Alhamdulillah. Itu sahaja mampu aku ucapkan sekarang ni.
Awal tahun 2012 dimulakan dengan beberapa projek besar masuk ke dalam hidup aku. Salah satu daripadanya, aku dilantik atas dasar kepercayaan untuk menjadi project manager atau dalam Bahasa Melayunya, pengurus projek. Projek yang sememangnya jauh dari bidang kejuruteraan elektrik yang aku sedang dalami dalam ijazah sekarang ni. Hah! Projek yang aku jadi pengurus tu, nanti kau orang semua boleh rasa hasilnya. Tunggu ja lah. Hehe.
Aku berpegang pada ayat, kalau kau nak hidup, kau bina lah kekuatan diri kau dari banyak aspek kepakaran. Kalau kau pakar satu sahaja, susah. Kau gagal muncul hebat dalam satu hal, ada satu hal lain yang boleh bantu kau untuk terus senyum.
Tahun ni angka hidup aku akan mencecah 23 sebaik sahaja tibanya ulang tahun kelahiran. Macam aku cakap sebelum ni, umur ialah angka. Kejayaan, keburukan, kematangan dan kematian, angka tidak memainkan walaupun satu peranan pun. Dia hanya main peranan sama ada berjayanya kau berbanding dia, cepat atau lambat. Itu sahaja peranan angka. Tapi dalam membentuk kejayaan tu, angka langsung tak boleh menyumbangkan apa-apa.
Selain projek-projek tu, aku juga menyusun satu garis masa yang cantik untuk aku gerakkan tubuh aku dari hanya melangut melihat orang lain berjaya. Berjayanya orang lain tak sama dengan berjayanya diri aku, diri kau. Jadi amatlah cantik untuk aku garapkan setinggi gunung setiap potensi dan peluang yang ada. Pengakhirannya belakang cerita. Depan cerita sekarang, aku usaha selagi boleh. Aku bentuk skil dan kepakaran selagi boleh.
Ya dak?
nota kaki: projek, projek jugak. Exam jumaat ni, final year project dan lain-lain assignment akademik jangan lupa penulis.sahaja. oi!

lu boleh penulis.sahaja
ReplyDeleteaku xlupa penulis sahaja
ReplyDeletetp angka tue mcm dh mematangkan kau wahai penulis,HAHA:)
ReplyDeletegoodluck yg penting usaha..mcm busy sgt life hang
wadi,
ReplyDeleteterima kasih! InsyaAllah boleh.
cik pha,
haha asal kau pulak?
si ngok ngek,
matang ke aku? thanks byak!