasa
Pasti dunia damai sentiasa

Dok cari lagu untuk playlist kenduri kahwin nanti, tiba-tiba aku terjumpa lagu ni. Kenduri aku nanti, aku dengan Wani tak akan bagi chance kat DJ pandai-pandai main lagu dalam simpanan dia. Suka hati main rock kapak yang sedih-sedih nanti. So, aku dengan Wani buat playlist dalam Spotify and nanti kami akan download and burn dalam CD. Bagi kat DJ tu. Cool kan kami? Lagu Gerhana Ska Cinta, Awanband, OST Sang Pemimpi etc. Barulah kenduri yang segar gitu.

Lagu Andai ni. Bagi aku lagu ni menceritakan betapa si penulis bermimpi agar dia menjadi sesuatu agar dapat mengubah dunia yang sangat kotor ni. Entah lah, bila aku dengar lagu ni, rasa fresh. Macam penulis ni dok bercerita kat telinga aku apa dia rasa.