December 30, 2011

Kapal Berhubung : Bincang Antara Kau dan Dia.

Kapal berhubung: Relation-Ship.

Mempunyai hubungan ialah asasnya antara dua orang. Itu paling asas. Ada A dan ada B. Barulah dapat berhubung. Hubungan antara A dan B. Kalau hanya ada satu orang sahaja, ia tak jadi hubungan. Aaa, faham apa aku mengarut ni? Tapi kenapa aku bising sangat pasal hubungan-hubungan antara orang ni?

Membawa diri masuk dalam hubungan melibatkan perasaan yang lebih dari hubungan antara kawan-kawan ialah satu kurnia. Tuhan menghadiahkan perasaan itu kepada kau, untuk kau nikmatinya dengan rasa bersyukur dan terima kasih kepada Nya kerana mengurniakan kau rasa itu. Aku ada baca, sesungguhnya mempunyai perasaan itu langsung tak salah. Ia hanya salah bila kau treat satu-satu hubungan itu. Macam mana kau treat hubungan itu. Itu yang boleh bawak salah dan tidak salah.

Aku malas aku nak ulas pasal rasa-hubungan dalam konteks agama. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca dekat blog sahabat aku, The Other Khairul. Dia banyak cerita pasal benda tu. Kalini aku nak ulas pasal kedudukan dalam satu-satu hubungan. Baik kau sebelum menikah, bertunang, mahupun sudah halal. Ya, aku nak ulas, bukan nak ungkap. Ulas maknanya, aku beri pendapat aku.



Macam aku cakap dekat perenggan pertama tadi, hubungan dengan pasangan kau ialah hubungan dua hala. Berada di dalam hubungan bermakna, apa sahaja kau buat yang boleh melibatkan dia, ialah perbuatan dua hala. Membuat sesuatu keputusan baik tempat makan, pawagam, tempat nak solat (kerana kebanyakan perempuan tahu tempat mana yang ada telekung bersih, yang mana tak ada telekung, untuk kemudahan mereka), nak keluar minum dan lain-lain aktiviti yang melibatkan dua orang seharusnya didahulukan dengan perbincangan.

Perbincangan ialah satu elemen paling utama di dalam hubungan. Ramai juga yang gagal memahami elemen penting ni. Bila hati diletak lebih tinggi dari akal, dan emosi gagal dikawal secara menyeluruh, nah! Kau kasi dia merana kerana 1 benda yang sememangnya boleh diperbetulkan dan dirawat dengan hasil perbincangan. Kau sanggup korbankan rasa kau, dan paling penting rasa orang lain terhadap kau kerana emosi kau. Emosi, aku tak kata emosi tu hanya marah. Ia merangkumi semua. Marah, tidak tenang, tidak stabil dan lain-lain emosi negatif.

Kau tahu apa itu sayang? Kau kata kau sayang dia in the first place (amboih! speaking), dan kau beri laluan dia untuk menyayangi kau. Sampai satu masa, kau ada keraguan, baik dengan diri kau sendiri, dan dia, kau tanpa bawak berbincang, melepaskan semua memori begitu sahaja. Kau hanya buat keputusan apabila berfikir pada satu arah tanpa tengok cabang-cabang yang lain. Apa yang pasti kau terselamat. Emosi kau puas, dan apa yang pasti, kebaikan yang kau lanyak dalam kepala otak, bebas.

Tanpa kau berfikir 1001 lagi kebaikan kalau kau mampu selesaikan secara lebih teratur dan kemas; berbincang. Oleh kerana si dia kuat beralah, dia lepaskan dengan alasan kau dengan kebaikan tu. Walaupun kau sendiri tahu kesalahan itu boleh diperbetulakan dengan perbincangan, boleh dibaik pulih untuk masa dengan lebih bercahaya dan diredhai, kau, lebih suka melepaskan tanpa ada rasa nak jadikannya lebih baik. Dan kau tinggal segala zarah kesilapan itu padanya. Melepaskan seseorang di satu masa yang genting umpamanya, semasa ujian memandu si dia contohnya esok, dan kau lepaskan dia tanpa berfikir panjang dan malah tanpa mahu jumpa di depan-depan, hanya dalam telefon, esok kau rasa apa jadi dengan ujian memandu dia? Jangan pentingkan diri. Hubungan itu dua hala. Kalau ya pun, tunggulah masa yang sesuai. Sekurang-kurangnya selepas dia genggam lesen tu,

Atau kau takut kau akan jatuh cinta pada dia semula dalam masa nak tunggu dia genggam lesen tu? Kau takut rancangan kau untuk tinggalkan dia, gagal? Apa yang kau takut? Mempunyai rasa itu tak salah. Cara kau uruskan rasa itu yang salah.

Satu kesimpulan: bila kau ada dalam hubungan dengan dia, bermakna, kau ialah dua, dia ada lah dua. Atau kau hanya nak berada dalam hubungan bersama bontot kau sendiri? Kalau macam tu, kau tak payah nak berbincang dan boleh sahaja buat keputusan dengan kepala sendiri tanpa fikir hati, perasaan, akal dan kebaikan orang lain. Tak kira lah couple, bertunang atau semasa kahwin. Perbincangan boleh bawa kau ke satu fasa di mana kau boleh nampak idea orang lain dari pelbagai sudut. Dari kau nampak kebaikan dari sudut celah kelopak kepala kau sahaja.

Aku mengarut untuk kebaikan bersama.

*****

tambahan

Soalan: Kalau lagi bincang lagi gaduh macam mana?

Aku: Apa kau pasti kau sedang berbincang in the first place? Atau kau hanya melepaskan perasaan tak stabil kau? Emosi celaka kau? Ambil masa dahulu sebelum buat apa-apa keputusan. Reda kan hati kau dan dia. Bila sudah sejuk, jumpa. Bincang. Kebaikan dan keburukan dari semua cabang. Tak semestinya jawapan yang akan keluar itu positif. Kalau negatif ialah jawapannya, tak apa. Atleast kedua-dua kau sudah berbincang dan bersua muka. Perbincangan akan lebih efektif kalau kau dan dia guna akal lebih dari emosi.


7 kumin:

  1. nice ulasan. haha.

    ReplyDelete
  2. kalau nak jumpa pon payah? macam2 alasan die bagi..

    ReplyDelete
  3. forget him/her. kalau alasan lebih banyak dari penyelesaian, dia nampak tak serius dengan apa yang dia ada. dia tak serius dengan kau.

    kau kasi dia masa. kalau masih gagal jumpa untuk berbincang, terpaksalah. kau juga hak untuk gembira dan rasa dipunyai. sampai bila kau nak bersedih? mempunyai hubungan untuk bersedih? apa dia dah bagi untuk kau layak terima rasa sedih tu?

    ReplyDelete
  4. bagus! combination of tolerance n rational.
    it takes 2 to tango.
    A+

    ReplyDelete
  5. orang sedang bercinta punya ulasan. Amboi! ;))

    ReplyDelete
  6. celah mana bercinta nya kak oi. single happy ja ni.

    ReplyDelete
  7. ulasan terbaik penulis.sahaja

    ReplyDelete

Sesungguhnya, komen-komen anda akan amat bernilai di hati saya. Ahhaks!